TMN TASIK BANGI 3

TMN TASIK BANGI 3

Saturday, March 6, 2010

Pusat Mencuci Kereta

Malam tadi, ada perjumpaan khas ahli kariah surau untuk mendengar cadangan dari Cikgu Md Ridzaudin-Jalan 3/48(pengusaha Taska Haziq) untuk membuka pusat mencuci kereta di Taman Tasik Bangi 3.

Cadangan lokasi adalah di tapak cadangan surau tetap atau kawasan lapang di hadapan surau al raudhah (rezab TNB).

Ahli kariah yang ada lebih cenderung agar Cikgu Din memilih di hadapan surau al raudhah kerana hanya melibatkan penduduk TTB3 dan pihak TNB.

cadangan tapak surau tetap mungkin lebih banyak masalah kerana melibatkan lebih banyak pihak.

penduduk TTB3 boleh mengemukakan pendapat kepada tn. pengerusi, Tn hj yusof atau berhubung terus dengan cikgu din sendiri.

4 comments:

  1. Saya rasa adalah lebih baik sekiranya pihak Cikgu Din perihatin terhadap bayaran sekurity melibat premis-premis sewaan beliau (Taska/Kafa/transit) memandangkan tiada bayaran dibuat melibatkan premis terbabit.

    Sekadar renungan bersama memandangkan tabung wang kita pun semakin hari semakin surut.

    ReplyDelete
  2. Biarlah kawasan surau kekal sebagai kawasan surau. Saya tak setuju kawasan bakal surau kita dijadikan tempat mandi kereta.

    ReplyDelete