TMN TASIK BANGI 3

TMN TASIK BANGI 3

Monday, April 25, 2011

Monday, April 18, 2011

Hari Kempen Membayar Yuran

Assalam.
Buat semua ahli kariah, semoga semuanya sihat.
Merujuk kepada mesyuarat dengan ketua-ketua jalan pada 15 April (930 malam), ahli mesyuarat bersetuju untuk mengadakan hari membayar yuran yang dijangkakan akan diadakan pada 8 Mei 2011 bagi menangani masalah kesukaran pihak pembayar untuk membayar yuran kepada ketua jalan. Kaunter akan dibuka bermula jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang di dua laluan masuk ke taman. Justeru itu, saya memohon kepada sesiapa yang bersedia untuk menjadi sukarelawan untuk berada di kaunter tersebut diharap dalam reply emel saya ini dengan memberi nama dan no tel untuk dihubungi @ maklumkan juga pada rakan-rakan atau jiran supaya turut serta.

Wassalam.

Mesej dari Timb. Pengerusi

Thursday, April 7, 2011

Mari Makan Durian..... & Mensyuarat AJK persatuan penduduk TTB3

Assalam...

Satu majlis makan-makan akan diadakan di Surau Ar-Raudhah pada hari Jumaat 8/4/2011 selepas solat Isyak. Semua penduduk dijemput hadir..Kepada sesiapa yang ingin menyumbang , ia amat2 dialu-alukan...

Selepas selesai majlis makan2 durian ini, satu mensyuarat AJK persatuan penduduk TTB3 akan diadakan. Justru itu semua AJK persatuan penduduk TTB3 diminta hadir.

Terima kasih

Tuesday, April 5, 2011

Tertinggal Kunci Semasa AGM Persatuan Penduduk

Assalamu'alaikum,
Sesiapa yang tertinggal segugus kunci (seperti kunci Modenas) semasa AGM pada 27
Mac lalu, sila ambil di papan kenyataan Surau Al-Raudhah & Pusat Komuniti TTB3.


Monday, April 4, 2011

info alam maya

Assalam..


sedikit perkongsian trend semasa..
terdapat perbezaan dan fungsi bagi blog, emel dan facebook.

blog lebih banyak fokus kepada isu dan peristiwa, bukan berita setiap hari..
sebab tu kalau blog yg berbentuk harian ada disebut hujungnya ...kini, ..daily.

emel adalah surat..surat biasanya untuk perkara yang rasmi..yg ni tak payah
nak hurai..sebab kalau namanya surat, semua tahu fungsi dan tujuannya..

facebook lebih interaktif .. semua orang boleh menyumbang info di wall..
boleh chat, boleh tagging gambar... bahkan para 'facebooker' Mesir,
Tunisia memanfaatkan medium ini sepanjang kebangkitan mereka...
(tahun 2008 blogger Malaysia memainkan peranan dalam arus politik)

terpulanglah bagaimana respon kita.. sebab arus alam maya ini akan terus
bergerak dan tidak peduli sama ada kita nak ikut atau tidak..

bukti yang nyata, blog berperanan dalam politik tahun 2008 di Malaysia,
dan facebook & twitter ketika ini menjadi medium mencorak politik di Tunisia,
Mesir, Libya, Yaman dan Bahrain...

kesimpulan : jom sertai facebook tamantasikbangi 3
tanpa menjadi moderator pun, anda boleh memberi apa juga sumbangan,
artikel, komen, gambar,..cuma moderator boleh remove yg tak berkenaan..

-moderator-

Jadual Pengajian April 2011

Gotong Royong Surau

Assalamu'alaikum,

Semua ahli kariah TTB3,
Gotong royong akan diadakan di Surau Al-Raudhah pada:

Tarikh: 9 April 2011 / 5 J Akhir 1432
Hari: Sabtu
Masa: bermula 8.30 pagi.

Objektif (Aktiviti - Penyelaras)
1. Mengemaskini inventori surau - En Karim/Hj Muzafar (SU/TSU)
2. Penyelenggaraan sistem PA, pendingin udara, peralatan elektrik - En Yus Nizam
3. Membersihkan surau (dalam dan luar) - En Johar Aris (AJK Penyelenggaraan)
4. Merapatkan silaturahim.

Semua ahli kariah diseru hadir. InsyaAllah jamuan pagi disediakan.

Sekian

Mohd Hanif Zailani
Pengerusi Surau