TMN TASIK BANGI 3

TMN TASIK BANGI 3

Wednesday, June 22, 2011

Monday, June 20, 2011

Monday, June 13, 2011

Mesyuarat AJK Surau Al-Raudhah Bil 3/2011-Persediaan Ramadhan 1432

Assalamu'alaikum warahmatuLLAHi wabarakatuh


Tuan/Puan yang dirahmati Allah,

1. Merujuk kepada perkara di atas, satu mesyuarat akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh: 17 Rejab 1432 bersamaan 18 Jun 2011 (Sabtu)
Masa : 9.15 Malam (selepas solat Isyak)
Agenda:-
i. Aluan Pengerusi
ii. Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat bil 2/2011
iii. Laporan kewangan
iv. Persediaan Ramadhan 1432Hijrah
v. Hal-hal lain

2. Agenda khusus mesyuarat kali ini ialah mengenai persediaan menyambut bulan Ramadhan 1432. Sehubungan dengan itu, SEMUA AHLI KARIAH TTB3 JUGA DIALU-ALUKAN HADHIR agar sama-sama dapat memberikan sumbangan idea.

Sekian, terima kasih

DR HJ MOHD HANIF HJ ZAILANI
Pengerusi
AJK Surau Al Raudhah
Taman Tasik Bangi 3

Kursus Pengurusan Jenazah di Masjid Hasanah


Satu kursus pengurusan jenazah untuk semua surau di Bandar Baru Bangi Anjuran Masjid Hasanah telah di adakan pada hari Ahad 11 Rajab 2011, Jam 8.30pagi hingga 12.30 tengahari. Surau Al-Raudhah telah diwakili oleh En. Johary Yahaya (Biro Kebajikan & Khairat) dan Dr Hj Mohd Hanif Zailani (Pengerusi).

- Pengerusi Surau Al-Raudhah

Sunday, June 12, 2011

JK Penggerak Pembinaan Surau Seksyen 3

From: mohd halim halim343@hotmail.com
Subject: MESYUARAT DENGAN DATO K DITANGGUHKAN KEPADA 16 JUN (KHAMIS)
To: "surau blogger"
Date: Sunday, June 12, 2011, 1:56 PM


Aslmkm Tuan,

Mohon masukkan ke dalam blog bahawa Mesyt Khas dgn Datuk Hj Kamaruzaman (Pengerusi Bersama JK Penggerak Pembinaan Surau Seksyen 3 DITANGGUHKAN kepada 16 Jun (Khamis).
Masa dan Tempat tidak berubah.
Semua yang terlibat harap maklum.

Disertakan notis panggilan mesyuarat khas tersebut.

Halimaulud
SU