TMN TASIK BANGI 3

TMN TASIK BANGI 3

Thursday, May 6, 2010

perhentian bas sepi


BANDAR BARU BANGI – Perhentian bas yang dibina sepatutnya memberikan kemudahan kepada pengguna dan kawasan sekitar namun sebaliknya berlaku apabila melihat perhentian bas awam yang dibina di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi sepi tanpa sebarang aktiviti.

Melihatkan keadaan persekitaran perhentian bas yang dipenuhi lalang dan tempat pembuangan sampah berhampiran ternyata satu kerugian kepada penduduk setempat dan premis perniagaan di sekitar kawasan berkenaan. Difahamkan perhentian bas awam berkenaan yang memberikan perkhidmatan untuk perjalanan kawasan setempat dan berhampiran sekitar Bangi serta Kajang siap pada tahun 2000.


Tinjauan Sinar Harian di sekitar kawasan berkenaan mendapati, lokasi pembinaan terletak berhampiran Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi Seksyen 3 dan bersebelahan jalan utama menuju ke pusat pengajian tinggi awam.


Kriteria ini bagaimanapun tidak memberikan kesan kepada perkembangan aktiviti bas dan kereta sewa kerana sehingga kini ia masih belum beroperasi malah terdapat beberapa bahagian bumbungnya rosak dan kawasan sekitar dipenuhi rumput.

No comments:

Post a Comment