TMN TASIK BANGI 3

TMN TASIK BANGI 3

Sunday, April 29, 2012

KAUNTER KUTIPAN YURAN & JUALAN STICKER

Kaunter kutipan yuran keselamatan dan jualan sticker kereta/motor akan dibuka pada 6hb Mei 2012 di Surau Al Raudhah (Semasa Program Palestin) bermula jam 8.30 pagi. Semua penduduk dinasihatkan agar membayar yuran keselamatan bagi membolehkan kawalan keselamatan di Taman Tasik Bangi Tiga diteruskan.

GOTONG-ROYONG PERSEDIAAN CERAMAH PALESTIN

Satu gotong-royong akan diadakan di Surau Al Raudhah pada hari Sabtu 5hb Mei 2012 sebagai persediaan untuk aktiviti ceramah perdana isu Palestin (6/5/2012). Semua penduduk TTB3 dijemput hadir.

Thursday, April 26, 2012

Berita Keselamatan

Perhatian,

Pada 26 April 2012 jam 2.30ptg, ada cubaan pecah rumah di rmh no. 49, Jalan 3/48 (rmh sdr Nor Azman Ramli)

Menurut pengawal yang bertugas (Iqbal), seorang lelaki berwajah arab/pakistan (bertatu di lengan) telah cuba memotong pagar di belakang rumah & kelibat pencuri disedari oleh isteri Sdr Azman lalu menjerit meminta pertolongan. 

Menurut Balai Polis Bangi (03- 8925 0282), laporan rasmi telah dibuat oleh Sdr Azman. Kini sedang menunggu Pegawai Penyiasat (IO) untuk mengambil maklumat lanjut. Laporan telah diterima oleh Konst Shafizal Bin Ahmad (013- 458 1556) yg juga merupakan anggota ronda kawasan Seksyen 3 Tambahan.


Thursday, April 19, 2012

Wednesday, April 18, 2012

KARNIVAL FUTSAL ANTARA SURAU & MASJID ANJURAN MASJID AL-HASANAH


Seperti yang dinyatakan diatas, satu pertandingan futsal terbuka atas 15 tahun inter surau & masjid bakal diadakan pada :

tarikh : 1hb Mei 2012 , selasa
venue : galaxy futsal seksyen 15
waktu : 8.00 pagi - 5.00 petang

Persatuan Penduduk Taman Tasik Bangi Tiga telah memutuskan akan menghantar sekurang-kurangnya satu pasukan ke kejohanan tersebut.

Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut::-

- setiap surau boleh menghantar beberapa team
- setiap team register 8 nama (game 5 orang,3 simpanan)
- bayaran setiap team RM40 jika wakil surau , team biasa RM80
- pemain kene tutup aurat semasa bermain

Pihak penganjur akan hantar borang penyertaan ke surau Ar Raudhah nanti. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kejohanan ini bolehlah menghubungi AJK sukan TTB3, En Jafni di talian 019-3895873.

Terima kasih

Sunday, April 15, 2012

PROGRAM PALESTIN


Assalamualaikum.
Persatuan Penduduk Taman Tasik Bangi Tiga (TTB3) dan Surau Al-Raudhah TTB3 akan menganjurkan satu ceramah Palestin pada 6hb Mei 2012 bertempat di Surau Al-Raudhah TTB3 yang akan disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Zainur Rashid Zainuddin, Dekan IMU Clinical School, International Medical University. Aturcara program adalah seperti berikut:



Masa 

8:00 am

8:30 am

9:00 am


10:30 am

1:13 pm



4:32 pm

7:20 pm



8:32 pm

Aturcara

Taklimat penyembelihan oleh Dr. Hanif (Penasihat Surau)

Kerja-kerja menyembelih 3 ekor kambing dan 15 ekor ayam

Kerja-kerja melapah kambing, memotong daging, dan penyediaan bahan masakan

Kerja-kerja memasak makanan

Solat Zohor

Jamuan Makan

Solat Asar

Solat Maghrib

Ceramah Palestin

Solat Isyak

Kutipan derma untuk tabung Palestin

Jamuan Makan

 

Nota:

Pihak penganjur memerlukan penaja/penyumbang/penderma untuk sama-sama menjayakan program ini. Justru itu kepada sesiapa yang beminat untuk menyumbang atau ingin melakukan Ibadah Aqiqah bolehlah berhubung dengan bendahari surau Al-Raudhah, En. Mursyid Mohamed (019-2210021) atau pengerusi surau, Ustaz Hazamzaem (013-3652101). Semua penduduk TTB3 dijemput untuk sama-sama bergotong-royong menyumbang tenaga dan masa bagi menjayakan program ini. Kerjasama serta sumbangan semua penduduk TTB3 sangat-sangat diharapkan dan dihargai.

Monday, April 2, 2012

gotong royong 31 Mac 2012

aktiviti membersih peralatan di surau sementara dan tapak surau baru