Menjelang Ramadhan Al Mubarak, Jawatankuasa Surau dengan penuh takzimnya mengajak sekalian ahli kariah sekitar Taman Tasik Bangi 3 mengimarahkan surau kita.
Untuk permulaan, kerja-kerja infrastuktur akan disiapkan secepat mungkin. Kerja mendirikan bumbung/awning sekitar surau akan dibuat. Seterusnya menyediakan kipas, tikar, naskah Al-Quran(untuk tadarus), peralatan pinggan mangkuk.
Untuk pengisian penuh Bulan Ramadhan, adalah seperti berikut:
1. Setiap Hari akan diadakan majlis berbuka puasa di Surau. Penyertaan/sumbangan setiap hari adalah terbuka kepada warga Taman Tasik Bangi 3 yang sudi menyumbang.
2. Imam & Bilal Solat Taraweh terdiri daripada warga Taman Tasik Bangi 3. AJK juga akan berusaha mendapatkan Imam Tahfiz, namun bergantung kepada Dana Surau. Sumbangan tuan puan juga amat dialu-alukan.
3. Slot tazkirah ringkas juga akan diadakan pada setiap hari oleh imam (atau tuan-tuan yang hadir), manakala kuliah subuh dan tazkirah jemputan hanya pada hujung minggu sahaja.
4. Tadarus juga akan diadakan dengan pimpinan ustaz-ustaz dan imam sekitar Taman Tasik Bangi 3 ini. Penglibatan sekalian ahli kariah amatlah diharapkan.
5. Moreh juga akan diadakan setiap hari. Setiap Jalan dari Jalan 38-52 akan diberi giliran masing-masing.
6. Dan , Majlis Berbuka Puasa Perdana, Majlis Khatam Al Quran dan Qiamullail akan diadakan di penghujung Ramadhan, sebelum tuan-tuan/puan-puan pulang ke kampung untuk bercuti dan menyambut Idulfitri.
Kesimpulannya, J/Kuasa Surau akan berusaha mengisi aktiviti surau sebaiknya dalam bulan Ramadhan ini. Namun , penglibatan & sumbangan tuan-tuan/puan-puan yang akan menjayakan aktiviti berkaitan.
Edaran/pamplet akan dibuat secepat mungkin dan diedar melalui wakil jalan tuan-tuan/puan-puan untuk nama dan no telefon AJK berkaitan bagi tujuan tajaan berbuka puasa, moreh, tahlil arwah dan sumbangan lain.
No comments:
Post a Comment