TMN TASIK BANGI 3

TMN TASIK BANGI 3

Sunday, April 25, 2010

Berita di Sinar Harian


Isu yang dipaparkan telah mendapat reaksi positif Dr Tajul , Ahli Majlis Zon 23, MPKj. Beliau mengalu-alukan jika dianjurkan aktiviti gotong royong penduduk, dan dalam masa yang sama beliau akan mengusahakan penglibatan petugas-petugas dari MPKj.

Namun gotong royong perlu melibatkan penduduk di Damai Impian, terutama di sepanjang kawasan rumah kedai. Pengerusi Damai Impian telah bersetuju secara am, cuma perlu dimaklumkan tarikh yang akan dianjurkan.

Dan gotong royong ini juga boleh diluaskan skop, meliputi longkang dan saliran, bukan sekadar tertumpu di sekitar tasik, kerana sumber sampah sarap di tasik mengalir dari kawasan sekitar.

Dr Tajul juga maklumkan akan melibatkan YDP MPkj dan Jurutera bagi menghadiri gotong royong yang persatuan penduduk anjurkan. Cuma persatuan penduduk perlu memaklumkan tarikh dan masa program.

Memandangkan semua pihak telah sedia membantu, kini terpulang kepada penduduk di Taman Tasik Bangi 3 untuk menganjurkan program yang sesuai. Dalam mesyuarat j/kuasa surau yang lepas juga telah bersetuju untuk gotong royong pada bulan mei bagi sekitar surau, mungkin boleh diperluaskan dengan penglibatan persatuan penduduk.

2 comments:

  1. Masaalah tasik perlu diselesaikan dari puncanya berlaku isu itu serta pengurusan penyelenggaraan. Gotong royong tidak menyelesaikan masaalah serius ini.

    ReplyDelete
  2. Diharap dapat Jururutera MPKj kaji punca masaalah dan memberi cadangan penyelesaian yang menyeluruh. Tak payahlah nak susahkan dia buat gotong royong pula.

    ReplyDelete