TMN TASIK BANGI 3

TMN TASIK BANGI 3

Wednesday, December 25, 2013

PROGRAM JASAMU DIKENANG & JAMUAN SILATURRAHIM

Semua Penduduk TTB3 adalah dijemput..

TARIKH         :    28 DISEMBER 2013 (SABTU)

TEMPAT        :    SURAU AR-RAUDHAH TTB3

ATURCARA  :  

9.30 AM   
KULIAH DHUHA (WANITA)
PENYAMPAI:  UST RAIHAN ABD AZIZ (TANYALAH USTAZ TV9)

10.30 AM 
CERAMAH KESIHATAN : PROSEDUR CPR (WANITA)
PENYAMPAI: PEGAWAI KESIHATAN PUSAT KESIHATAN KAJANG

12.00 PM 
JAMUAN MAKAN RUSA (LELAKI & WANITA)


MENU: NASI ARAB, GULAI KAMBING, RUSA GORENG KUNYIT & ACAR TIMUN


NOTA:

Gotong royong melapah, memotong & memasak rusa akan diadakan pada hari jumaat (27hb Disember 213 selepas solat isyak. Semua penduduk dijemput hadir untuk menjayakan aktiviti ini.


Friday, December 13, 2013

MAKLUMAN - MAJLIS KENDURI RUMAH TN. HAJI KARIM

Sempena majlis kenduri perkahwinan anak Tn Hj Karim pada hari Ahad, 15 Disember 2013:

1) Semua penduduk TTB3 adalah digalakkan supaya menghadiri majlis tersebut pada sebelah pagi iaitu lebih kurang pada jam 11.15 pagi bagi mengelakkan kesesakan. (kad jemputan telah diedarkan).

2) Jalan 3/48 akan dijadikan jalan masuk sehala menghala ke arah Jalan 3/52.

3) Jalan 3/52 akan dijadikan jalan keluar sehala menghala ke arah Jalan 3/67.

4) Jalan 3/49 akan dijadikan jalan sehala ke arah Jalan 3/52.

5) Jalan 3/45 akan dijadikan Jalan sehala ke arah Jalan 3/43.

6) Lorong sebelah rumah Dr Amin akan ditutup.

7) Jalan kecil dari jalan 3/42 ke Jalan 3/43 akan diubah arah.

8) Beberapa orang anggota RELA akan bertugas mengawal lalulintas dan pakir. Sila ikuti arahan yang akan diberikan oleh pengawal.

Terima kasih.




Monday, September 9, 2013

majlis qurban di ttb3

Berikut info awal untuk majlis qurban

Wednesday, August 21, 2013

SAMBUTAN MAJLIS JAMUAN HARI RAYA EIDULFITRI

Assalamualaikum.

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Sambutan Hari Raya Eidulfitri 2013 telah diputuskan untuk dilaksanakan mengikut jalan/lorong masing-masing. Sehubungan dengan itu, Ketua Jalan bersama ahli kariahnya yang berhasrat untuk mengadakan majlis ini perlu mengemukakan tarikh majlis bagi tujuan penyelarasan dan boleh mendapatkan peruntukkan sebanyak RM150 dari pihak Bendahari PPTTB3. Semuga Majlis Hari Raya yang akan dilaksanakan ini akan menambah kemesraan dan keharmonian sesama kita.

Sekian. Terima kasih.

Thursday, August 15, 2013

Gotong Royong Hapus Aedes

Assalamualaikum. 

Message penting utk semua penduduk TTB3. Wabak denggi sedang menyerang sekitar kawasan TTB3. Jangan biarkan diri anda atau keluarga anda menjadi mangsa. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Oleh itu semua penduduk diminta hadir menyertai gotong royong hapus Aedes pada 17hb Ogos 2013 (Sabtu) jam 7.15 pagi. Berkumpul di surau Ar-Raudhah. Sarapan disediakan, kehadiran diwajibkan. Denggi boleh membawa maut!!!. Tolong forward message ini kpd jiran tuan2. Marilah kita sama2 menjadi insan yang bertanggungjawab kepada masyarakat. Terima kasih.  

Thursday, July 25, 2013

MAKLUMAN KESELAMATAN

EKORAN DARI KEJADIAN PECAH RUMAH & KECURIAN SEWAKTU JEMAAH BERBUKA DAN BERTARAWEH, MAKA JALAN 38 DAN 48 AKAN DITUTUP DARI JAM 7.00 PETANG HINGGA 5.30 PAGI. MOHON MAKLUMKAN KEPADA JIRAN TUAN TUAN.

Wednesday, July 24, 2013

ceramah anti syiah


hebahan

Dimaklumakan Persatuan Penduduk Taman Tasik Bangi 3 akan mengedarkan gulai kambing ke rumah penduduk pada 27 Julai 2013 (Sabtu) selepas asar. Bagi yang akan bercadang berbuka di luar TTB3, boleh datang ambil  seawal jam 4.00 petang di surau.

Thursday, May 2, 2013

Penutupan Sementara Jalan 3/52

Kepada semua penduduk TTB3 yang dihormati.

Dimaklumkan bahawa sebahagian Jalan 3/52 akan ditutup sementara pada hari Sabtu, 4hb Mei 2013 kerana ada majlis walimatul urus di rumah No. 44. (Abdol Hamid bin Manan).

Semasa jalan tersebut ditutup, penduduk boleh menggunakan Jalan 3/48, Jalan 3/42 dan Jalan 3/38 untuk keluar atau masuk. Jalan 3/52 akan dibuka semula sebaik sahaja majlis tersebut selesai. 

Sekian dimaklumkan. Semoga semua penduduk memahami situasi ini.

Terima kasih.

Friday, March 15, 2013


sekitar AGM Persatuan Penduduk TTB 3
antara penduduk yang hadir


jawatankuasa 2012 mengambil tempat


sesi pemilihan dikendalikan oleh kapten(b) Halim

tahniah diucapkan kepada jawatankuasa asal yang dipilih semula..

AGM Surau diteruskan sebaik selesai AGM Persatuan Penduduk


Jawatankuasa Surau mengambil tempat


hadirin yang khusyuk meneliti rekod aktiviti dan kewangan surau

semoga sesi 2013 diteruskan dengan lebih berjaya dengan mandat baru yang diberikan..

Thursday, March 14, 2013

MENSYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN PENDUDUK TMN TASIK BANGI 3 & SURAU AR-RAUDHAH

Sepertimana yang telah diumumkan sebelum ini (melalui e-mail & notis mensyuarat), Mensyuarat Agung Tahunan Persatuan Penduduk TTB3 & Surau Ar-Raudhah akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh            :   16hb Mac 2013 (Sabtu)
Masa               :    9.30 pagi
Tempat          :    Surau Ar-Raudhah

Semua penduduk TTB3 dijemput hadir. Sarapan pagi dan makan tengahari disediakan.

Wednesday, February 13, 2013

Monday, January 28, 2013

Tuesday, January 8, 2013

Saturday, January 5, 2013