TMN TASIK BANGI 3

TMN TASIK BANGI 3

Monday, December 26, 2011

Thursday, December 22, 2011

INFO TTB3












SILA KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

Monday, December 12, 2011

sekitar majlis di surau pada 12 dec 2011

ucapan aluan Dr Hanif, Pengerusi Surau Al Raudhah



ucapan Ust Wan Zulkifly, Pemangku Pengerusi Persatuan Penduduk TTB3

jamaah sedia menjamu selera

kehadiran yang memberansangkan

Sunday, December 11, 2011

Friday, December 9, 2011

sticker baru

sila dapatkan dari ketua jalan dengan harga RM5/satu

Monday, December 5, 2011

Sunday, December 4, 2011

jom ke surau



menu terbaru...nasi mandy kambing...

jom pekena roti cicah sup

AJK Persatuan Penduduk dan Surau Al Raudah menjemput semua ahli kariah hadir ke surau pada 12 Disember 2011..
kita sama-sama pekena nasi mandy kambing dan cicah roti dengan sup selepas solat maghrib... majlis muhibbah dan santai ...

turut dijemput sama memeriahkan majlis, pengerusi/wakil damai impian & damai kencana

Sunday, November 27, 2011

Minit Lengkap EGM


MINIT MESYUARAT AGUNG KHAS PERSATUAN PENDUDUK
TAMAN TASIK BANGI 3

Tarikh:           13 November 2011 ( Ahad )
Masa  :           10. 00 pagi
Tempat:        Surau Al-Raudhah ( 1, Jalan 3/42 )
Kehadiran:   44 orang.
.......................................................................................................................................
1. UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.1 Mesyuarat dimulakan pada  1000 pagi. Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Tasik Bangi 3 (PPTTB 3) Tn Hj Zainol Abidin b Hj Hassan (1, Jalan 3/47 ) mengucapkan salam dan selamat datang serta mengalu-alukan kehadiran semua penduduk ke Mesyuarat Agung Khas PPTTB3.

1.2 Beliau menyatakan bahawa objektif mesyuarat ialah untuk membincangkan hal keselamatan taman dan penyertaan penduduk sebagai ahli Tabung Khairat Kematian Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi.

1.3 Seterusnya, beliau mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas kerjasama dan sokongan semua penduduk terhadap usaha  yang dilaksanakan oleh Persatuan setakat ini. Beliau juga memohon maaf jika ada ahli yang tidak puas hati kerana kita tidak boleh puaskan hati semua orang. Akhir kata, beliau meminta hadirin agar terus menyokong setiap keputusan AJK Persatuan demi kesejahteraan penduduk Taman Tasik Bangi 3.

2. PEMBENTANGAN KERTAS KERJA 1. CADANGAN OPSYEN PERATURAN KESELAMATAN

2.1 Sebelum membentangkan kertas kerjanya, Pengerusi Tn Hj Zainol Abidin b Hassan telah menjemput Cik Gu Abd Manap Sulaiman (5, Jalan 3/51 ) untuk menerangkan kepada hadirin status terkini keadaan keselamatan TTB3.  Antara lain, Cik Gu Abd Manap menerangkan bahawa:

a.    Mulai 1 Oktober 2011, Syarikat Laksamana telah mengambil alih perkhidmatan kawalan keselamatan 24 jam daripada Syarikat Sebiro.
b.    Keputusan untuk menutup Jalan 3/48 semasa waktu bekerja (9 pagi hingga 4:30 ptg )  dan ditutup semasa waktu hujung minggu dibuat selepas kes curi kereta dan pecah rumah di Jalan 3/52.
c.    Banyak kes kecurian dan ragut berlaku.
d.    Kes jenayah menurun selepas tindakan menutup Jalan 3/52 dibuat.



2.2 Pengerusi Tn Hj Zainol Abidin b Hassan  ( 1, Jalan 3/47 ) telah membentangkan kertas kerja mengenai opsyen peraturan keselamatan seperti di Lampiran  1.  Beliau menambah 3 kriteria iaitu kos, keselesaan dan keselamatan menjadi landasan untuk memilih opsyen terbaik. Seterusnya, hadirin diberi peluang untuk membincangkan kertas kerja tersebut.

3.  PERBINCANGAN

3.1    Hj Yusof Ismail (11, Jalan 3/47) mengutarakan perkara berikut:

a.    Memohon penjelasan dari segi undang-undang jika taman dipagar sepenuhnya.
b.    Cadangan agar penduduk sendiri melaksanakan kawalan.
c.    Bagaimana dengan penglibatan penghuni rumah 3-tingkat yang sedang dibina sepanjang Jalan 3/52.  Adakah mereka akan turut serta ?
d.    Apakah tindakan yang telah diambil terhadap kereta putih yang tidak mempunyai nombor pendaftaran yang terletak di padang bersebelahan Surau Al-Raudah ?
e.    Menerangkan bahawa pihak pemaju boleh didapati untuk memagar kawasan sepanjang Jalan 3/38.

