TMN TASIK BANGI 3

TMN TASIK BANGI 3

Tuesday, October 27, 2009

Sambutan Idul adha & Qurban

Tuan Pengerusi maklumkan Persatuan Penduduk Taman Tasik Bangi 3 dan AJK Surau Sementara berhasrat mengadakan majlis Qurban sempena Idula dha.

Tarikh dicadangkan adalah 29 November 2009, bertempat di tanah lapang sebelah surau sementara.

Oleh itu, penduduk yang berminat mengambil bahagian boleh menghubungi Tuan Pengerusi.
Majlis akan diadakan secara gotong-royong oleh semua penduduk.

Satu bahagian adalah RM350.

Maklumbalas perlu diberi kepada Tuan Pengerusi sebelum 8 November 2009.
No Telefon : 019-236 6356

Penganjuran majlis bergantung kepada sambutan dari penduduk.

Kompilasi Aduan Penduduk

ADUAN DAN CADANGAN BERKAITAN ISU SEKITAR JALAN 3/38 HINGGA JALAN 3/52, SEKSYEN 3, BANDAR BARU BANGI

Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.


2. Aduan dan cadangan adalah seperti berikut :

a. Taman Permainan/Rekreasi
i. Isu ini pernah dibangkitkan kerana kanak-kanak sekitar jalan 3/38 hingga 3/52 tidak mempunyai tempat permainan yang disediakan.
ii. Oleh itu mereka terpaksa bermain di atas jalan raya di depan rumah.
iii. Keadaan ini melibatkan implikasi keselamatan mereka dan pengguna jalan raya yang lain.
Cadangan
Majlis Perbandaran Kajang diharap dapat membersihkan dan menyediakan tempat permainan yang sesuai antara Jalan 3/38 dengan Rezab Sungai/TNB. Kawasan ini dilihat cukup luas dan terbiar. Kaedahnya adalah Mini Taman Tasik Cempaka.

b. Pembersihan longkang
i. Terdapat kerja membersih longkang yang belum sempurna berhadapan kawasan lapang berhampiran jalan 3/38 dan sub stesyen TNB.
ii. Tanah yang tidak dikorek dan menutupi longkang akan menyebabkan air longkang tidak dapat mengalir ke longkang besar.Cadangan Diharap MPKj memeriksa longgokan tanah yang menutupi longkang kawasan tersebut dan kontraktor berkaitan mengambil tindakan segera.

c. Gangguan Anjing Berkeliaran
i. Aduan sudah sering diajukan penduduk kepada MPKj berkenaan isu ini. Secara amnya, lebih 90% penduduk di sini adalah muslim dan tidak dilihat sesiapa pun memelihara anjing di antara jalan 3/38 ke 3/52.
ii. MPKj perlu pro-aktif kerana anjing ini tidak datang di waktu pejabat, tetapi membuat gangguan di kawasan perumahan pada malam hari.
iii. Tindakan tidak boleh hanya datang melihat sekitar waktu pejabat , tetapi dipantau pada waktu kebiasaan anjing berkeliaran. Sudah pasti pihak berkuasa yang sering mengendalikan isu ini lebih memahami tabiat dan perlakuan anjing liar.
Cadangan
Majlis Perbandaran Kajang diharap membuat tindakan menembak atau menangkap anjing liar ini secepat mungkin. Gangguan setiap malam amat membimbangkan, terutama apabila anjing-anjing ini bergaduh.

d. Kebersihan tasik di Jalan 3/48
i. Landskap tasik di Jalan 3/48 adalah tempat kecil untuk penduduk beriadah. Namun kejadian ikan mati dan membusuk sekitar tasik amat mengecewakan.
ii. Perkara ini bukan sahaja menjejaskan pemandangan, bahkan bau busuk menjejaskan keselesaan penduduk sekitar tasik ini.
Cadangan
Majlis Perbandaran Kajang diharap memantau aktiviti penyaluran sisa kumbahan/ toksin dari premis perniagaan atau sekitar. Perangkap sampah atau aliran berbeza perlu dibuat supaya tasik ini tidak dijadikan seperti tempat kumbahan.

e. Hentian Bas
i. Dilihat terdapat juga hentian bas di Jalan 3/67. Namun hentian tersebut terbiar dan tidak dimanfaatkan sebaiknya.
ii. Sehingga kini, dilihat ada pihak yang menjadikan ianya premis perniagaan.
Cadangan
Pihak MPKj diharap berhubung dengan syarikat pengangkutan bas awam untuk menjadikan seksyen 3 sebagai sebahagian laluan bas dan hentian tersebut dimanfaatkan untuk penduduk.

