TMN TASIK BANGI 3

TMN TASIK BANGI 3

Sunday, March 28, 2010

Pondok Pengawal Keselamatan




Setinggi-tinggi penghargaan kepada AJK dan penduduk yang terlibat menyiapkan pondok untuk pengawal keselamatan.

Diharapkan semua pihak komited membayar yuran keselamatan untuk meningkatkan infrastruktur pondok pengawal dan menambah tempoh masa kawalan.
Sebagai makluman, mesyuarat keselamatan melibatkan ketua jalan akan diadakan pada 03/04/2010, 9.00 malam(lepas solat Isyak) di Surau Al Raudah.
Bagi ketua jalan yang tidak dapat hadir, diharap boleh menghantar wakil.

Monday, March 22, 2010

Jemputan

Salam.

Jemputan buat semua ahli kariah:
Tn Hj Abdul Karim sekeluarga menjemput semua ke kenduri doa selamat pada 3 april 2010, sabtu, 12 tghri di rumah No 8, Jalan 3/46, seksyen 3, bg meraikan anak-anak dan staff beliau yg akan menunaikan umrah. Semoga kehadiran ahli kariah akan memeriahkan lg majlis yang diadakan.

Thursday, March 18, 2010

Mesyuarat Keselamatan

Salam.

Semua Ketua Jalan di Taman Tasik Bangi 3 diminta hadir untuk perbincangan isu keselamatan seperti berikut :
Tarikh : 27 mac 2010
Masa : 9.00 malam (selepas solat Isyak)
Tempat: Surau Al Raudhah, TTB3

Semua penduduk TTB3 yang lain juga digalakkan turut hadir dan maklumkan pada jiran-jiran.


Haji Yusof Ismail
019-2366356

Wednesday, March 17, 2010

Kecurian lagi

Kejadian kecurian masih berlaku.

Terbaru, sekitar 3.30 petang, 13 Mac 2010.

Berlaku kecurian 3 spot rim di Jalan 3/48.

Tn Hj Yusof maklumkan pencuri tersebut menaiki motosikal.

Harap kita terus usaha tingkatkan kerjasama untuk keselamatan bersama.

Tuesday, March 9, 2010

Pecah kereta

Salam.

Tn Hj Yusof maklumkan ada kejadian pecah kereta pada 9/3/2010, sekitar jam 3.30 petang di rumah sheikh arab, jalan 3/43, belakang surau al raudhah.

diharap kes-kes yg berlaku mendapat perhatian untuk tindakan kita bersama.

Saturday, March 6, 2010

Pusat Mencuci Kereta

Malam tadi, ada perjumpaan khas ahli kariah surau untuk mendengar cadangan dari Cikgu Md Ridzaudin-Jalan 3/48(pengusaha Taska Haziq) untuk membuka pusat mencuci kereta di Taman Tasik Bangi 3.

Cadangan lokasi adalah di tapak cadangan surau tetap atau kawasan lapang di hadapan surau al raudhah (rezab TNB).

Ahli kariah yang ada lebih cenderung agar Cikgu Din memilih di hadapan surau al raudhah kerana hanya melibatkan penduduk TTB3 dan pihak TNB.

cadangan tapak surau tetap mungkin lebih banyak masalah kerana melibatkan lebih banyak pihak.

penduduk TTB3 boleh mengemukakan pendapat kepada tn. pengerusi, Tn hj yusof atau berhubung terus dengan cikgu din sendiri.

Wednesday, March 3, 2010

Kawasan Kejiranan Terbaik 2010

Local Agenda 21 MPKj

MPKj menerusi MPP dan LA21 sekali lagi menganjurkan Kawasan Kejiranan Terbaik 2010.

Terdapat 2 kategori untuk pertandingan, iaitu;
1. perumahan teres
2. perumahan pangsapuri

Pertandingan ini menawarkan jumlah hadiah RM30,00 bagi setiap kategori, iaitu ;
pertama : RM15,000
kedua : RM10,000
ketiga : RM5,000 ,
berbentuk geran untuk aktiviti/projek di taman perumahan.

Penilaian dibuat berterusan mengikut kriteria;
a. Mac : Kebersihan
b. April : Keindahan & keceriaan
c. Mei : Keselamatan
d. Jun : Penglibatan masyarakat setempat
e. Julai : Pentadbiran taman
f. Ogos : Pendidikan
g. September : Persembahan (powerpoint)

Bagi Taman Tasik Bangi 3, Tn Hj Yusof bersetuju turut serta. Ketua Jalan 3/39 dan 3/40 sudah menyatakan persetujuan sebagai lokasi untuk penilaian.

Jadi ketua jalan lain juga dialu-alukan turut serta, sebagai inisiatif dan ransangan bersama untuk aktiviti keindahan, keceriaan dan kebersihan kawasan tempat tinggal kita.

Bagi jalan yang ingin turut serta, emel sahaja ke ttbangi3@yahoo.com untuk moderator update dengan jawatankuasa penganjur dan Dr Tajul.

Sebagai rekod, pemenang sesi lepas adalah Council Home Seksyen 16 dan Taman Bangi Perdana.