TMN TASIK BANGI 3

TMN TASIK BANGI 3

Sunday, January 16, 2011

AGM Surau TTB3


makluman SU:

Notis telah diagihkan ke setiap rumah di TTB3.
AGM pada 20 Jan 2011 (15 Safar 1432), bermula seawal 7.30pagi 9.00 pagi untuk sarapan.

Perbincangan awal pada 18 Jan 2011 untuk persiapan AGM , usul dan aturcara.

Projek depan pos keselamatan TTB3

Makluman S/U Persatuan TTB3: Tapak Dewan (sebelah tapak surau) akan dibuka pusat mencuci kereta yang diusahakan oleh Cikgu Rizaudin, setelah medapat kelulusan MPKj. Pengerusi Persatuan Penduduk menyokong projek ini sebagai usaha menambah tabung pembinaan surau. Para penduduk juga disaran turut sama memberi sokongan.

Thursday, January 13, 2011

Salam dan Maksud disebaliknya..

Siapa yang menggunakan perkataan “SALAM"? Apakah maksud disebaliknya?


Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah: "Salam (selamat tinggal)". Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk).

(QS. 43:89)

Baik gunakan “ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH”

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Petikan dari ceramah di radio ikim (91.50 fm) oleh ustaz Zawawi. Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulullah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda s.a.w memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”.

Ringkasnya, baginda s.a.w akan beri salam dengan ucapan “Assalamualaikum” dan jawab salam “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah, “WAALAIKUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu “WAALAIKUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata, “Kirim salam assalamualaikum pada ASHREE” (contoh). Bukannya, “Kirim salam kat ASHREE yer”. Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ”Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘A’kum‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim UMazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope”.

Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

Jangan guna “Semekom” kerana “Semekom” bermaksud “Celaka Kamu.”

Gunakan perkataan“ As Salam” sebagai singkatan bagi “Assalammualaikum.”

Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa.

Sekian, semoga ada manfaatnya



Cadangan Penutupan Jalan

Assalamualaikum..

Kpd semua penduduk TTB3


Salah satu cadangan awal semasa kawalan 24 jam di taman adalah penutupan jalan 3/52 dan jalan 3/38 selepas waktu puncak iaitu diantara 9 pg sehingga 5 petang. Hanya jalan 3/48 dan jalan 3/42 yang akan dibuka pada waktu tersebut.

Manakala pada waktu malam kita akan bermula pukul 11 mlm sehingga 5 pagi dan hanya jalan 3/42 sahaja yang dibuka sebagai laluan keluar-masuk ke taman. Sebelum ini penutupan semua jalan kecuali Jalan3/42 adalah pukul 12 mlm.

Biro Keselamatan bercadang untuk melaksanakan cadangan ini bermula 15 januari 2011 jika tidak ada apa-apa bantahan daripada penduduk.

Maklumbalas daripada semua qariah amat lah dialu-alukan. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Biro Keselamatan.



Terima kasih.

Khidmat Polis di Taman Tasik Bangi 3

Assalamualaikum..




Berikut adalah info mengenai Polis yg meronda sektor di TTB3:


Nama: Shafizal Ahmad

Balai: Bandar Baru Bangi

NO HP: 013 4581556



Kepolisan Masyarakat, Bersama Memerangi Jenayah.

Thursday, December 30, 2010

PENGUATKUASAAN PENGGUNAAN PELEKAT KENDERAAN

PENGUATKUASAAN PENGGUNAAN PELEKAT KENDERAAN DI TAMAN TASIK BANGI 3 DAN KAWALAN KESELAMATAN 24 JAM
Mulai Januari 2011, Kawalan keselamatan 24 jam akan dilaksanakan. Sehubungan dengan itu, semua kenderaan penduduk Taman Tasik Bangi 3 DIWAJIBKAN memasang pelekat kenderaan taman.

Mana2 kenderaan yang tidak mempunyai pelekat kenderaan TIDAK AKAN dibenarkan memasuki Taman.
Sila hubungi wakil jalan masing2 untuk mendapatkan pelekat kenderaan kereta atau motosikal.

Thursday, December 23, 2010

Karnival Bangi 2010

Semua dijemput hadir ke Karnival Bangi 2010 di Dataran Surau Al Kauthar, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi. Tarikh : 26/12/2010, 8.00pagi-2.00petang. Ada promosi, ceramah dan pemeriksaan kesihatan.