TMN TASIK BANGI 3

TMN TASIK BANGI 3

Tuesday, August 31, 2010

Mesyuarat Surau Induk

mesyuarat bagi pembentangan status projek surau diadakan selepas solat zohor di Surau Damai Impian pada 31 Ogos 2010, bersamaan 21 Ramadhan 1431
Mesyuarat dipengerusikan oleh Dato Hj Kamaruzaman, turut hadir semua pengerusi surau
Tn Hj Sufie mengalu-alukan kehadiran semua
pembentangan oleh Tn hj Abd Razak dan Dr Ramdzan

Pembentangan adalah untuk mendapat maklumbalas semua wakil taman dan seterusnya menambahbaik plan yang telah dibuat. Pihak Jawatankuasa pada asalnya bercadang menyerahkan tindakan seterusnya kepada Jawatankuasa Pembangunan.

Namun mesyuarat bersetuju supaya plan baru dan penambahbaikan dibuat dan diserahkan semula kepada semua wakil (2 salinan) setiap salinan sebelum mesyuarat agung setiap taman. Ini supaya semua penduduk dapat diberi penerangan semasa mesyuarat agung.

Pengerusi berharap semua taman dapat menyelesaikan mesyuarat agung menjelang 30 oktober 2010 dan wakil taman yang baru dilantik kelak akan meneruskan untuk projek pembangunan, dengan penambahbaikan atas semua maklumbalas penduduk.

Friday, August 27, 2010

Sambutan Nuzul Quran

Majlis berbuka puasa perdana sempena menyambut Nuzul Quran

para penduduk mengambil tempat

kaum ibu yang turut memeriahkan suasana

Tn Hj Yusof meraikan para jamaah yg hadir

Ust Hanapiah menyampaikan tazkirah Nuzul Quran

Thursday, August 26, 2010

Zakat Fitrah

Salam.
Amil Zakat fitrah akan membuat kutipan zakat fitrah (kadar RM7) di Surau Al Raudhah, 
Taman Tasik Bangi 3 pada Hari Ahad dan Isnin, 29-30 Ogos 2010.

Masa adalah bermula 8.15mlm-selepas taraweh.

Tuesday, August 24, 2010

Majlis Berbuka Puasa Perdana

Salam.
Majlis Berbuka Puasa Perdana akan diadakan di Surau Al Raudhah pada hari Jumaat, 27 Ogos 2010.

Ahli kariah sekalian juga dijemput hadir lebih awal untuk saling membantu persiapan yang diadakan.

Sempena Hari Nuzul Quran ini (dan cuti bagi Selangor), diharap sekalian warga Taman Tasik Bangi 3 dapat hadir beramai-ramai dan memeriahkan program yang diadakan.

Sunday, August 22, 2010

imam muda dari Yaman



pihak ahli kariah/jamaah di Surau al Raudah berterima kasih atas kesudian saudara yassin, pelajar MMU yang berasal dari Yaman, untuk menjadi imam bagi solat isyak dan taraweh.

Wednesday, August 18, 2010

Tahfiz dari MANIS



Surau Al Raudah TTB3 malam tadi diserikan dengan kehadiran tahfiz muda, adik faisol mohd yusof dari Madrasah Nurul Islam, Ampang (MANIS).
sedikit latar belakang MANIS;

Pengenalan
Kami telah memikirkan begitu ramai anak-anak yatim terbiar dan mualaf-mualaf yang tiada bimbingan, khususnya anak-anak Bangsa Melayu (Petani/Yala dan Narathiwat) yang mana kehidupannya boleh dikatak terbiar dan tiada bimbingan. Tambah menyedihkan lagi apabila memikirkan pendidikan agama mereka untuk masa hadapan. Lebih mendukacitakan lagi ialah keadaan semasa terutama daripada segi ekonomi, turut melemahkan lagi keadaan oleh disebabkan masalah ini kami tidak mahu mereka terlepas dalam pelajaran mereka.Kami yakin dan percaya sudah tentu dikalangan kita semua menyedari keadaan ini. Mungkin disebabkan faktor-faktor tertentu seperti kesibukan dengan tugas harian, tanggungjawab lain secara tidak langsung menjadikan masa kita begitu terhad untuk membantu anak-anak yatim, miskin, daif lagi terbiar. Atas dasar perihatin dan simpati kami dengan ikhlas ingin membela nasib anak-anak ini sekadar yang termampu. Ini lah yang menjadi sebab utama kami menubuhkan intitusi yang dinamakan MADRASAH NURUL ISLAM ( MANIS ).

