TMN TASIK BANGI 3

TMN TASIK BANGI 3

Friday, November 4, 2011

Thursday, November 3, 2011

Ibadah Qurban 1432 di TTB3

Tahun 2010
Pihak J/kuasa 1432H menjemput semua ahli kariah bersama-sama menjayakan Ibadah Qurban di Surau TTB3.

Gotong Royong dan kerja mengemas di Surau akan diadakan pada hari Sabtu, 5/11/2011, 8.00pagi.

Seterusnya Solat Raya Iduladha akan diadakan di Surau Al Raudhah pada Ahad, 6/11/2011,  8.00 pagi.

Ibadah Qurban akan dimulakan seawal 9.00 pagi. 

Hidangan Pulut + ikan kering , Rendang dan Kopi O akan disediakan sebelum memulakan kerja.

Diharap ahli kariah bawalah peralatan seperti parang atau pisau untuk membantu kerja melapah dan memotong daging.

Ada 2 ekor lembu kali ini dan sudah pasti memerlukan usaha dan kerjasama semua ahli kariah.

Semoga usaha dan amal ibadah kita diberkati dan diredhai ALlah Taala.

Friday, October 28, 2011

KULIAH AGAMA HUJUNG MINGGU

BIL.             TARIKH                    KULIAH                    PENCERAMAH

1.                29/10/2011               MAGHRIB                 UST. DR KHAIRLNIZAM
2.                30/10/2011               SUBUH                     UST. AZWIRA


* Semua dijemput hadir..

Wednesday, October 26, 2011

Borang Khairat PPBBB

dikemukakan borang/butiran khairat Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi untuk penilaian dan pertimbangan bersama (klik utk besarkan dan cetak).

muka depan


belakang

Monday, October 17, 2011

Tabung Khairat Kematian Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi

Tabung Khairat Kematian ini diuruskan oleh Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi seawal tahun 1992 lagi. Pihak Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi juga mempunyai hubungan rapat dengan pengurusan jenazah di Masjid Hasanah dan pengurusan Tanah Perkuburan Sungai Tangkas.

Selepas AGM 2011, manfaat khairat kematian telah dinaikkan dari RM700 ke  RM1000. Selaras dengan itu, kadar bayaran tahunan juga dinaikkan dari RM12/setahun ke RM20/setahun. Setakat AGM 2011, terdapat sekitar 680 ahli berdaftar dan baki tabung kewangan sekitar RM29 ribu.

Berdasarkan reputasi dan pengurusan yang dilihat, adalah dicadangkan para penduduk di Taman Tasik Bangi 3 turut sama mendaftar sebagai ahli khairat kematian ini. Aspek penting dipertimbangkan adalah pengurusan kutipan dan agihan manfaat khairat.

Namun menyertai tabung khairat ini tidak bermakna Surau Al Raudhah TTB3 akan lepas tangan. Urusan jenazah bagi kematian di TTB3 tetap akan diuruskan di peringkat TTB3, daripada memandi, menkafankan dan seterusnya. Cuma AJK Surau akan mempunyai kelebihan dan hubungan terus kepada pihak di Masjid Hasanah dan Tanah Perkuburan.

Bahkan 'orang veteran/pencen' Tabung Khairat ini boleh dihubungi dan untuk hadir membantu sekiranya memerlukan urusan segera sedangkan AJK Surau TTB3 masing-masing di tempat kerja. Bagi urusan melalui Khairat ini, ada 'panel' atau pihak yang telah disenaraikan.

Secara amnya kadar semasa di Bandar Baru Bangi ; gali kubur RM380, Kapan RM180, Tukang Mandi RM50-60, Van RM150(Contact Van Surau AlKautsar 012-2868199).

Pihak Persatuan Penduduk TTB3 akan mendapatkan persetujuan tarikh dan masa untuk sesi penerangan dari wakil Tabung Khairat Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi. Cadangan awal adalah 26/10/2011, selepas solat isyak di surau.

Wednesday, October 12, 2011

Monday, October 10, 2011

Majlis Qurban 1432H/2011M di TTB3

Pihak Jawatankuasa Penduduk/Surau AlRaudhah bersetuju menganjurkan Majlis Qurban di Surau TTB3 seperti berikut:

Tarikh : 6 November 2011
Masa : mula sebaik selepas selesai solat iduladha
(mula dengan gotong royong gali lubang untuk  menanam najis/sisa sembelihan)

Bagi yang berhajat menyertai, kadar bayaran RM380 /sebahagian. Pihak Jawatankuasa menghadkan limit 2 bahagian/family bagi menggalakkan ramai penyertaan.

Tarikh tutup adalah 30 Oktober 2011, dan jika sehingga 30 oktober 2011 masih ada kekosongan bahagian, boleh menambah penyertaan atas bahagian yang masih kosong.

Bilangan lembu 2 ekor dicadangkan, berdasarkan kemampuan tenaga kerja dan sukarelawan yang ada.

Untuk penyertaan, hubungi Hj Roslan/En Mursyid . Borang dilampirkan di blog ini dan emel groups