TMN TASIK BANGI 3

TMN TASIK BANGI 3

Monday, June 13, 2011

Mesyuarat AJK Surau Al-Raudhah Bil 3/2011-Persediaan Ramadhan 1432

Assalamu'alaikum warahmatuLLAHi wabarakatuh


Tuan/Puan yang dirahmati Allah,

1. Merujuk kepada perkara di atas, satu mesyuarat akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh: 17 Rejab 1432 bersamaan 18 Jun 2011 (Sabtu)
Masa : 9.15 Malam (selepas solat Isyak)
Agenda:-
i. Aluan Pengerusi
ii. Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat bil 2/2011
iii. Laporan kewangan
iv. Persediaan Ramadhan 1432Hijrah
v. Hal-hal lain

2. Agenda khusus mesyuarat kali ini ialah mengenai persediaan menyambut bulan Ramadhan 1432. Sehubungan dengan itu, SEMUA AHLI KARIAH TTB3 JUGA DIALU-ALUKAN HADHIR agar sama-sama dapat memberikan sumbangan idea.

Sekian, terima kasih

DR HJ MOHD HANIF HJ ZAILANI
Pengerusi
AJK Surau Al Raudhah
Taman Tasik Bangi 3

No comments:

Post a Comment