TMN TASIK BANGI 3

TMN TASIK BANGI 3

Monday, February 8, 2010

keselamatan

mesej dari en Aziz:
Tlg maklumkan ada orang cuba masuk rumah prof. no 11, jalan 3/50, jam 10 malam, 8/2/2010.

Suspek dilihat bersama motosikal honda di depan rumah no 9, jalan 3/50. Orangnya tinggi dan gelap.

Minta penduduk waspada.

-Tn Haji Yusof-

7 comments:

  1. Ada ahli penduduk kita yang kecurian kasut dirumah pada malam yang sama.

    ReplyDelete
  2. semalam ada anak sahabat hilang basikal di surau

    ReplyDelete
  3. ada seorang jiran yang tinggal di barisan belakang rumah saya suka meletakkan (parking) kereta di laluan jalan belakang rumah saya. Tetapi yang anehnya, kereta jiran ini tidak diletakkan di belakang rumah dia sendiri.

    1. perbuatan ini telah menganggu laluan belakang yang dikhaskan untuk kerja-kerja tertentu atau insiden kecemasan.
    2. Menganggu keluar masuk jika kami sekeluarga ingin menggunakan pintu pagar belakang.
    3. Menimbulkan keadaan yang mencurigakan kepada kami sekeluarga kerana beliau selalu memerhati keadaan kami sekeluarga di rumah.

    Oleh itu, saya memohon nasihat untuk menyelesaikan masalah ini.

    ReplyDelete
  4. salam. bagitau aja la perbuatan dia tu menyusahkan tuan/puan..kalau tak sanggup sensorang, ajak la ketua jalan..

    moral: itulah pentingnya jiran saling bertegur sapa.. bila timbul isu mcm ni, tak ada la rasa segan nak sound direct..

    ReplyDelete
  5. maklum pada jiran berkenaan yang pemandangan indah dibelakang rumah anda telah terjejas dengan keadaan sekarang, jika tidak berkesan nyatakan yang kotak masa parkir akan dipasang dibelakang rumah anda sebagai tanda penghargaan kepadanya........junior.

    ReplyDelete
  6. Tuan boleh selesaikan melalui undang-undang. jgn ambil tindakan sendiri. laporkan terus kepada pihak polis dan bomba.

    1. kepada pihak Polis atas sebab jiran tuan
    - menganggu ketenteraman anda sekeluarga.
    - tingkahlaku jiran yang mencurigakan
    - menimbulkan situasi provokasi.
    - menyusahkan keluar-masuk tuan sekeluarga jika nak gunakan pagar belakang.


    2. kepada bomba atas sebab jiran tuan
    - halang laluan belakang bagi kerja semasa berlaku insiden yang tidak dingini. Cth; kebakaran.

    Sekadar pendapat peribadi.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,
    Ada sahabat kita menyuarakan rasa kurang senang dengan penutupan Jalan 3/50 (pada waktu siang) yang menyukarkan beliau keluar masuk untuk mengambil anak dia di pusat jagaan di kawasan tersebut. Harap pihak yang berkaitan dapat berbuat sesuatu memandangkan jalan tersebut adalah kawasan awam dan sepatutnya digunakan oleh orang ramai, dan bukannya ditutup untuk tujuan atau manfaat pihak tertentu sahaja.

    Sebelum beliau memanjangkan perkara ini kepada pihak MPKJ saya rasa elok kita fikirkan perkara ini untuk kebaikan bersama.

    Terima kasih.

    ReplyDelete