TMN TASIK BANGI 3

TMN TASIK BANGI 3

Wednesday, April 28, 2010

lagi isu keselamatan dan sosial

Tn Hj Yusof maklumkan ada cubaan pencuri memecahkan masuk rumah hari ini (27/04/2010). Sblm ni, telah berlaku kejadian di Dato Che Min.

Selain itu, baru-baru ini juga pihak penduduk dan polis telah mencekup pembantu indonesia bersama teman lelaki di rumah di Jalan 3/52.

Oleh itu, diharap para penduduk TTBangi3 peka dengan keselamatan rumah masing-masing dan pembantu rumah masing-masing.

Sunday, April 25, 2010

Berita di Sinar Harian


Isu yang dipaparkan telah mendapat reaksi positif Dr Tajul , Ahli Majlis Zon 23, MPKj. Beliau mengalu-alukan jika dianjurkan aktiviti gotong royong penduduk, dan dalam masa yang sama beliau akan mengusahakan penglibatan petugas-petugas dari MPKj.

Namun gotong royong perlu melibatkan penduduk di Damai Impian, terutama di sepanjang kawasan rumah kedai. Pengerusi Damai Impian telah bersetuju secara am, cuma perlu dimaklumkan tarikh yang akan dianjurkan.

Dan gotong royong ini juga boleh diluaskan skop, meliputi longkang dan saliran, bukan sekadar tertumpu di sekitar tasik, kerana sumber sampah sarap di tasik mengalir dari kawasan sekitar.

Dr Tajul juga maklumkan akan melibatkan YDP MPkj dan Jurutera bagi menghadiri gotong royong yang persatuan penduduk anjurkan. Cuma persatuan penduduk perlu memaklumkan tarikh dan masa program.

Memandangkan semua pihak telah sedia membantu, kini terpulang kepada penduduk di Taman Tasik Bangi 3 untuk menganjurkan program yang sesuai. Dalam mesyuarat j/kuasa surau yang lepas juga telah bersetuju untuk gotong royong pada bulan mei bagi sekitar surau, mungkin boleh diperluaskan dengan penglibatan persatuan penduduk.

Wednesday, April 21, 2010

Bersama Membangun Negara

Menjelang akhir April, diharap yang mempunyai fail cukai pendapatan telah menghantar borang taksiran masing-masing, samada secara fizikal atau online.


Walaupun sudah menjadi tradisi masyarakat negara ini yang suka menunggu saat akhir, tapi elok kita ambil kesempatan di awal waktu sebelum bersesak secara fizikal atau dalam talian.


Bersama membangun negara.


p/s- dah bayar zakat pun, kena juga hantar borang dan nyatakan jumlah pendapatan diterima dan zakat yang telah dibayar.

Monday, April 19, 2010

Notis MPKj

Berikut dipaparkan notis MPKj atas "usaha dan kerjasama" kita untuk meningkatkan aspek keselamatan. Harap mendapat perhatian dan tindakan bersama.





(klik gambar untuk besarkan)

Kes Pecah Rumah

Dimaklumkan berlaku lagi kes pecah rumah pada 19/04/2010.

Kejadian kali ini berlaku di rumah Dato Che Min, sekitar jam 10.30 pagi.

Antara barang yang hilang adalah TV, Komputer, laptop dan barang kemas.

Diharap kita terus berhati-hati kerana tempoh kawalan masih 8 jam.

Masa kawalan tambahan akan bermula 1 mei 2010.

Thursday, April 8, 2010

Mesyuarat Surau Al Raudah

Jawatankuasa Surau Al Raudah akan mengadakan mesyuarat Bil 3/2010, pada Jumaat, 9 April 2010 di Surau selepas solat isyak.

Semua AJK dan ahli kariah dijemput hadir memberi pandangan dan menyertai usaha dan perancangan untuk mengimarahkan Surau Al Raudhah.

Semoga usaha bersama ini diberkati dan dirahmati oleh ALlah Taala.

Sunday, April 4, 2010

Tazkeerah Perdana

Pihak Surau Al Raudhah telah menjemput Ust Wan Jee untuk menyampaikan tazkeerah;
Tarikh : 11/04/2010
Hari : Ahad
Masa : Selepas Solat Maghrib

Semua ahli kariah dijemput hadir untuk mendengar tazkeerah yang disampaikan, dan mengajukan persoalan berkaitan hal ehwal agama.

(jamuan ringan turut disediakan)