TMN TASIK BANGI 3

TMN TASIK BANGI 3

Sunday, August 23, 2009

Jadual Moreh Surau Jalan 3/42


klik untuk besarkan & cetak.

Saturday, August 22, 2009

Perutusan Khas Pengerusi


Assalamualaikum wrt wbt dan selamat berpuasa , kepada semua sahabat, AJK surau dan ahli kariah sekalian.

Terlebih dahalu saya mohon kemaafan atas apa-apa ketelanjuran, jika ada, kerana kita semua tidak maksum.

Di kesempatan bulan yang mulia ini, saya mengajak semua sahabat muslim di Taman Tasik Bangi 3 mengimarahkan surau kita bersama, walaupun tidak begitu selesa.

Tiada karpet tebal, tiada penghawa dingin dan serba kekurangan.. Namun inilah hakikat bermasyarakat..sama-sama susah dan sama-sama berbangga dengan apa yang ada buat masa ini...

Moga-moga ALlah menggandakan ibadah kita di tempat yang serba kekurangan ini. Apa pun, 'self sufficient' dan besyukur dengan apa yang ada, cuba memperbaiki kelemahan adalah sesuatu yang sangat dituntut dalam Islam..Amiin..


Haji Yusof Ismail
Pengerusi
Surau Sementara TTB3

Peringatan Isu Keselamatan

Salam.

Pagi ini (23 Ogos 209) kita dikejutkan dengan kes pecah kereta dan melarikan barangan berharga.

Sebelumnya, kita telah mendengar 3 kes kecurian Toyota Rush di 'car porch' walaupun dengan pagar yang kukuh dan pintu pagar berkunci.

Oleh itu, selain mengharapkan kawalan keselamatan (Kutipan awal yuran masih berjalan), sikap prihatin dan peka warga Taman Tasik Bangi 3 amatlah penting.

Diharap kita saling mengawasi, bukan sekadar harta sendiri, bahkan juga jiran-jiran yang lain.

Tuesday, August 18, 2009

Makluman Khas

1. Kutipan Duit Kawalan Keselamatan.
- biro keselamatan TTB3 memerlukan dana untuk mengupah pengawal keselamatan sepanjang cuti Hari Raya nanti. Sehubungan dengan itu saya ingin memaklumkan kepada seluruh warga TTB3 supaya dapat menjelaskan wang keselamatan sebanyak RM 70.00.

2. Penyerahan borang ahli persatuan TTB3.
- Kepada sesiapa yang belum menjadi ahli persatuan induk atau TTB3 hendaklah menyertakan sekali RM 10.00 sebagai yuran ahli

3. Reka bentuk surau kekal.
- Kepada sesiapa yang ingin mengetahui reka bentuk surau kekal bolehlah datang ke surau sementara kerana reka bentuk itu akan dipamirkan di papan kenyataan surau (atau melayari blog TTB3- masih belum terima softcopy sehingga posting ini) dan menyatakan pandangan atau komen kepada AJK surau atau melalui blog dan segala pandangan akan dibuka sehingga 31/Aug/09.

Monday, August 17, 2009

Saturday, August 15, 2009

Edaran Rasmi Sambutan Ramadhan 1430H



Semua Penduduk

Jalan 3/38 hingga 3/53

Taman Tasik Bangi 3

43650 Bandar Baru Bangi

اسلام عليكم ورحمة الله و بركاته

PROGRAM IHYA RAMADAH 14203, SURAU SEMENTARA TAMAN TASIK BANGI 3.

Sukacita kami ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak 1430 Hijrah. Semoga Ramadhan kali ini dapat mempertingkatkan ketaqwaan kita semua.

2. Program-program berikut telah dirancang sebagai usaha menghidupkan bulan Ramadhan ini,

i.Solat Tarawih Berjemaah

ii.Tadarus Al Quran

iii. Tazkirah dan Kuliah Subuh

iv. Qiamullail pada 23 Ramadhan 1430

v. Majlis Berbuka Puasa Perdana dan Khatam Al Quran pada 22 Ramadhan 1430 Hijrah

3. Majlis berbuka puasa akan diadakan setiap hari di Surau Sementara dengan purata 5-10 jemaah setiap hari.

Para penduduk dialu-alukan turut serta menyertai majlis berbuka puasa di surau dengan membawa makanan masing-masing. AJK berikut boleh dihubungi jika terdapat tempahan majlis berbuka puasa:

i. Ustaz Wan Zulkifli – 019 9348124 (1-10 Ramadhan)

ii. En Rusli Hussin – 019 3573546 (11-20 Ramadhan)

iii. En Samri Othman – 019 3202500 (21 hingga akhir Ramadhan)

4. Giliran more akan dibuat mengikut nombor jalan dan jadual akan dikeluarkan tidak lama lagi.

5. Tempahan more atau apa-apa majlis seperti tahlil boleh dibuat kepada AJK yang menyelaras majlis berbuka puasa sepertimana perkara 3 di atas.