Lanjutan dari itu, perkhidmatan bas dari Bangi ke Kuala Lumpur perlu disediakan memandangkan laluan melalui Kajang tidak sesuai kerana melibatkan jarak yang jauh dan masa yang panjang.

Tambahan pula seksyen 3 berdekatan dengan UKM yang mempunyai penumpang di kalangan pelajar yang cukup ramai. Contoh paling hampir adalah seperti perkhidmatan Bas Metro 17 dan Bas Metro 18 yang beroperasi dari secara terus dari UPM ke Kotaraya.

f. Aduan Lain berkaitan landskap
i. Lampu jalan yang selalu tak nyala di bulatan UKM dan sepanjang jalan ke stesyen minyak Shell seksyen 16.
ii. Bahu jalan yang curam ( tidak rata ) akibat laluan air hujan disepanjang jalan dari bulatan selepas tol Bangi ke bulatan UKM.
iii. Ada pihak yang tidak bertanggungjawab membuang sisa binaan berhampiran bulatan selepas tol Bangi.
iv. Tiang lampu yang hampir tumbang dan tidak ada pihak yang bertanggungjawab untuk membuat tindakan di bulatan selepas tol Bangi. Cadangan MPKj perlu mengambil inisiatif untuk kerja mengindahkan sepanjang jalan termasuk semua bulatan dengan landskap yang cantik dan segar. Sekarang ini penduduk melihat disepanjang jalan dan bulatan hanya ditanam dengan tumbuhan yang tidak dijaga supaya cantik dan hampir mati.

MPKj juga perlu menggantikan tiang-tiang lampu jalan yang lama dan rosak kepada yang lebih moden untuk semua jalan di Bandar Baru Bangi. MPKj juga perlu mengambil tindakan meratakan bahu-bahu jalan di semua jalan di Bandar Baru Bangi terutama di kawasan yang terlibat dengan penggantian paip air dan menanam semula rumput-rumput yang dah mati.

3. Bersama ini dilampirkan juga surat penduduk berkaitan aduan dan cadangan. Perhatian dan kerjasama pihak Majlis Perbandaran Kajang atas isu yang dibangkitkan amatlah dihargai. Semoga usaha bersama ini akan menjadikan kawasan di bawah Majlis Perbandaran Kajang lebih indah, harmoni dan sejahtera.

Sunday, October 25, 2009

sekitar kerja gotong royong di surau

sarapan pagi sebelum mulakan kerja

kerja di dalam surau

membersihkan dapur

kerja di luar surau

stock take

membuat rak besi

QC oleh Pengerusi dan SU surau
semoga usaha sebegini akan memberikan kebaikan buat sekalian jamaah,
terutama untuk mengeratkan sillaturrahim sesama kita..
terima kasih juga atas jamaah yang memberi sumbangan jamuan/sarapan pagi..

Wednesday, October 21, 2009

Mesej Tuan Pengerusi

Majlis jamuan Idulfitri di perkarangan jalan 3/48 berlangsung dengan begitu meriah. tambahan pula dengan kehadiran Dr Tajul, Dato Zaidi, Pegawai Polis Kajang dan sekalian penduduk.

Majlis bermula sekitar 10 pagi dan berlangsung hingga sebelum waktu zohor. Setinggi tahniah buat Ust Wan dan jawatankuasa terlibat atas kejayaan majlis yang diadakan. Juga pada En Abdul karim Mohd Yusof dan Encik Razak yang turut membantu persediaan khemah.

selanjutnya,
Satu Gotong Royong membersihkan surau dan kawasan sekitar akan diadakan pada 25 Oktober 2009, bermula 8pagi. Harap datang awal. Sarapan pagi disediakan buat semua.


Haji Yusof Ismail
Pengerusi
Persatuan Penduduk
Taman tasik Bangi 3.

sekitar majlis idulfitri


Tuesday, October 20, 2009

Penghargaan Majlis Idulfitri 1430H

Salam..