3.2       Pengerusi telah menjawab seperti berikut:

a.    AJK memang maklum tentang adanya kemungkinan segelintir penduduk yang tidak puas hati tentang penutupan jalan dan akan ambil tindakan undang-undang.  Tetapi tindakan Persatuan berdasarkan keputusan mesyuarat agung khas.
b.    Memang ada penduduk yang mengambil bahagian semasa pemilihan Syarikat kawalan keselamatan yang baru lalu tetapi beliau tidak berjaya kerana sebab-sebab tertentu.
c.    Perjumpaan dengan penghuni rumah Fasa 3 akan diadakan secepat mungkin.
d.    AJK Keselamatan akan siasat mengenainya.
e.    Mengucapkan terima kasih di atas maklumat tersebut.


3.3       En Abd Aziz ( 8, Jalan 3/50 ) mengusulkan agar dua faktor iaitu keselesaan dan keselamatan hendaklah diseimbangkan dalam apa sahaja tindakan yang akan diambil nanti. Beliau mencadangkan agar masa jalan-jalan ditutup ditukar seperti berikut:

a.     Hujung minggu, cuti – 11 malam hingga 5:30 pagi.
b.     Hari lain                       – 9 pagi hingga 4:30 ptg; 11 mlm hingga 5:30 pagi.

3.4       Pandangan En Aziz diterima dan akan diundi oleh hadirin.

3.5       En Azizi (52, Jalan 3/42 ) ingin tahu mengenai kedudukan kewangan Persatuan pada masa ini. Perkara ini penting bagi menentukan sebelum sesuatu tindakan diambil. Beliau juga ingin mendapatkan penjelasan Penolong SU (En Zulfakri) dari segi undang-undang jika seluruh TTB3 dipagar sepenuhnya.
3.6       Jawapan seperti berikut:

a.    Bendahari En Azmi (13, Jalan 3/50) telah menerangkan bahawa Persatuan masih boleh menampung pembayaran khidmat kawalan keselamatan selama 3 bulan.
b.    Hj Zulfakri ( 9, Jalan 3/47 ) Penolong SU menerangkan bahawa Persatuan perlu memohon kebenaran MPKj jika ingin melaksanakan Gated Community dan menutup beberapa jalan demi keselamatan.  Gated Community memerlukan persetujuan daripada sekurang-kurangnya 70% penduduk.

3.7       Hj Zulfakri ( 9, Jalan 3/47 ) Penolong SU mencadangkan agar 2  lagi opsyen ditambah seperti berikut:

a.    Memasang CCTV di tempat strategik tapi tidak dipagar.
b.    Memasang auto-gate di semua jalan masuk.

3.8       Hadirin bersetuju agar opsyen tersebut ditambah.

3.9       En Zainurin ( 42, Jalan 3/43 ) menyatakan pendapat berikut:

a.    Bahawa peraturan sekarang seolah-olah memaksa penduduk bertindak menyalahi undang-undang.  Contoh iaitu memandu melawan arus di lorong antara Jalan 3/43 dan Jalan 3/42 yang telah ditandakan sebagai Jalan Sehala.  Beliau mahukan sesuatu tindakan diambil sebelum kemalangan maut berlaku.

b.    Mencadangkan agar salah satu jalan masuk dipasang pintu manual.

c.    Mencadangkan sebuah rumah mendapat sekurang-kurangnya 2 kad.

d.    Mencadangkan rondaan dibuat lebih kerap semasa waktu puncak jenayah (1200 tghari – 4 ptg) pada hari kerja.

3.10    Pengerusi menjawab seperti berikut:

a.    Semua penduduk hendaklah mematuhi arahan yang telah ada apabila menggunakan Jalan Sehala
b.    Butiran tentang autogate akan dibincangkan pada mesyuarat AJK akan datang dengan terperinci   jika dipersetujui oleh hadirin untuk dilaksanakan.
c.    AJK Keselamatan akan memaklumkan Syarikat Laksamana mengenai cadangan tersebut.

3.11    Ust Wan Zulkifli (13, Jalan 3/48 ), Timbalan Pengerusi  bertanyakan

a.    Kaedah pelaksanaan sistem penggunaan pelekat kenderaan 2012/13.
b.    Cadangan pemasangan autogate.

3.12    Jawapan Pengerusi seperti berikut:

a.    Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas pandangan tersebut dan AJK akan meneliti penguatkuasaan pelekat kenderaan.
b.    Seterusnya beliau menyatakan bahawa sistem penggunaan pelekat kenderaan dan pemasangan autogate akan dibincangkan oleh AJK Persatuan nanti.

