TMN TASIK BANGI 3

TMN TASIK BANGI 3

Friday, January 13, 2012

AGM 2 Surau Al Raudhah TTB3



sila klik untuk besarkan dan cetak untuk tindakan.

info ringkas mesy AJK Surau bil 1 thn 2012

Dimaklumkan beberapa perkara dari Mesyuarat Surau-surau dan Masjid di Masjid Hasanah;

1. semua ahli kariah diminta isi borang pendaftaran ahli karia mengikut arahan JAIS.
 
klik di bawah untuk besarkan imej dan cetakan.


2. Tanah Perkuburan Bandar Baru Bangi dan tabung khairat .

-dimaklumkan kos penyelenggaraan bulanan sekitar RM1600 dan setiap surau perlu memberi sumbangan RM50 setiap bulan. ketika ini terdapat 8-10 jenazah disemadikan di perkuburan sg tangkas tiap bulan.

-bagi yang belum isi dan hantar borang khairat, sila klik dan cetak imej di bawah;



3. Kempen Bangi Bandar Ilmu.

- sejarah asal kempen adalah Bangi Bandar Islam Melayu
- kini ditingkatkan dengan Bangi Bandar Ilmu
- berikut jadual dan plan melibatkan Kempen Bangi Bandar Ilmu dan Sekolah Agama Bandar Baru Bangi:
(sila klik untuk besarkan imej dan cetakan)




4. Program Lain

a. Karnival Masjid Hasanah
- Surau bersetuju sertai karnival dan booking booth
- penyertaan lain boleh hubungi pihak masjid al Hasanah : masjidalhasanah@gmail.com

b. Koperasi Masjid Hasanah
- Dana untuk amal jariah
- sasaran RM9.5 juta
- saham RM200/minima
- dalam peringkat akhir kelulusan

c. Kursus Pengurusan Jenazah Wanita
- diadakan d Surau Jubli Perak, Seksyen 4
- jam 8.30pg - 1.tghri
- Ahad 15/01/2012

d. Kelas jom ngaji dan hafal Al Quran
- anak-anak (dewasa juga dialu-alukan)
- diadakan di surau Al Raudhah
- akan dimulakan seawal Februari
- penyertaan awal rujuk Ust Hazam (timbalan pengerusi surau)
- bayaran akan dirujuk semula dengan tenaga pengajar

Wednesday, January 11, 2012

INFO TTB3 11 JAN 2012

Assalamualaikum tuan2,
Maklumat terkini seperti berikut:
1. Pemasangan pagar sepanjang Jalan 3/38.
Perbincangan antara Persatuan dgn pihak RONIAGA diadakan pada 28 Disember 2011 yang lepas.
Wakil Persatuan ialah Ustaz Wan Zulkifly (Pengerusi), Cik Gu Abdul Manap, Hj Shamri (kedua2 AJK Keselamatan ) dan SU.
Wakil RONIAGA ialah En Akmar Fairus Ahmad (Head of Property Development 019-2166602), En Mohd Farid (019-5060224) dan En Muhammad Aminurazin (019-6791139).

Keputusan:
a. Wakil RONIAGA setuju untuk bincang tentang pagar dengan pengurusan atasan RONIAGA.
b. Persatuan dikehendaki menghantar permohonan pasang pagar kpd RONIAGA. Surat telah pun dihantar kpd RONIAGA (by hand ) pada 10 Januari 2012 (Selasa) yang lalu. Perkara telah dimaklumkan kpd En Fairus dan En Mohd Farid.


2. Proses Menjadi Ahli Tabung Khairat Kematian Persatuan Penduduk BBB.
Semua Ketua Jalan maklum bahawa borang boleh di"download" drpd blog taman tasik bangi3.
Ketua Jalan sepatutnya mengumpul borang dan menyerahkannya kpd Hj Roslan (AJK Khairat) atau SU sebelum 7 Januari 2012.
Saya hanya menerima 12 borang dan wang sebanyak RM485. Borang dan wang yuran telah diserahkan kpd Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi petang tadi.
Difahami bahawa Hj Roslan ada juga menerima borang dan wang yuran tetapi belum dihantar lagi.

TAMBAHAN:

1. Tarikh tutup hantar borang dilanjutkan sehingga 17 Januari kerana gaji dibayar 16 Januari.

2. EGM Persatuan Penduduk TTB3 pada 13 Nov 2011 telah memutuskan ;
a. Semua penduduk TTB3 dicadangkan menjadi ahli Persatuan Penduduk BBB (PPBBB) dan secara automatik menjadi ahli Tabung Khairat Kematian PPBBB.
b. Pengurusan khairat kematian PPTTB3 hanya akan berfungsi sehingga 31 Dis 2011 sahaja. Oleh itu, pembayaran khairat (jika ada) oleh PPTTB3 akan dibuat setakat 31 Dis 2011 sahaja.
c. Yuran kemasukan sekali gus (RM15) dan yuran tahunan 2012 (RM20 setahun) ahli PPBBB dibayar sendiri oleh penduduk yang ingin menjadi ahli.
d. Pembayaran khairat kematian mulai 1 Jan 2012 akan diuruskan oleh PPBBB kepada ahli yang berdaftar dengan PPBBB.
e. Borang yg telah diisi beserta yuran RM35 hendaklah diserahkan kpd Ketua Jalan masing-masing."
3. Status Pengawal
Pengawal yang bertugas sekarang adalah di bawah pengurusan Persatuan Penduduk TTB3 dan diselia oleh AJK Keselamatan.

Perkara ini dilaksanakan sejak 10 Disember 2011.
Persatuan telah menamatkan kontrak dengan Sykt Laksamana kerana sykt tersebut telah tidak mematuhi kebanyakan syarat yg telah dipersetujui dalam perjanjian yang ditandatangani pada 24 September 2011. Antara lain ialah pengawal bukan warganegara,sesalinan lesen KDN tak diserahkan kpd Persatuan, pengawal tak pakai unifom dsbnya.

perkara yg masih perlu dijelaskan :::
a. Sampai bila kita nak selia pengawal ni?
b. Berapa gaji mereka? (atau berapa perbelanjaan sebulan ???).
c. kalau pihak Imigresen tangkap pengawal kita , apakah kita akan didakwa ? (harap Penolong SU TTB3 boleh beri pandangan sikit ).
4. Resit Baru 2012.
Cadang resit baru diberi kpd semua penduduk yg dah bayar yuran .....

sekian, terima kasih...
SU

Thursday, January 5, 2012