TMN TASIK BANGI 3

TMN TASIK BANGI 3

Monday, May 31, 2010

Wednesday, May 26, 2010

pamplet






(sila klik pada gambar)

Kes Denggi

Assalamu'alaikum,

Baru-baru ini terdapat beberapa kes dengi dilaporkan di kawasan kejiranan kita. Saya telah menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Langat mengenai perkara ini dan mereka telahpun membuat semburan racun sebagai kawalan untuk membunuh nyamuk-nyamuk dewasa. Walaupun buat masa ini situasi adalah terkawal, PKD Hulu Langat memohon kerjasama semua penduduk agar memastikan tiada takungan air di dalam dan kawasan rumah masing-masing supaya tiada pembiakan nyamuk. Di samping itu, mereka menasihatkan agar Persatuan Penduduk menganjurkan gotong royong bagi memastikan tiada tempat pembiakan di sekitar kejiranan kita. Mereka bersedia untuk memberi sokongan teknikal seperti memberikan panduan, ceramah dan menyediakan bahan-bahan risalah kesihatan. Saya sedang cuba dapatkan risalah untuk dieadarkan kepada semua jiran-jiran.

Marilah sama-sama kita berdoa agar kejiranan kita sentiasa sejahtera dan dilindungi dari sebarang bala bencana.

Wassalamu'alaikum

Dr Hanif
Jalan 3/42

Sunday, May 16, 2010

IHYA RAMADHAN 1431H

Mesyuarat Persediaan Menyambut Ramadhan 1431 Hijrah Bil 1/2010 telah diadakan pada 15 Mei 2010 oleh AJK Surau Al Raudhah, TTB3 dan merancang pengajuran aktiviti-aktiviti berikut:

1. Sambutan ambang Ramadhan
Tarikh/Masa: 7 Ogos 2010M/ 26 Sya’ban 1431H
Aktiviti: Gotong Royong, Ceramah Motivasi Ramadhan oleh Ustaz jemputan

2. Berbuka puasa harian/moreh.
Tarikh/Masa: Sepanjang Ramadhan
Aktiviti: Jadual giliran membawa juadah moreh mengikut jalan akan dikeluarkan, penduduk yang tiba giliran moreh juga dialu-alukan berbuka puasa di surau bersama imam hafiz dan AJK dengan membawa juadah masing-masing

3. Solat Tarawih Berjemaah,
Tarikh/Masa: Sepanjang Ramadhan
Aktiviti: Solat Tarawih 8 Rakaat diimamkan oleh 2 hafiz jemputan

4. Tazkirah
Tarikh/Masa: Sepanjang Ramadhan Selepas Rakaat ke 4 Solat Tarawikh
Aktiviti: Tazkirah ringkas oleh ustaz tempatan/jemputan

5. Kuliah Subuh.
Tarikh/Masa: Setiap Hujung Minggu dan Cuti Am
Aktiviti: Tazkirah oleh ustaz Jemputan

6. Tadarus Al Quran.
Tarikh/Masa: Selepas solat Tarawikh

7. Majlis Berbuka Puasa Perdana
Tarikh/Masa: 21 Ogos 2010M/11 Ramadhan 1431H
Aktiviti: Gotong Royong, Berbuka Puasa Perdana, Solat Tarawih, Tazkirah oleh Ustaz Jemputan

8. Qiamullail Perdana
Tarikh/Masa: 31 Ogos 2010M/ 21 Ramadhan 1431H
Aktiviti: Qiamullail pimpinan ustaz jemputan, syahur, kuliah subuh

Sumbangan penduduk samada dalam bentuk tenaga, kewangan dll dialu-alukan bagi menghidupkan Ramadhan 1431H yang penuh keberkatan ini.

Lot-lot saham akhirat akan dijual dengan harga RM50 setiap lot.

Maklumat terperinci akan dimaklumkan melalui memo yang akan diedarkan kepada semua penduduk.


KERJASAMA AHLI KARIAH JUGA DIMINTA UNTUK MAKLUMKAN JIKA INGIN DIADAKAN SOLAT IDULFITRI DI SURAU TTB3. SILA MAKLUM AWAL UNTUK URUSAN BERKAITAN PENTADBIRAN PEJABAT AGAMA (BOLEH REPLY TERUS DI RUANGAN KOMEN)

NOTIS KESELAMATAN





UNTUK RUJUKAN DAN TINDAKAN BERSAMA
p/s- minta kerjasama S/U atau AJK yang berkenaan untuk emel senarai emel semua penduduk pada moderator : ttbangi3@yahoo.com

Thursday, May 6, 2010

perhentian bas sepi


BANDAR BARU BANGI – Perhentian bas yang dibina sepatutnya memberikan kemudahan kepada pengguna dan kawasan sekitar namun sebaliknya berlaku apabila melihat perhentian bas awam yang dibina di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi sepi tanpa sebarang aktiviti.

Melihatkan keadaan persekitaran perhentian bas yang dipenuhi lalang dan tempat pembuangan sampah berhampiran ternyata satu kerugian kepada penduduk setempat dan premis perniagaan di sekitar kawasan berkenaan. Difahamkan perhentian bas awam berkenaan yang memberikan perkhidmatan untuk perjalanan kawasan setempat dan berhampiran sekitar Bangi serta Kajang siap pada tahun 2000.


Tinjauan Sinar Harian di sekitar kawasan berkenaan mendapati, lokasi pembinaan terletak berhampiran Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi Seksyen 3 dan bersebelahan jalan utama menuju ke pusat pengajian tinggi awam.


Kriteria ini bagaimanapun tidak memberikan kesan kepada perkembangan aktiviti bas dan kereta sewa kerana sehingga kini ia masih belum beroperasi malah terdapat beberapa bahagian bumbungnya rosak dan kawasan sekitar dipenuhi rumput.