3.13    En Amir Tarmizi (24, Jalan 3/52 ) menyatakan bahawa Opsyen F ada ciri-ciri Sub-Opsyen.

3.14    Pengerusi bersetuju dengan pendapat tersebut.

3.15   Hj Karim Yusof (3/46) memohon agar Persatuan memohon MPKj membuat bonggol atau mengecat belang kuning di Jalan 3/46 yang kian sibuk pada masa kini.

3.16    Pengerusi bersetuju dan akan ambil tindakan sewajarnya.

4. UNDIAN

4.1       Peraturan. 

a.    Hadirin diberi hak mengundi sekali sahaja. 

b.    Undian dibuat dalam 3 peringkat –
1)    peringkat 1: Memilih satu daripada 6 Opsyen Utama (A – F)
2)    peringkat 2: Memilih satu daripada 13 Sub-Opsyen yang ada;
3)    peringkat 3: Memilih satu daripada 3 waktu jalan utama dibuka.

4.2       Keputusan Undian Peringkat 1 Seperti berikut:

a.    Opsyen A – 1.
b.    Opsyen B – 7.
c.    Opsyen C – 1.
d.    Opsyen D – 5.
e.    Opsyen E – 4.
f.     Opsyen F (Memasang autogate di semua jalan masuk) – 12.


4.3       Keputusan Undian Peringkat 2.  Memandangkan Opsyen 3 (iaitu semua jalan keluar masuk ditutup kecuali Jalan 3/42 dan 3/48 dan diawasi oleh pengawal keselamatan 24 jam ) mendapat 27 undi (majoriti) maka undian tidak  diteruskan. Opsyen 3 diterima.

4.4       Keputusan Undian Peringkat 3 (Memilih waktu Jalan 3/38 dan 3/52 dibuka )   Seperti berikut:

a.    Opsyen A – 2 undi . (Waktu Buka Jalan 0530 – 9 pagi, 430ptg – 9 mlm. Hari Cuti Jalan ditutup)
b.    Opsyen B – 7 undi. (Waktu Buka Jalan 6 – 9 pagi, 5 ptg – 8 mlm, Hari Cuti Jalan ditutup)
c.    Opsyen C – 24 undi. (Waktu Buka Jalan (1) Hari Kerja 0530 – 0930 pagi, 430ptg – 1030 mlm (2) Hari Cuti 0530 pagi hingga 1030 mlm ).

4.5       Pelaksanaan.   Setelah dibincang dengan panjang lebar, mesyuarat memutuskan agar waktu jalan dibuka (Opsyen C ) dilaksanakan secepat mungkin manakala pemasangan autogate dibincang oleh AJK Persatuan pada mesyuarat AJK akan datang.

5. PEMBENTANGAN KERTAS KERJA 2. PENYERTAAN PENDUDUK MENJADI AHLI TABUNG KHAIRAT KEMATIAN PERSATUAN PENDUDUK BANDAR BARU BANGI


5.1       Tn Hj Roslan (15,  Jalan 3/45 ) AJK Khairat telah membentangkan kertas kerja mengenai penyertaan Tabung Khairat Kematian Persatuan Penduduk BBB  seperti di Lampiran  2.  Beliau menerangkan bahawa AJK Persatuan pada mesyuarat AJK pada 17 Oktober 2011 telah bersetuju agar semua penduduk menjadi ahli Tabung Khairat Kematian Persatuan Penduduk BBB  kerana Persatuan Penduduk TTB3 tidak mempunyai keupayaan dan aset untuk mengendalikan jenazah sepenuhnya. Seterusnya, beliau mencadangkan agar wang khairat Persatuan yang terkumpul digunakan untuk membiayai bayaran menjadi ahli persatuan penduduk BBB dan yuran tahunan tabung khairat bagi tahun 2012.  Mulai sekarang hingga 31 Disember 2011, wang yang ada digunakan seperti biasa iaitu bayaran saguhati RM800 bagi setiap kematian di kalangan ahli kariah TTB3.

6.   PERBINCANGAN

6.1       En Zamzuri (1, Jalan 3/45 ) mencadangkan agar semua penduduk yang ingin menjadi ahli membayar kedua-dua yuran (ahli RM15 sekali bayar dan yuran tahunan tabung khairat RM20). Ini akan memudahkan urusan AJK Persatuan Penduduk TTB3.

