TMN TASIK BANGI 3

TMN TASIK BANGI 3

Wednesday, August 29, 2012

LIGA PENBOL KAMPUNG 7 SEBELAH

Assalamualaikum w.b.t.,

Tuan-tuan semua..

Jemputan ke Liga Penbol Kampung 7 Sebelah 2012: Edisi Aidilfitri 1433H seperti butiran berikut:

Tarikh: 29 September 2012
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Sri Awana Paintball, Bangi

Yuran Pendaftaran: RM200.00
* Percuma 10 helai t-shirt
* Daftar 10 orang pemain
Harga Pellet: RM200.00 sekotak

"Terbuka kepada semua pemain penbol tanahair."

Hadiah Wang Tunai:
1 - RM2,000.00 + Medal
2 - RM1,500.00 + Medal
3 - RM1,000.00 + Medal
4 - RM500.00 + Medal

Format Perlawanan: 7-men Capture the Flag

Format Peralatan: Mekanikal Marker sahaja
* Marker Tippmann 98 disediakan secara percuma
* Marker Azodin Kaos disediakan untuk disewa pada kadar RM20 sepucuk
* penggunaan E-Loader, CF Tank dan CF Barrel dibenarkan

Format Jadual Perlawanan:
Peringkat Saringan - 6 perlawanan
Peringkat Suku Akhir - Best of 3
Peringkat Separuh Akhir - Best of 3
Tempat Ketiga/Keempat - Best of 3
Perlawanan Akhir - Best of 3

Sila emelkan nama pasukan, nama para pemain, nombor K/P para pemain dan saiz t-shirt ke alphabunker@ymail.com

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Angah Alphabunker di talian 016-233 5484.


Kepada warga TTB3 yang berminat utk bermain paintball. Sila hubungi saya, Adzwan 016-2940532. Bleh di uruskan sesi penerangan & presentation.
Ini adalah peluang utk warga TTB3 merasa bermain paintball dengan kos yang minimum.
Budget per team (10 org @ 7 + 3)
Daftar : RM200
Pellet : RM200 sekotak. 1 kotak mengandungi 2,000 biji pellet. Bagi team baru, 4 kotak sudah memadai bagi menghadapi 6 perlawanan saringan.
So, RM200 x 4 = RM800
Jumlah keseluruhan bagi 1 pasukan = RM1,000
Setiap pemain hanya mengeluarkan RM100 seorang.
Kelengkapan peralatan untuk bermain semua di sediakan ie 1. Marker 2. Face Mask 3. Chest Protector
Di samping itu juga anda akan menerima hadiah dr penganjur berupa T-Shirt dan Makan tengahari.
 Sekian,
"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"

No comments:

Post a Comment