TMN TASIK BANGI 3
Saturday, June 16, 2012
Website TTB3 (http://www.ttbangi3.com)
Assalamualaikum.
Persatuan Penduduk Taman Tasik Bangi 3, telah menyediakan satu laman web sebagai medium terbaru dalam menyampaikan maklumat, berita, aktiviti dan sebagainya kepada penduduk TTB3. Laman web ini sudah boleh dilayari mulai 15/6/2012. Diharapkan agar semua penduduk TTB3 dapat mendaftar di laman web ini bagi mendapatkan laluan untuk memberi komen, berinteraksi didalam forum dan sabagainya.
Dengan adanya laman web ini, semua komen dapat ditapis dan dikenalpasti identiti penghantarnya. Semoga laman web ini dapat memberi sumbangan untuk memantapkan lagi Persatuan Penduduk TTB3 dan semoga inanya dapat memberi manfaat kepada kita semua. Sila layari http://www.ttbangi3.com untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang website ini.
Walaubagaimanapun laman web ini masih baru dan ianya dalam proses pembaikan dari masa ke semasa. Para admin pula bukanlah daripada golongan yang pakar dalam bidang IT dan mungkin terdapat beberapa kelemahan yang perlu dibaiki. Kami sedia mendengar cadangan dan komen-komen positif daripada anda semua.
Laman blog yang sedia ada akan diteruskan untuk memberikan maklumat berkenaan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Surau Ar-Raudhah.
Sekian, terima kasih.
Tuesday, June 12, 2012
Tuesday, June 5, 2012
Ceramah Isra' Mikraj
Persatuan Penduduk Taman Tasik Bangi 3 dan Surau Ar-Raudhah akan menganjurkan satu ceramah perdana sempena Isra’ Mikraj pada hari Selasa 19hb Jun 2012 selepas solat Maghrib. Ceramah akan disampaikan oleh Ustaz Mohd Erfino Johari, penceramah program TV “Tanyalah Ustaz”.
Sehubungan dengan itu satu gotong-royong persediaan program tersebut akan diadakan pada hari Isnin 18hb Jun 2012 selepas solat Isyak.
Semua penduduk dijemput hadir..
Friday, June 1, 2012
Wednesday, May 30, 2012
PELAN SURAU TETAP (REVISED)
Jawatankuasa Penaja Pembinaan Surau Tetap telah memilih pelan berikut untuk dimajukan.
ELEVATION
FLOOR PLAN
SITE PLAN
Rekabentuk ini sesuai untuk pembesaran akan datang.
Ruang terbuka dikiri dan kanan laluan berbumbung boleh dibuat bumbung kekal/sementara atau digunakan untuk aktiviti surau.
Anggaran kos pembinaan tidak lebih dari RM500k (Tidak termasuk menara, pagar dan tempat letak kereta).
Pembinaan menara boleh ditangguhkan jika peruntukan tidak mencukupi.
SU JK Penaja Pembinaan Surau
30 Mei 2012
Tuesday, May 22, 2012
KURSUS PENGURUSAN JENAZAH
Satu kursus pengurusan jenazah akan diadakan di Surau Al-Raudhah spt berikut:
Tarikh : 1hb Julai 2012 (Ahad)
Masa : 9:30 am - 12:30 pm
Pembentng : Al-Fadhil Ustaz Ismat Nazirin Bin Mat Isa
(Hospital Pakar Al-Islam Kuala Lumpur).
Yuran : Percuma
Semua penduduk Taman Tasik Bangi Tiga dijemput hadir.
Tarikh : 1hb Julai 2012 (Ahad)
Masa : 9:30 am - 12:30 pm
Pembentng : Al-Fadhil Ustaz Ismat Nazirin Bin Mat Isa
(Hospital Pakar Al-Islam Kuala Lumpur).
Yuran : Percuma
Semua penduduk Taman Tasik Bangi Tiga dijemput hadir.
Monday, May 7, 2012
Penghargaan & Terima Kasih
Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Malam Amal Palestin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membantu dan menjayakan program tersebut terutamanya kepada penceramah jemputan, Prof. Madya Dr. Zainur Rashid Zainuddin, semua AJK dan kepada semua penduduk yang hadir. Pihak penganjur juga ingin memohon maaf jika terdapat apa-apa kekurangan atau kelemahan semasa program tersebut berlangsung dan berjanji akan memperbaikinya pada program-program yang akan datang.
Terima Kasih.
Terima Kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)