Kepada AJK Sambutan Jamuan Hari Raya Idulfitri 1430 H, ucapan terima kasih dan tahniah atas kejayaan semua menganjurkan program tersebut. Tanpa kerjasama dan pengorbanan masa dan tenaga tuan/puan pastinya majlis tersebut sukar untuk dilaksanakan. Marilah kita nekad untuk teruskan usaha dan perkongsian kerjasama ini untuk lain-lain program yang akan datang. Syukur kepada Ilahi atas segala nikmat yang telah dikurniakan. Wassalam


"MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT"


Dari Pengarah Program Sambutan

Wan Zulkifly Wan Zakaria

Thursday, October 15, 2009

Kes Pecah Rumah lagi

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Tasik Bangi 3
meminta semua sentiasa berhati-hati.

Ini berikutan kes pecah rumah terbaru di Jalan 3/52
dan kehilangan 4 laptop.

Sebelumnya juga kes pecah rumah berlaku di jalan 3/43.

Sunday, October 11, 2009

kes kebakaran

Berlaku kes kebakaran di rumah sewa student di Jalan 3/40.

Punca dimaklumkan akibat dapur gas yang tidak dimatikan.

Syabas kepada jiran yang segera menghubungi bomba dan
mengelakkan kesan lebih buruk berlaku.

Oleh itu, sama-samalah kita memastikan keselamatan dapur gas
rumah masing-masing.

Semoga menjadi iktibar dan peringatan buat semua.

Makluman dari En Shamri (Jalan 3/40) dan
Tuan Haji Yusof, Pengerusi Taman Tasik Bangi 3.

Majlis Idulfitri Taman Tasik Bangi 3

JEMPUTAN MENGHADIRI JAMUAN HARI RAYA
TAMAN TASIK BANGI 3 (TTB3)

Assalamualaikum w.b.t
Y.Bhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan adalah dijemput untuk hadir ke Majlis Ramah Mesra dan Pengeratan Silatur Rahim Idul Fitri 1430 H seperti berikut:

Tarikh : 18 Oktober 2009 (Ahad)
Tempat : Perkarangan Tasik
Program :
8.30 - Ketibaan Ahli Kejiranan TTB3 dan Tetamu Penghantaran Juadah Pot Luck
9.00 - Majlis bermula dengan bacaan doa
9.05 - Kata-kata aluan oleh Pengerusi TTB3
9.10 - Tazkirah ringkas Idul Fitri
9.30 - Penyampaian cenderahati kepada bakal jemaah haji *
9.40 - Jamuan Hari Raya Bermula

Ucapan Hari Raya dari penduduk TTB3

: 12.00 - Bersurai

*Solat Hajat & Doa Selamat bagi bakal jemaah haji akan diadakan di surau pada 17 Oktober 2009 selepas maghrib, dijemput mereka yang ada kelapangan untuk turut hadir.

Sumbangan Y.Bhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan dalam bentuk kewangan dan makanan (pot luck) amatlah dialu-alukan. Sebarang sumbangan bolehlah disalurkan kepada ketua lorong masing-masing dan kutipan oleh pihak AJK akan dibuat dari masa ke semasa sehingga 10 Okt. 2009.

Kepada bakal jemaah haji diharapkan dapat berhubung dengan Dr. Hj. Mohd Hanif Hj. Zailani di talian 0192352379 at En Zulfakri di talian 019 3303175.

Sekian, terima kasih.

“MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT”
Pengerusi Persatuan TTB3

Tuesday, October 6, 2009

Perancangan sambutan Hari Raya

Seperti yang dibincangkan dalam mesyuarat majlis jamuan hari raya bertempat di Surau TTB3 jam 9malam, 4 Okt 09.

Berikut adalah ringkasan hasil perbincangan:

1. Mesyuarat di pengerusikan oleh Tn Hj Yusof Ismail

2. Mesyuarat bersetuju agar majlis jamuan hari raya ditangguhkan kepada 18 Okt 09
memandangkan cadangan masa pada 10 Okt agak suntuk untuk membuat persediaan.

3. Mesyuarat telah berbincang tentang penubuhan organising committee

4. Aturcara majlis adalah seperti dilampiran (akan upload kemudian)

5. Mesyuarat bersetuju kaedah penyediaan makanan adalah dengan cara sebahagian katering dan sebahagian pot luck.

6. Maklumbalas penduduk perlu didapati dengan segera samada ingin membawa pot luck atau memberi sumbangan kewangan.

Surat seperti dilampiran akan diedarkan oleh setiausaha selewat-lewatnya pada 5 Okt dan maklumbalas penduduk perlu diperolehi pada selewat-lewatnya 10 Okt 09 oleh setiap ketua jalan.

7. Setiausaha dan Pengurus projek akan berbincang untuk memanggil mesyuarat susulan melibatkan "organising commitee" dalam masa terdekat.