TMN TASIK BANGI 3

TMN TASIK BANGI 3

Sunday, May 15, 2011

terima kasih

Assalamu'alaikum warah matuLLAHI wabarakatuh,


Pihak AJK Surau ingin mengucapkan terima kasih di atas sumbangan dan penglibatan daripada AJK Penganjur dan semua ahli kariah Taman Tasik Bangi 3 dalam menjayakan program pada 15 Mei 2011 iaitu Kursus Penyembelihan dan Ceramah Aman Palestin. Kami amat berbesar hati di atas permuafakatan yang telah dizahirkan dan berharap agar ianya dapat diteruskan pada masa akan datang.

Mohon berikan maklumbalas kepada saya atau mana-mana AJK Surau jika terdapat sebarang kekurangan atau cadangan agar penambahbaikan boleh dilakukan pada masa akan datang.

Sekian terima kasih.


DR HJ MOHD HANIF ZAILANI
Pengerusi AJK Surau Al-Raudhah
Taman Tasik Bangi 3

2 comments:

  1. Terima kasih kepada semua yg terlibat dalam penganjuran majlis tersebut. Insan2 lemah iman separuh masak macam saya dapat le menumpang rahmat kerja tuan tuan.

    luar dari topik entry, saya sarankan rakan2 yang bawa anak ke surau, selain dari mendidik anak utk ke surau sama2 kita didik agar mereka menghormati surau dan merasai kebesaran rumah Allah. pastikan anak2 dapat kurangkan bising dan tidak berlari2 terutama dihadapan saf.

    Saya pernah singgah solat di surau Abd Rahman Auf yg berdekatan, semasa maghrib ada seorang dewasa yg melewatkan solatnya sedikit dengan memastikan anak2 berdiri dalam saf di belakang dan bersolat, tidak ada yg berlari2. walaupun ada yg tak solat sekurang2nya mereka tidak terlalu bising.

    Pernah seketika bermastautin di negara luar, saya lihat imam mereka begitu tegas menegur dalam mempastikan anak2 yg hadir turut sama membesarkan Allah di dalam masjid dan melarang anak2 memasuki dewan masjid kalau utk bercakap2 dan berlari2. Mungkin bangsa lain dah biasa dgn teguran sebegini, tetapi yg terasa dan berkecil hati tetap orang melayu kita yg jiwanya lembut dan tak boleh ditegur ini (termasuk saya). jadi saya mohon maaf kalau ada yg tak setuju dgn saranan saya. sekadar cadangan sahaja.

    Abdullah

    ReplyDelete
  2. Saya telah diberitahu oleh rakan sekerja saya yang tinggal di Bangi Perdana, terdapat 2 kejadian pukau & pecah masuk rumah minggu lepas dan kelmarin (2 kejadian dalam 3 hari)....pencuri menggunakan laluan sungai....harap semua dapat berhati2....pasangkan lampu dibelakang & di depan rumah......pihak keselamatan harap dapat ambil perhatian

    ReplyDelete