TMN TASIK BANGI 3

TMN TASIK BANGI 3

Sunday, October 31, 2010

Sambutan IdulAdha di TTB3


Salam.

makluman dari keputusan terkini mesyt j/kuasa sambutan Qurban TTB3..

Majlis Qurban akan dilaksanakan pada 17 November 2010(rabu).

Solat Iduladha akan dilaksanakan pada 8.00pagi.

Majlis Qurban akan bermula 8.45pagi.

Friday, October 29, 2010


paparan isu oleh sinar harian

Thursday, October 28, 2010

lagi berkenaan tasik

SU dan Pengerusi ada memanggil wartawan sinar harian 10pg tadi (28/10/2010) untuk membuat liputan dan mengambil gambar berkaitan pencemaran di tasik. Diharap pihak berwajib akan memberi reaksi efektif untuk isu yang masih berlaku ini. SU juga telah membuat aduan rasmi di MPKj semalam. Rujukan -0799/10/10

Tuesday, October 26, 2010

terbaru di whiteboard surau TTB3

info awal aturcara majlis qurban 2010


pihak yang menyertai qurban

sukarelawan amal maaruf nahi mungkar TTB3


Friday, October 22, 2010

ziarah sahabat

SU surau maklumkan , semalam ada 6 ahli kariah membuat ziarah ke rumah-rumah student yang kerap berpeleseran hingga tengah malam. Mungkin ini kaedah permulaan untuk mengenali dan memahami sesama penduduk, terutama anak-anak muda..

Tuesday, October 19, 2010

Penguatkuasaan Penggunaan Pelekat kenderaan Taman

Untuk makluman semua penduduk taman, bermula 1 nov 2010 pengawal keselamatan akan memastikan semua kenderaan keluar dan masuk taman mempunyai pelekat kenderaan taman. Bagi kenderaan yang TIDAK mempunyai pelekat, mereka perlu menulis nama dan alamat rumah di dalam buku catatan yang akan disediakan di pondok pengawal.

Jadi sehubungan dengan itu, sila pastikan kenderaan anda dilekatkan pelekat kenderaan taman untuk kemudahan bersama. Dapatkan pelekat kenderaan daripada wakil jalan masing2 dengan bayaran RM5 untuk setiap pelekat kenderaan.


Terima kasih,


AJK Keselamatan.

Saturday, October 9, 2010

Kuliah Subuh 10/10/2010

Kuliah subuh kali ini akan disampaikan oleh Dr. Azwira. Semua penduduk TTB3 dijemput hadir. Terimakasih.

Wednesday, October 6, 2010

MAJLIS DOA SELAMAT

Satu majlis doa selamat akan diadakan bagi meraikan bakal haji dari kalangan penduduk TTB3 bertempat di surau Ar Raudhah pada 7hb Oktober 2010 selepas solat Isyak. Semua dijemput hadir. Mohon war-warkan kepada bakal haji di jalan tuan2 supaya dapat hadir sama. Terimakasih.

Friday, October 1, 2010

sekitar AGM 2010

upload gambar ni dulu buat sementara. 
gambar canggih & lebih menarik tunggu sahabat yg bawa kamera canggih emel.. tunggu..

penduduk yang hadir

mendengar ucapan pengerusi

Tn Hj Yusof memberi ucapan

Tn Hj Yusof bersama Jkuasa baru yang terpilih

sesi jamuan raya

pelbagai juadah terhidang