TMN TASIK BANGI 3

TMN TASIK BANGI 3

Sunday, May 29, 2011

Operasi

From: wanzul70@gmail.com
Date: Fri, 27 May 2011 16:02:36 +0800
To: tamantasikbangi3@yahoogroups.com


Assalam.

Peristiwa malam tadi, lebih kurang jam 2 pagi, saya, shamri dan rosli telah membuat tangkapan sepasang remaja / penyewa yang sedang bercumbuan dalam kereta di jalan 3/51. Mereka telah dinasihati dan amaran terakhir.

Dalam masa yang sama ada sebuah rumah yang disyaki penyewa perempuan membawa masuk lelaki. Pihak polis telah datang seramai 6 orang yang diketuai oleh inspektor shafizal. Pemeriksaaan sehingga ke atas siling telah dilakukan, dan mengikut maklumat pengawal keselamatan, lelaki tersebut telah meloloskan diri semasa rosli pergi ke pondok pengawal untuk memaklumkan perkara tersebut. Operasi tamat jam 3.45 pagi.

Harap kerjasama semua pihak memantau situasi-situasi seumpama itu. Harap maklum.

Wednesday, May 18, 2011

Info terkini Perbincangan Pembinaan Surau

Aslmkm Tuan,


Antara keputusan yg dipersetujui oleh AJK Persatuan Penduduk TTB3 yg telah berbincang pada 16 Mei (Isnin) di Surau Al-Raudah ialah :

a. Melantik 8 orang penduduk berikut untuk menggantikan AJK lama dari penduduk TTB3 dalam JK Penggerak Pembinaan Surau Seksyen 3 yg dipengerusikan oleh Datuk Hj Kamaruzaman b Hj Mohd Noor (59, Jalan 3/61).

1. Hj Zainol Abidin b Hj Hassan (Pengerusi Persatuan Penduduk TTB3)
2. Ust Wan Zulkifly Wan Zakaria. (Timb Pengerusi Persatuan Penduduk TTB3)
3. Dr Hj Mohd Hanif Hj Zailani. (Pengerusi Surau Al-Raudah)
4. Ust Hazamzam Husin (Timb Pengerusi Surau Al-Raudah)
5. Hj Zulfakri Hj Mohd Din.(Penolong SU Persatuan Penduduk TTB3)
6. Dr Hj Amin Sah Hamid (AJK Surau Al-Raudah)
7. Dr Mohd Ramdzan Jamil. (bekas Pengerusi JK Khas Pertukaran/Pewartaan Tapak Surau )
8. Ahmad Suhandy Zakaria. (Bendahari JK Penggerak Pembinaan Surau Seksyen 3)


b. Menghantar surat kpd JK Penggerak Pembinaan Surau Seksyen 3 memohon status mengenai permohonan bantuan kewangan RM500 RIBU daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM). Rujuk Surat SURUA/S3 - BBB (27) bertarikh 10 Januari 2011.

Sekian untuk makluman semua ahli qariah.

terima kasih.

SU Persatuan Penduduk TTB3

Sunday, May 15, 2011

terima kasih

Assalamu'alaikum warah matuLLAHI wabarakatuh,


Pihak AJK Surau ingin mengucapkan terima kasih di atas sumbangan dan penglibatan daripada AJK Penganjur dan semua ahli kariah Taman Tasik Bangi 3 dalam menjayakan program pada 15 Mei 2011 iaitu Kursus Penyembelihan dan Ceramah Aman Palestin. Kami amat berbesar hati di atas permuafakatan yang telah dizahirkan dan berharap agar ianya dapat diteruskan pada masa akan datang.

Mohon berikan maklumbalas kepada saya atau mana-mana AJK Surau jika terdapat sebarang kekurangan atau cadangan agar penambahbaikan boleh dilakukan pada masa akan datang.

Sekian terima kasih.


DR HJ MOHD HANIF ZAILANI
Pengerusi AJK Surau Al-Raudhah
Taman Tasik Bangi 3

Sekitar Program di Surau Al Raudhah pada 15 Mei 2011





sesi kuliah/teori penyembelihan haiwan dalam Islam



sesi praktikal





ceramah memperingati peristiwa al nakbah Palestin 63 tahun yang lalu




di Gerai Aman Palestin

Serahan Kutipan Tabung RM191 oleh Bendahari kepada Wakil Aman Palestin.