TMN TASIK BANGI 3

TMN TASIK BANGI 3

Saturday, January 29, 2011

Monday, January 24, 2011

Ucapan Pengerusi Surau Al Raudhah TTB3

Assalamu'alaikum warahmatUllah,


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah yang menguasai seluruh alam. Salawat dan salam ke atas kekasih kami RasulAllah S.A.W.

1. Pihak AJK amat berbesar hati di atas pemilihan dan kepercayaan yang diberikan.
2. Cabaran utama AJK ialah untuk melaksanakan mandat yang telah diberikan oleh ahli kariah dan juga meneruskan pencapaian AJK lalu yang begitu cemerlang.

3. Merujuk kepada keputusan AGM, AJK teras yang terdiri daripada 3 jawatan utama iaitu Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari, berserta timbalan masing-masing telah dipilih dan diberikan tanggungjawab untuk membentuk AJK Surau Al Raudah yang lengkap.

4. Untuk itu satu perbincangan kecil AJK Teras telah di adakan pada malam selepas AGM dan hasilnya, piahk AJK telah menyenarai lebih kurang 15 ahli kariah untuk dicalonkan sebagai AJK Surau al-Raudhah.

5. Buat masa ini, pihak AJK teras sedang menghubungi calon-calon berkenaan dan akan menjemput mereka ke Mesyuarat AJK Pertama yang akan diadakan pada 9 R. Awal 1432H/11 Feb 2010M insyaAllah.

6. Dalam tempoh sehingga tarikh tersebut, segala aktiviti yang telah dirancang sebelum ini akan diteruskan.

7. Tarikh tersebut mungkin agak lewat, tetapi ia dipilih dengan mengambil kira cuti panjang pada minggu pertama Februari 2011.

8. Pihak AJK mengharapkan doa dan sokongan padu daripada ahli kariah, demi untuk meningkatkan syiar Islam di TTB3 yang dicintai ini.

9. Akhir sekali, saya ingin sampaikan satu Hadis untuk renungan bersama:

Dari Abul Abbas Abdullah bin Abbas rodhiallahu ‘anhuma beliau berkata: Suatu hari aku berada di belakang Nabi saw lalu beliau bersabda, “Nak, aku akan ajarkan kepadamu beberapa patah kata: Jagalah Allah, Nescaya Dia akan senantiasa menjagamu. Bila engkau meminta sesuatu, mintalah kepada Allah, dan bila engkau meminta pertolongan, mintalah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah, jika semua umat manusia bersatu padu untuk memberikan suatu kebaikan kepadamu, nescaya mereka tidak dapat melakukannya kecuali dengan sesuatu yang telah ditulis oleh Allah bagimu, dan jika semua umat manusia bersatu padu untuk mencelakakanmu, nescaya mereka tidak dapat mencelakakanmu kecuali dengan sesuatu yang telah ditulis oleh Allah bagimu. Pena telah diangkat dan catatan-catatan telah mengering.” (HR Tirmidzi Dia berkata , “Hadith ini hasan shohih”)


Sekian untuk kali ini, wa bi Allahi taufiq wa al hidayah..

Wassalamu'alaikum,


Dr Hj Mohd Hanif Hj Zailani
Pengerusi
AJK Surau Al Raudhah
TTB3

Komentar di Blog

Assalam....

Blog TTB3 ketika ini mengamalkan dasar terbuka, tanpa sekatan atau kawalan atas segala komen atau shout . Ini kerana moderator percaya pengunjung atau orang yang memberi komen boleh bersikap dewasa, matang dan bertanggungjawab.

Oleh itu sila beri maklumbalas samada dasar ini perlu diteruskan atau moderator perlu kawal komen tuan-tuan/puan-puan seperti mana pengawas di sekolah.

Alternatifnya, moderator tidak perlu kawal, tetapi setiap komen perlu menyatakan nama. Komen tanpa nama akan dipadamkan tanpa amaran.

Terima kasih.

Sunday, January 23, 2011

Mesyt Khas Penduduk TTB3






Mesyuarat khas telah diadakan di surau TTB3 pada 23 jan 2011, selepas Isyak. Isu yang dibincangkan adalah berkaitan cadangan membuka pusat mencuci kereta di hadapan pos keselamatan Jalan 3/42.

Mesyuarat secara umum bersetuju agar Persatuan Penduduk Taman Tasik Bangi 3 menulis surat kepada MPKj dan mengemukakan bantahan dan komen penduduk berkenaan cadangan berkenaan.

Untuk tindakan dan perincian selanjutnya, penduduk boleh berhubung terus dengan Ust Wan Zulkifly (Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk TTB3)

Friday, January 21, 2011

Isu semasa TTB3

Assalam.

Ust Wan Zulkifly (Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk TTB3) meminta semua penduduk bersikap rasional dan terbuka dengan isu-isu semasa yang timbul.


