TMN TASIK BANGI 3

TMN TASIK BANGI 3

Wednesday, May 30, 2012

PELAN SURAU TETAP (REVISED)

Jawatankuasa Penaja Pembinaan Surau Tetap telah memilih pelan berikut untuk dimajukan.


ELEVATION


FLOOR PLAN



SITE PLAN



Rekabentuk ini sesuai untuk pembesaran akan datang.

Ruang terbuka dikiri dan kanan laluan berbumbung boleh dibuat bumbung kekal/sementara atau digunakan untuk aktiviti surau.

Anggaran kos pembinaan tidak lebih dari RM500k (Tidak termasuk menara, pagar dan tempat letak kereta).

Pembinaan menara boleh ditangguhkan jika peruntukan tidak mencukupi.

Jika ada sebarang maklumbalas, email kepada mhanifz@yahoo.com sebelum 15 Jun 2012.
SU JK Penaja Pembinaan Surau
30 Mei 2012

Tuesday, May 22, 2012

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

Satu kursus pengurusan jenazah akan diadakan di Surau Al-Raudhah spt berikut:


Tarikh           :     1hb Julai 2012 (Ahad)
Masa              :    9:30 am - 12:30 pm
Pembentng  :    Al-Fadhil Ustaz Ismat Nazirin Bin Mat Isa
                              (Hospital Pakar Al-Islam Kuala Lumpur).
Yuran             :    Percuma

Semua penduduk Taman Tasik Bangi Tiga dijemput hadir.

Monday, May 7, 2012

Penghargaan & Terima Kasih

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Malam Amal Palestin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membantu dan menjayakan program tersebut terutamanya kepada penceramah jemputan, Prof. Madya Dr. Zainur Rashid Zainuddin, semua AJK dan kepada semua penduduk yang hadir. Pihak penganjur juga ingin memohon maaf jika terdapat apa-apa kekurangan atau kelemahan semasa program tersebut berlangsung dan berjanji akan memperbaikinya pada program-program yang akan datang.

Terima Kasih.

Wednesday, May 2, 2012