6.2       Hadirin menerima cadangan tersebut.

7          UNDIAN

7.1       Peraturan.  Setiap individu diberi hak untuk mengundi sekali sahaja.

7.2       Keputusan Undian. Apabila dibuat undian, cadangan En Zamzuri diterima sebulat suara.  Oleh yang demikian, semua penduduk yang ingin menjadi ahli hendaklah mengisi borang seperti di blog http://tamantasikbangi3.blogspot.com dan menyerahkannya serta wang berjumlah RM 35 kepada Ketua Jalan masing-masing. Seterusnya, Ketua Jalan akan menyerahkannya sama ada kepada Setiausaha atau Tn Hj Roslan.



8. UCAPAN PENUTUP

8.1       Pengerusi, Tn Hj Zainol Abidin Hj Hassan menutup Mesyuarat Agung dengan sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.  Beliau berharap dengan keputusan mesyuarat pada hari ini akan menjadikan tahap keselamatan taman kita lebih mantap dan terjamin.  Beliau juga mengingatkan agar semua penduduk untuk mematuhi undang-undang terutama semasa menggunakan jalan-jalan sehala yang ada.  Pendek kata, beliau mahu semua penduduk mengubah sikap dan lebih bersifat bertanggungjawab.


Mesyuarat ditamatkan pada 12.35 tengahari.

Pencatat        :           Mohamad Halim Hj Maulud          

                                    Hj Zulfakri Md Din


Disahkan oleh:       .



............................................. 
Tuan Hj Zainol Abidin Hj Hassan
Pengerusi
Persatuan Penduduk TTB 3



Lampiran:

1.         Kertas Kerja 1:  Cadangan Opsyen Peraturan Keselamatan
2.         Kertas Kerja 2:  Penyertaan Penduduk Menjadi Ahli Tabung Khairat Kematian Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi.
3.         Senarai Kehadiran.

Thursday, November 10, 2011

Mesyuarat Agung Khas TTB3

Assalamualaikum semua,

Mesyuarat Persiapan Mesyuarat Agung Khas (EGM) yang diadakan pada 8 Nov (Selasa) selepas Isyak telah memutuskan :

a.    Agenda ditambah.."Usul Menggunakan Wang Khairat Kematian Persatuan Penduduk TTB3 untuk  bayaran yuran ahli sebagai Persatuan Penduduk BBB sebanyak RM15 satu keluarga."  
Tuan Hj Roslan akan menerangkan secara ringkas mengenai usul ini.

b.  Jamuan ringan/sarapan disediakan untuk hadirin semasa pendaftaran (0930 hingga 1000 pagi).

c.  Khemah serta kerusi meja disediakan.

diingatkan sekali lagi bahawa EGM diadakan pada 13 November 2011 (Ahad).
(rujuk surat edaran ke rumah sebelm ini)

semua penduduk (lelaki perempuan) dijemput hadir..........


halim SU

Sunday, November 6, 2011

Perutusan Tuan Hj Roslan

Assalamualaikum,

Ahli jawatankuasa surau Al-Raudhah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli kariah yang turun beramai-ramai membantu menyempurnakan majlis korban yang diadakan pada hari ini, Ahad 10hb Zulhijjah 1432H. Semoga semangat setiakawan dan ukhwah yang ditunjukkan akan memberikan kekuatan kepada kita untuk terus bersatu dan bekerjasama di dalam melaksanakan apa jua aktiviti yang memberikan
menafaat kepada semua disamping mendapat keredhaan Allah s.w.t. Moga-moga segala amal dan ibadat yang kita jalankan diterima dan akan mendapat balasan baik dari Allah s.w.t.

lagi koleksi Ibadah Qurban



Iduladha dan ibadah Qurban

berikut coretan sekitar iduladha dan ibadah qurban 132H di Surau Al Raudah TTB3.

ucapan aluan Tn Hj Roslan

ucapan Tn Hj Zainol


Jamaah yang khusyuk mendengar

Khutbah yang disampaikan Oleh Ust Wan Zulkifli

2 ekor lembu untuk ibadah Qurban

kerjasama menumbangkan lembu

lembu siap Qurban

tugas sembelihan dilakukan bersama

kerja melapah

akhirnya kerja membersih selepas semua disiapkan

kerjasama yang amat baik ahli kariah

agihan mewakilkan Tn Hj Dawam utk diserahkan kepada fakir miskin flet seksyen 3

agihan kepada wakil flet fasa 1 (rumah kebajikan council home)

sebahagian kecil yang dimasak untuk hidangan bersama





pihak jawatankuasa sambutan amat berterima kasih atas penglibatan dan kerjsama ahli kariah dan semua pihak yang menjayakan ibadah Qurban di Surau Al raudhah TTB3 pada tahun ini. semoga usaha dan kerjasama semua akan berpanjangan dan diberkati ALLah Taala.


p/s-untuk koleksi lain gambar, boleh bersama berkunjung ke facebook taman tasik bangi 3.