6. Jemaah yang berniat untuk memberikan sumbangan boleh menghubungi bendahari En Azmi Aman Shah – 0193315300

Sekian, terima kasih,

Yang memegang amanah,

AJK Surau Sementara TTB3

Thursday, August 13, 2009

Ramadhan Al Mubarak

Menjelang Ramadhan Al Mubarak, Jawatankuasa Surau dengan penuh takzimnya mengajak sekalian ahli kariah sekitar Taman Tasik Bangi 3 mengimarahkan surau kita.

Untuk permulaan, kerja-kerja infrastuktur akan disiapkan secepat mungkin. Kerja mendirikan bumbung/awning sekitar surau akan dibuat. Seterusnya menyediakan kipas, tikar, naskah Al-Quran(untuk tadarus), peralatan pinggan mangkuk.

Untuk pengisian penuh Bulan Ramadhan, adalah seperti berikut:

1. Setiap Hari akan diadakan majlis berbuka puasa di Surau. Penyertaan/sumbangan setiap hari adalah terbuka kepada warga Taman Tasik Bangi 3 yang sudi menyumbang.

2. Imam & Bilal Solat Taraweh terdiri daripada warga Taman Tasik Bangi 3. AJK juga akan berusaha mendapatkan Imam Tahfiz, namun bergantung kepada Dana Surau. Sumbangan tuan puan juga amat dialu-alukan.

3. Slot tazkirah ringkas juga akan diadakan pada setiap hari oleh imam (atau tuan-tuan yang hadir), manakala kuliah subuh dan tazkirah jemputan hanya pada hujung minggu sahaja.

4. Tadarus juga akan diadakan dengan pimpinan ustaz-ustaz dan imam sekitar Taman Tasik Bangi 3 ini. Penglibatan sekalian ahli kariah amatlah diharapkan.

5. Moreh juga akan diadakan setiap hari. Setiap Jalan dari Jalan 38-52 akan diberi giliran masing-masing.

6. Dan , Majlis Berbuka Puasa Perdana, Majlis Khatam Al Quran dan Qiamullail akan diadakan di penghujung Ramadhan, sebelum tuan-tuan/puan-puan pulang ke kampung untuk bercuti dan menyambut Idulfitri.

Kesimpulannya, J/Kuasa Surau akan berusaha mengisi aktiviti surau sebaiknya dalam bulan Ramadhan ini. Namun , penglibatan & sumbangan tuan-tuan/puan-puan yang akan menjayakan aktiviti berkaitan.

Edaran/pamplet akan dibuat secepat mungkin dan diedar melalui wakil jalan tuan-tuan/puan-puan untuk nama dan no telefon AJK berkaitan bagi tujuan tajaan berbuka puasa, moreh, tahlil arwah dan sumbangan lain.

Wednesday, August 12, 2009

Monday, August 10, 2009

Amalan


Selain berusaha untuk menghindari H1N1,
marilah sama-sama kita berdoa,
mengharap rahmat dari ILahi..

Informasi

Sumbangan maklumat/artikel dari tuan-tuan& puan-puan amatlah dialu-alukan.

Sebarang informasi, sila emelkan ke ttbangi3@yahoo.com

Terima kasih.

Sunday, August 9, 2009

Komunikasi

Salam.

Selain kewujudan blog ini sebagai medium terbuka,
TamanTasikBangi3@yahoogroups.com juga diwujudkan
untuk komunikasi dalaman warga Taman Tasik Bangi 3.

Sila emel ke ttbangi3@yahoo.com untuk pendaftaran di
dalam yahoogroups. Nyatakan butiran nama, no rumah
dan no telefon untuk pengesahan sebagai warga Taman
Tasik Bangi 3.

Tawaran juga dibuka kepada warga Taman Tasik Bangi 3
yang berminat untuk menjadi moderator Blog & Yahoogroups.

Selamat Datang Ke Taman Tasik Bangi Tiga

Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, Selangor.