Pihak kami amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas daripada anda semua. Buat masa ini, pihak kami menghadapi masalah dari segi kewangan. Kos yang telibat untuk menguruskan kebajikan dan keperluan harian pelajar-pelajar semakin meningkat. Begitu juga dengan kelengkapan untuk tenaga pengajar. Pelbagai projek seperti ternakan dan tanaman masih belum membuahkan hasil seperti yang dirancang. Oleh itu pihak pengurusan madrasah ini, amat berharap saudara dan saudari dapat meringankan beban yang ditanggung oleh pihak pegurusan Madrasah Nurul Islam ini...semoga jasa baik dan sumbangan ikhlas tuan/puan/saudara dan saudari mendapat balasan yang setimpal daripada Nya.... InsyaAllah...
Pihak kami menerima apa jua bentuk sumbangan ikhlas seperti bantuan kewangan, pakaian, alat-alat tulis, dapur serta pelbagai keperluan harian yang lain. Kiriman wang boleh dibuat dalam bentuk :
MANIS MALAYSIA ( Cek / Wang Pos di atas nama Madrasah Nurul Islam.) :
1. Bank Simpanan Nasional (BSN). No. Akaun : 1410029830308323.
2. Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) . No. Akaun : 03-036-02-032344-0
3. Malayan Banking Berhad (MBB) . No. Akaun : 164100272998


Untuk maklumat lanjut; sila layari : http://www.manis-1.com/Index.htm

Monday, August 16, 2010

Sunday, August 15, 2010

Majlis Ilmu



pihak surau TTB3 menganjurkan majlis ilmu setiap hari menerusi tazkirah ringkas dan tambahan kuliah subuh pada hujung minggu. oleh itu, selain mengerjakan amalan sunnah, bersamalah kita mengutip manfaat dari majlis ilmu yang diadakan.

Friday, August 13, 2010

Tuesday, August 10, 2010

Malam 1 Ramadhan

Tn Hj Yusof mengucapkan selamat berpuasa kepada semua yang hadir.
Ahli Kariah diingatkan supaya menjelaskan bayaran untuk kawalan keselamatan kerana menjelang sambutan Hari Raya, kawalan akan ditingkatkan dari 8 jam (11mlm-6pg) sedia ada kepada 24jam sehari.


semoga ibadah kita di bulan ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan sebelumnya

Sunday, August 1, 2010

Gotong Royong Surau



Tahniah dan syabas kepada ahli jamaah yang turut menjayakan persiapan surau menjelang Ramadhan 1431H..

Diharap dapat memberi sedikit keselesaan bagi jamaah yang hadir.

PROGRAM IHYA RAMADAN 1431H

Semua Penduduk
Jalan 3/38 hingga 3/51
Taman Tasik Bangi 3
43650 BANDAR BARU BANGI
اسلام عليكم ورحمة الله و بركاته

PROGRAM IHYA RAMADAN 1431H SURAU AL-RAUDHAH TAMAN TASIK BANGI 3

1. Jawatankuasa Surau Al-Raudhah (No 1, Jalan 3/42) dengan sukacitanya mengucapkan selamat menyambut Ramadan Al Mubarak 1431 Hijrah. Semoga Ramadan kali ini dapat mempertingkatkan ketaqwaan kita semua.

2. Aktiviti berikut telah dirancang sebagai usaha menghidupkan bulan Ramadan ini,

a) Berbuka puasa harian.
b) Solat Tarawih Berjemaah,
c) Tazkirah dan Kuliah Subuh.
d) Tadarus Al Quran.
e) Qiamullail Perdana.
f) Majlis Berbuka Puasa Perdana dan Khatam Al Quran.

3. Dijangkakan 5-10 jemaah akan berbuka puasa setiap hari di surau. Para penduduk dialu-alukan untuk menyertainya dengan membawa makanan masing-masing (“pot-luck”).

4. Giliran moreh akan dibuat mengikut jalan dan jadual akan dikeluarkan tidak lama lagi. Kerjasama semua Ketua Jalan dimohon.

5. Tempahan majlis seperti tahlil, berbuka puasa dan moreh boleh dibuat melalui AJK berikut :

a) Ustaz Wan Zulkifli – 019-9348124 (1-10 Ramadan)
b) En Rusli Hussin – 019-3573546 (11-20 Ramadan)
c) En Samri Othman – 019-3202500 (21 hingga akhir Ramadan)

6. Sebarang infaq atau sumbangan kewangan (satu lot @ RM 50.00) boleh dibuat melalui bendahari En Azmi Aman Shah – 019-3315300. Sekian, terima kasih,

Yang berusaha,



MOHAMAD HALIM BIN HJ MAULUD (019-2004447)
Bp Pengerusi Surau Sementara TTB3