TMN TASIK BANGI 3

TMN TASIK BANGI 3

Sunday, March 27, 2011

Thursday, March 24, 2011

Sunday, March 20, 2011

Notis Makluman

AGM 2011 Taman Tasik Bangi 3 akan diadakan pada 27 Mac 2011.
di Surau Al Raudhah, 9.00 pagi.


S/U Persatuan Penduduk
Taman Tasik Bangi 3

Thursday, March 10, 2011

Wednesday, March 9, 2011

Program Muslimah

Assalamu'alaikum,
dimaklumkan bahawa kuliah feqah wanita yg dijadualkan pada 27 Mac ini akan ditangguhkan ke 9 April 2011. Sebagai ganti, majlis bacaan yasin akan diadakan di rumah Sdr Uda, No 2, 3/41 pada 25 Mac, malam Sabtu. Maklumat lanjut akan diedarkan. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Ustazah Rahmah.


Sekian.
 
Mohd Hanif Zailani

Sunday, March 6, 2011

Taman Permainan

Assalamualaikum.


Makluman kepada semua penduduk ttb3 yang budiman.

Taman permainan @ padang bola yang sedang disiapkan dipenghujung jalan berhadapan jalan 3/51 dan 3/48 adalah diusahakan atas inisiatif beberapa individu dari 2 jalan tersebut setelah mengambil kira keselamatan dan keharmonian jalan tersebut kerana kanak-kanak sering bermain di atas jalan-jalan yang mengakibatkan kereta, lampu rosak dan gangguan lalu lintas yang terganggu. Pihak tnb selaku pemilik tanah berkenaan telah membenarkan dan pihak pengerusi juga telah dimaklumkan. Kos untuk penyediaan padang tersebut adalah hasil sumbangan penduduk taman dan padang tersebut disediakan untuk semua penduduk tanpa mengambil kira jalan mana-mana. Semua kanak-kanak dari taman ini boleh menggunakannya. Kawasan ini akan dipasang pagar untuk menggelakkan lembu dan kerbau meragut rumput yang telah kita tanam. Sehubungan dengan itu juga dimaklumkan bahawa sehingga kini dana kutipan dan derma masih tidak mencukupi dan kita masih memerlukan untuk kos pagar dan lain-lain.

Harapan pihak pengusaha @persatuan agar Ybg. Dato'/Datuk/Datin/Tuan/Puan untuk menghulur sumbangan seberapa mampu kepada ketua-ketua jalan atau terus kepada saya (ustaz wan di alamat no 13 jln 3/48) bagi tujuan di atas. Meskipun kita tidak ada anak yang akan bermain atau menggunakan kawasan tersebut, namun derma yang kita hulurkan pastinya balasan pahala juga kita perolehi dan keberkatan akan menjadi pendamping harta dan rezeki yang kita masih ada. Pastinya apa yang sedekahkan itu milik kita di akhirat nanti. Demi anak-anak kita dan masyarakat, pohon saya agar kita memberi sumbangan untuk masyarakat dan marilah kita wujud kemuafakatan dan jalinan muhibbah sesama kita untuk kesepaduan dan kekuatan umat.

Isu car wash sedang saya usahakan untuk cari penyelesaiannya bagi mewujudkan keharmonian taman kita, sedikit kesabaran dan kesusilaan dalam berbicara amat diperlukan untuk menggelakkan konflik antara kita. Jangan bimbang, setiap pemasalahn pasti ada jalan penyelesaiannya. Buat mereka yang ada idea, cuba bincang dengan saya, kita akan cari yang terbaik.

Wassalam, dari timbalan pengerusi.



Friday, March 4, 2011

Gotong Royong Padang Permainan

Ust Wan Zulkifly menjemput semua penduduk hadir gotong royong membersihkan batu dan menanam rumput di padang permainan di Jalan 3/48-51.

Hari : Sabtu (05/03/2010)
Masa: 10 Pagi.

Sumbangan dan penglibatan semua amatlah diperlukan.