TMN TASIK BANGI 3

TMN TASIK BANGI 3

Wednesday, October 24, 2012

Dari Meja Pengerusi Surau


Assalamualaikum,

Sekadar makluman kepada semua, Surau AlRaudah akan mengadakan solat aidiladha pada jumaat ini, solat akan bermula pada jam 8.15 am. Jemaah disarankan untuk datang seawal mungkin. Ibadah Korban akan bermula jam 9.15 am. Seluruh warga TTB3 dijemput hadir membawa kelengkapan memotong daging. Semoga ini menjadi salah satu cara kita mengeratkan silaturrahim.

Ustaz Hazam

Sunday, September 23, 2012

RESIT KUTIPAN DERMA SURAU TETAP

Pengumuman

Dirharapkan semua pengutip derma surau tetap agar dapat memulangkan semula resit kutipan derma (termasuk yang belum dikutip) kepada penyelaras kutipan secepat mungkin. Kepada sesiapa yang mengambil resit daripada Tn Hj. Shukri, sila kembalikan resit tersebut malam esok atau hubungi beliau ditalian 012-7180383.

Terima Kasih

Thursday, September 20, 2012

Tuesday, September 4, 2012

SOLAT HAJAT UNTUK PELAJAR UPSR

AJK Persatuan Penduduk Taman Tasik Bangi 3 dan AJK Surau Ar-Raudhah akan mengadakan satu program SOLAT HAJAT untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Tarikh, tempat dan masa adalah seperti berikut.

Tarikh       :  7hb September 2012 (Jumaat)
Masa        :  Selepas Solat Isyak
Tempat     :  SurauAr-Raudhah

Minta kerjasama ibubapa dan pelajar untuk datang ke surau untuk Solat Isyak berjemaah dan Solat Hajat. Semoga usaha ini dapat mempermudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan tenang dan tekun. InsyaAllah.

Wednesday, August 29, 2012

LIGA PENBOL KAMPUNG 7 SEBELAH

Assalamualaikum w.b.t.,

Tuan-tuan semua..

Jemputan ke Liga Penbol Kampung 7 Sebelah 2012: Edisi Aidilfitri 1433H seperti butiran berikut:

Tarikh: 29 September 2012
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Sri Awana Paintball, Bangi

Yuran Pendaftaran: RM200.00
* Percuma 10 helai t-shirt
* Daftar 10 orang pemain
Harga Pellet: RM200.00 sekotak

"Terbuka kepada semua pemain penbol tanahair."

Hadiah Wang Tunai:
1 - RM2,000.00 + Medal
2 - RM1,500.00 + Medal
3 - RM1,000.00 + Medal
4 - RM500.00 + Medal

Format Perlawanan: 7-men Capture the Flag

Format Peralatan: Mekanikal Marker sahaja
* Marker Tippmann 98 disediakan secara percuma
* Marker Azodin Kaos disediakan untuk disewa pada kadar RM20 sepucuk
* penggunaan E-Loader, CF Tank dan CF Barrel dibenarkan

Format Jadual Perlawanan:
Peringkat Saringan - 6 perlawanan
Peringkat Suku Akhir - Best of 3
Peringkat Separuh Akhir - Best of 3
Tempat Ketiga/Keempat - Best of 3
Perlawanan Akhir - Best of 3

Sila emelkan nama pasukan, nama para pemain, nombor K/P para pemain dan saiz t-shirt ke alphabunker@ymail.com

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Angah Alphabunker di talian 016-233 5484.


Kepada warga TTB3 yang berminat utk bermain paintball. Sila hubungi saya, Adzwan 016-2940532. Bleh di uruskan sesi penerangan & presentation.
Ini adalah peluang utk warga TTB3 merasa bermain paintball dengan kos yang minimum.
Budget per team (10 org @ 7 + 3)
Daftar : RM200
Pellet : RM200 sekotak. 1 kotak mengandungi 2,000 biji pellet. Bagi team baru, 4 kotak sudah memadai bagi menghadapi 6 perlawanan saringan.
So, RM200 x 4 = RM800
Jumlah keseluruhan bagi 1 pasukan = RM1,000
Setiap pemain hanya mengeluarkan RM100 seorang.
Kelengkapan peralatan untuk bermain semua di sediakan ie 1. Marker 2. Face Mask 3. Chest Protector
Di samping itu juga anda akan menerima hadiah dr penganjur berupa T-Shirt dan Makan tengahari.
 Sekian,
"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"

Wednesday, August 15, 2012

KEJADIAN PECAH KERETA

Taman Tasik Bangi 3, 15hb Ogos 2012. Dua kejadian pecah kereta dilaporkan berlaku di Jalan 3/51 awal pagi tadi. Kejadian pertama berlaku pada jam 2.30 pagi manakala kejadian kedua berlaku pada jam 4 pagi. Kedua-dua pemilik kereta kehilangan "smart tag", manakala barang-barang lain tidak diusik. Sehubungan dengan itu, Biro Keselamatan ingin mengingatkan semua penduduk yang meletakkan kenderaan diluar pagar supaya tidak meninggalkan barang-barang berharga didalam kenderaan. Pemilik "smart tag" juga dinasihati supaya menanggalkan & menyimpan alat tersebut di tempat yang selamat bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Monday, August 13, 2012

BORANG "MAKLUM POLIS"

Assalamualaikum

Sukacita diingatkan kepada semua penduduk Taman Tasik Bangi 3 agar dapat mengisi/memulangkan borang "Maklum Polis" sebelum 15/8/2012. Tuan-Tuan/Puan-puan boleh menghantar borang yang telah siap diisi ke Surau Ar-Raudhah dan meletakkannya kedalam kotak yang disediakan.

Setakat hari ini, daripada lebih 400 buah rumah yang ada di Taman Tasik Bangi 3, hanya 44 borang sahaja yang telah dikembalikan. Sehubungan dengan itu kerjasama tuan-tuan/puan-puan sangat-sangat diharapkan bagi membantu biro keselamatan melaksanakan tindakan yang sewajarnya bagi meningkatkan tahap keselamatan semasa cuti Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

Tuesday, August 7, 2012

Majlis Berbuka Puasa Perdana

Majlis berbuka puasa perdana bagi penduduk Taman Tasik Bangi 3 akan diadakan pada tarikh dan masa seperti berikut:

Tarikh:     11hb Ogos 2012 (Sabtu)
Masa:       7.28pm-11.00pm
Tempat:    Surau Ar-Raudhah

Aturcara Majlis adalah seperti berikut:

7.28pm  : Berbuka Puasa & Solat Maghrib
8.39pm  : Solat Isyak, Taklimat Keselamatan Oleh Wakil Polis, Solat Tarawih & Moreh.

Semua penduduk Taman Tasik Bangi 3 dijemput hadir.

Pada tarikh yang sama, satu kaunter kutipan derma tabung pembinaan surau tetap akan dibuka. Kutipan derma dibahagikan kepada dua cara iaitu:

i)  Jualan Lot-Lot Wakaf bernilai RM200.00 setiap lot, dan
ii) Jualan Kupon bernilai RM10.00 dan RM50.00

Bagi mempercepatkan proses pembinaan surau tetap kita, setiap keluarga adalah diharapkan agar dapat membeli sekurang-kurangnya 2 lot wakaf. Semoga segala amalan kebaikan yang kita lakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini akan diberikan ganjaran berganda oleh Allah s.w.t.

Tuesday, July 17, 2012

Saturday, July 14, 2012

Tuesday, June 19, 2012

sekitar sambutan israk mikraj

 ceramah israk mikraj

 jamuan selepas solat isyak
 menu mee kg pek