Isu pusat mencuci kereta yang timbul perlu dibincang secara baik dan terbuka. Buat ketika ini, pihak pengusaha pusat mencuci kereta telah diminta untuk menaikkan papan tanda notis (pengusaha perlu rujuk spesifikasi standard MPKj) dan semua penduduk perlu memberikan maklumbalas rasmi kepada MPKj dalam tempoh yang ditetapkan oleh YDP MPKj.

Buat masa ini, semua isu yang ingin dibincangkan dan dikemukakan boleh merujuk terus kepada Ust Wan Zulkifly (019 934 8124). Pihak persatuan akan membuat keputusan rasmi sebaik tamat tempoh maklumbalas tersebut.

Diharap semua luahan dan komen di facebook, emel dan blog TTB3 atau cakap belakang boleh diterjemah dalam bentuk lebih formal kepada pihak berkuasa tempatan dan diberi salinan kepada Persatuan Penduduk TTB3.

Emel Ust Wan Zulkifly :    wanzul70@gmail.com

Thursday, January 20, 2011

Berita ringkas AGM Surau Ar-Raudhah 20.1.2011

Assalamualaikum.
AGM kali ini telah melantik muka-muka baru sebagai AJK, diantaranya:

Pengerusi      :       Dr. Hanif
T/Pengerusi   :      Ust Hazam
Setiausaha     :      En. Abd Karim (Jr)
P/Setiausaha  :      Hj Muzafar
Bendahari      :      En. Murshed
P/Bendahari   :      En Azizi

Sekian, berita penuh akan menyusul kemudian.

Terima kasih

sekitar AGM Surau Al Raudhah TTB3







maklumat penuh akan dipaparkan setelah mendapat catatan penuh dari pencatat minit mesyuarat

Sunday, January 16, 2011

AGM Surau TTB3


makluman SU:

Notis telah diagihkan ke setiap rumah di TTB3.
AGM pada 20 Jan 2011 (15 Safar 1432), bermula seawal 7.30pagi 9.00 pagi untuk sarapan.

Perbincangan awal pada 18 Jan 2011 untuk persiapan AGM , usul dan aturcara.

Projek depan pos keselamatan TTB3

Makluman S/U Persatuan TTB3: Tapak Dewan (sebelah tapak surau) akan dibuka pusat mencuci kereta yang diusahakan oleh Cikgu Rizaudin, setelah medapat kelulusan MPKj. Pengerusi Persatuan Penduduk menyokong projek ini sebagai usaha menambah tabung pembinaan surau. Para penduduk juga disaran turut sama memberi sokongan.

Thursday, January 13, 2011

Salam dan Maksud disebaliknya..

Siapa yang menggunakan perkataan “SALAM"? Apakah maksud disebaliknya?


Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah: "Salam (selamat tinggal)". Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk).

(QS. 43:89)

Baik gunakan “ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH”

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Petikan dari ceramah di radio ikim (91.50 fm) oleh ustaz Zawawi. Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulullah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda s.a.w memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”.

Ringkasnya, baginda s.a.w akan beri salam dengan ucapan “Assalamualaikum” dan jawab salam “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah, “WAALAIKUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu “WAALAIKUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata, “Kirim salam assalamualaikum pada ASHREE” (contoh). Bukannya, “Kirim salam kat ASHREE yer”. Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ”Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘A’kum‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim UMazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope”.

Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

Jangan guna “Semekom” kerana “Semekom” bermaksud “Celaka Kamu.”

Gunakan perkataan“ As Salam” sebagai singkatan bagi “Assalammualaikum.”

Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa.

Sekian, semoga ada manfaatnya



Cadangan Penutupan Jalan

Assalamualaikum..

Kpd semua penduduk TTB3


Salah satu cadangan awal semasa kawalan 24 jam di taman adalah penutupan jalan 3/52 dan jalan 3/38 selepas waktu puncak iaitu diantara 9 pg sehingga 5 petang. Hanya jalan 3/48 dan jalan 3/42 yang akan dibuka pada waktu tersebut.

Manakala pada waktu malam kita akan bermula pukul 11 mlm sehingga 5 pagi dan hanya jalan 3/42 sahaja yang dibuka sebagai laluan keluar-masuk ke taman. Sebelum ini penutupan semua jalan kecuali Jalan3/42 adalah pukul 12 mlm.

Biro Keselamatan bercadang untuk melaksanakan cadangan ini bermula 15 januari 2011 jika tidak ada apa-apa bantahan daripada penduduk.

Maklumbalas daripada semua qariah amat lah dialu-alukan. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Biro Keselamatan.



Terima kasih.

Khidmat Polis di Taman Tasik Bangi 3

Assalamualaikum..




Berikut adalah info mengenai Polis yg meronda sektor di TTB3:


Nama: Shafizal Ahmad

Balai: Bandar Baru Bangi

NO HP: 013 4581556



Kepolisan Masyarakat, Bersama Memerangi Jenayah.