Makluman kepada semua penduduk ttb3 yang budiman.
Taman permainan @ padang bola yang sedang disiapkan dipenghujung jalan berhadapan jalan 3/51 dan 3/48 adalah diusahakan atas inisiatif beberapa individu dari 2 jalan tersebut setelah mengambil kira keselamatan dan keharmonian jalan tersebut kerana kanak-kanak sering bermain di atas jalan-jalan yang mengakibatkan kereta, lampu rosak dan gangguan lalu lintas yang terganggu. Pihak tnb selaku pemilik tanah berkenaan telah membenarkan dan pihak pengerusi juga telah dimaklumkan. Kos untuk penyediaan padang tersebut adalah hasil sumbangan penduduk taman dan padang tersebut disediakan untuk semua penduduk tanpa mengambil kira jalan mana-mana. Semua kanak-kanak dari taman ini boleh menggunakannya. Kawasan ini akan dipasang pagar untuk menggelakkan lembu dan kerbau meragut rumput yang telah kita tanam. Sehubungan dengan itu juga dimaklumkan bahawa sehingga kini dana kutipan dan derma masih tidak mencukupi dan kita masih memerlukan untuk kos pagar dan lain-lain.
Harapan pihak pengusaha @persatuan agar Ybg. Dato'/Datuk/Datin/Tuan/Puan untuk menghulur sumbangan seberapa mampu kepada ketua-ketua jalan atau terus kepada saya (ustaz wan di alamat no 13 jln 3/48) bagi tujuan di atas. Meskipun kita tidak ada anak yang akan bermain atau menggunakan kawasan tersebut, namun derma yang kita hulurkan pastinya balasan pahala juga kita perolehi dan keberkatan akan menjadi pendamping harta dan rezeki yang kita masih ada. Pastinya apa yang sedekahkan itu milik kita di akhirat nanti. Demi anak-anak kita dan masyarakat, pohon saya agar kita memberi sumbangan untuk masyarakat dan marilah kita wujud kemuafakatan dan jalinan muhibbah sesama kita untuk kesepaduan dan kekuatan umat.
Isu car wash sedang saya usahakan untuk cari penyelesaiannya bagi mewujudkan keharmonian taman kita, sedikit kesabaran dan kesusilaan dalam berbicara amat diperlukan untuk menggelakkan konflik antara kita. Jangan bimbang, setiap pemasalahn pasti ada jalan penyelesaiannya. Buat mereka yang ada idea, cuba bincang dengan saya, kita akan cari yang terbaik.
Wassalam, dari timbalan pengerusi.
No comments:
Post a Comment