TMN TASIK BANGI 3

TMN TASIK BANGI 3

Wednesday, December 25, 2013

PROGRAM JASAMU DIKENANG & JAMUAN SILATURRAHIM

Semua Penduduk TTB3 adalah dijemput..

TARIKH         :    28 DISEMBER 2013 (SABTU)

TEMPAT        :    SURAU AR-RAUDHAH TTB3

ATURCARA  :  

9.30 AM   
KULIAH DHUHA (WANITA)
PENYAMPAI:  UST RAIHAN ABD AZIZ (TANYALAH USTAZ TV9)

10.30 AM 
CERAMAH KESIHATAN : PROSEDUR CPR (WANITA)
PENYAMPAI: PEGAWAI KESIHATAN PUSAT KESIHATAN KAJANG

12.00 PM 
JAMUAN MAKAN RUSA (LELAKI & WANITA)


MENU: NASI ARAB, GULAI KAMBING, RUSA GORENG KUNYIT & ACAR TIMUN


NOTA:

Gotong royong melapah, memotong & memasak rusa akan diadakan pada hari jumaat (27hb Disember 213 selepas solat isyak. Semua penduduk dijemput hadir untuk menjayakan aktiviti ini.


Friday, December 13, 2013

MAKLUMAN - MAJLIS KENDURI RUMAH TN. HAJI KARIM

Sempena majlis kenduri perkahwinan anak Tn Hj Karim pada hari Ahad, 15 Disember 2013:

1) Semua penduduk TTB3 adalah digalakkan supaya menghadiri majlis tersebut pada sebelah pagi iaitu lebih kurang pada jam 11.15 pagi bagi mengelakkan kesesakan. (kad jemputan telah diedarkan).

2) Jalan 3/48 akan dijadikan jalan masuk sehala menghala ke arah Jalan 3/52.

3) Jalan 3/52 akan dijadikan jalan keluar sehala menghala ke arah Jalan 3/67.

4) Jalan 3/49 akan dijadikan jalan sehala ke arah Jalan 3/52.

5) Jalan 3/45 akan dijadikan Jalan sehala ke arah Jalan 3/43.

6) Lorong sebelah rumah Dr Amin akan ditutup.

7) Jalan kecil dari jalan 3/42 ke Jalan 3/43 akan diubah arah.

8) Beberapa orang anggota RELA akan bertugas mengawal lalulintas dan pakir. Sila ikuti arahan yang akan diberikan oleh pengawal.

Terima kasih.




Monday, September 9, 2013

majlis qurban di ttb3

Berikut info awal untuk majlis qurban

Wednesday, August 21, 2013

SAMBUTAN MAJLIS JAMUAN HARI RAYA EIDULFITRI

Assalamualaikum.

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Sambutan Hari Raya Eidulfitri 2013 telah diputuskan untuk dilaksanakan mengikut jalan/lorong masing-masing. Sehubungan dengan itu, Ketua Jalan bersama ahli kariahnya yang berhasrat untuk mengadakan majlis ini perlu mengemukakan tarikh majlis bagi tujuan penyelarasan dan boleh mendapatkan peruntukkan sebanyak RM150 dari pihak Bendahari PPTTB3. Semuga Majlis Hari Raya yang akan dilaksanakan ini akan menambah kemesraan dan keharmonian sesama kita.

Sekian. Terima kasih.

Thursday, August 15, 2013

Gotong Royong Hapus Aedes

Assalamualaikum. 

Message penting utk semua penduduk TTB3. Wabak denggi sedang menyerang sekitar kawasan TTB3. Jangan biarkan diri anda atau keluarga anda menjadi mangsa. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Oleh itu semua penduduk diminta hadir menyertai gotong royong hapus Aedes pada 17hb Ogos 2013 (Sabtu) jam 7.15 pagi. Berkumpul di surau Ar-Raudhah. Sarapan disediakan, kehadiran diwajibkan. Denggi boleh membawa maut!!!. Tolong forward message ini kpd jiran tuan2. Marilah kita sama2 menjadi insan yang bertanggungjawab kepada masyarakat. Terima kasih.  

Thursday, July 25, 2013

MAKLUMAN KESELAMATAN

EKORAN DARI KEJADIAN PECAH RUMAH & KECURIAN SEWAKTU JEMAAH BERBUKA DAN BERTARAWEH, MAKA JALAN 38 DAN 48 AKAN DITUTUP DARI JAM 7.00 PETANG HINGGA 5.30 PAGI. MOHON MAKLUMKAN KEPADA JIRAN TUAN TUAN.

Wednesday, July 24, 2013