TMN TASIK BANGI 3

TMN TASIK BANGI 3

Saturday, June 16, 2012

Website TTB3 (http://www.ttbangi3.com)


Assalamualaikum.

Persatuan Penduduk Taman Tasik Bangi 3, telah menyediakan satu laman web sebagai medium terbaru dalam menyampaikan maklumat, berita, aktiviti dan sebagainya kepada penduduk TTB3. Laman web ini sudah boleh dilayari mulai 15/6/2012. Diharapkan agar semua penduduk TTB3 dapat mendaftar di laman web ini bagi mendapatkan laluan untuk memberi komen, berinteraksi didalam forum dan sabagainya.

Dengan adanya  laman web ini, semua komen dapat ditapis dan dikenalpasti identiti penghantarnya. Semoga laman web ini dapat memberi sumbangan untuk memantapkan lagi Persatuan Penduduk TTB3 dan semoga inanya dapat memberi manfaat kepada kita semua. Sila layari http://www.ttbangi3.com untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang website ini.

Walaubagaimanapun laman web ini masih baru dan ianya dalam proses pembaikan dari masa ke semasa. Para admin pula bukanlah daripada golongan yang pakar dalam bidang IT dan mungkin terdapat beberapa kelemahan yang perlu dibaiki. Kami sedia mendengar cadangan dan komen-komen positif daripada anda semua.

Laman blog yang sedia ada akan diteruskan untuk memberikan maklumat berkenaan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Surau Ar-Raudhah.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment