TMN TASIK BANGI 3

TMN TASIK BANGI 3

Sunday, December 6, 2009

Tasik Kita





Isu kebersihan tasik ini telah dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Persatuan Penduduk Zon 23 MPKJ dan telah diminitkan dalam full council MPKJ bulan lepas.

Rujuk posting blog sebelum ni untuk perincian aduan.

Jadi pihak penduduk dan AJK boleh follow-up dengan Ahli Majlis Zon 23, Dr Tajul Ariffin. Boleh rujuk blog MPP 23 untuk maklumat MPP Zon 23 dan Ahli Majlis

12 comments:

  1. Sudah tiba masanya isu tasik kotor ini diambil tindakan serius.Tasik yang kotor tidak dapat menyumbang kepada kesejahteraan penduduk malah ia menjadi libiliti.Ia tidak dapat berfungsi sebagai pusat riadah !. Saya bimbang ia menjadi punca kepada masaalah kesihatan penduduk. Saya cadangkan J/K Penduduk menubuhkan task force khas bagi menyelesaikan isu ini. Dikalangan penduduk kita juga ada yang sedang buat master Alam sekitar boleh menyumbang menyelesaikan masaalah ini.

    ReplyDelete
  2. 1.sy cadangkan agar ditubuhkan satu jawatankuasa khas utk kawasan tasik taman kawasan kita.

    2.j/kuasa ini fokus kpd hal-ehwal tasik ini.

    3. Ahli j/kuasa sebaiknya punyai kepakaran, atau minat kpd isu-isu alam sekitar atau networking dlm penjagaan tasik ini.

    salam. tk.

    ReplyDelete
  3. 1. Pihak kita seharusnya mengambil langkah proaktif untuk menangani perkara ini.

    2. Masalah ini akan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan dengan hanya mengesyorkan pihak penduduk dan AJK membuat follow-up dengan Ahli Majlis Zon 23, Dr Tajul Ariffin & merujuk blog MPP 23 untuk maklumat MPP Zon 23 dan Ahli Majlis.

    Wasalam.

    ReplyDelete
  4. Buat permulaan saya cadangkan diambil bacaan ujian kualiti air tasik ini( COD dan BOD ). Ini boleh dijadikan KPI kepada kemajuan pemantauan kualiti air di tasik ini. Kemuadian kita cari punca air masuk dan keluar ke kolam ini. Saya rasa salah satu pencemar air kolam ini adalah :-
    i. Ada Air dari dapur rumah kita yang terus ke longkang tidak masuk ke septik tank !
    ii. Ada air buangan dari kawasan kormersial( restoran )yang masuk ke tasik ini
    iii. Lain-laian punca kecemaran yang perlu di kaji

    ReplyDelete
  5. satu committee tetap perlu ditubuhkan utk selesaikn masalah ini. boleh offer kpd yg berminat utk take a lead. tentu ramai yg berminat & berkaliber dlm hal ini.

    my 2sen opinion.

    ReplyDelete
  6. Siap bertanggungjawab dalam hal tasik ini ?
    a. Rohniaga
    b. Majlis Daerah Kajang
    c. Jab. Pengaiaran dan Saliran
    d. Indah Water

    Jawapan : Rasa-rasa macam "b"

    ReplyDelete
  7. Bayangkan kalau air tasik ini bersih dan biru. Ada air pancut setinggi 20 kaki ditengah tasik. Ada ahli penduduk sedang berkenu. Dan En. Zainal membuat scuba diving, alangkah indahnya tasik ini. Barulah secucuk dengan nama Taman Tasik Bangi 3. Saya difahamkan ada juga tasik di Sek 7 yang tercemar dulunya. Tetapi setelah kawasan perumahan bersebelahan siap. Kawasan tasik itu menjadi cantik dan bersih .

    ReplyDelete
  8. Taman kita sangat bertuah kerana ada tasik yang eksklusif. Tidak banyak seksyen di B. Baru Bangi ini yang ada Tasik. Bagi menentukan Tasik ini tidak tercemar individu penduduk hendaklah memainkan peranan seperti berikut:-
    i. Tentukan sampah/hasil buangan tidak dibuang ke longkang
    ii. Tentukan hasil buangan bahan pembinaan tidak dibuang atau termasuk kedalam longkang rumah
    iii. Lain-lain lagi yang perlu di kaji

    ReplyDelete
  9. Basic Components of Lake Management include:-

    1) To diagnosis the Biological and Water Quality - To assess the extent of eutrophication and evaluate trends in water quality conditions.
    2) To have a Watershed Assessment - A detailed evaluation of important watershed features, such as land uses and soil types, is conducted to identify active or potential sources of pollution that need to be addressed to protect and improve lake water quality.
    3) Develop Lake Management Plan - The results of the water quality diagnosis and watershed assessment are used to evaluate methods to remediate undesirable lake conditions and to manage pollution sources in the lake watershed. The plan identifies must be the most cost effective ways to achieve water quality objectives.
    4) Provide Plan Implementation – The lake management plan may involve one or more of a variety of technologies including sediment dredging, weed harvesting, artificial aeration, grass carp fish, and aquatic herbicide treatments. Watershed management invariably involves the implementation of best management practices for non-point sources of pollution. (Examples are improved lawn fertilization practices, routine catch basin cleanouts, and installation of stormwater treatment technology). The development of a successful lake management program is dependent on active community participation. Active meeting with property owners, lake associations, and professional officials to promote and assist in various lake management projects. It's the cumulative effect of all of our efforts that will help protect our Tasik bangi 3

    ReplyDelete
  10. Tasik Cempaka nampak bersih je. Ramai orang pergi jogging dan relax dengan keluarga. Tasik kita ni, nak jadi tempat jogging pun tak selesa kerana baunya busuk.Saya dapati bilangan penduduk yang relax-relax dengan keluaraga di sekitar tasik ini bertambah kurang.Terimalah serangkap pantun kelasik untuk tasik ini. "Taman Indah dipinggiran tasik. Menara gading disana sini.Alangkah sedih kehidupan tasik. Nama cantik Masyarakat madani"

    ReplyDelete
  11. Untuk menyelesaikan masaalah pencemaran tasik ini, kita kena tahu apakah variable penyumbangnya:-
    i. Keadaan tasik sedia ada
    ii. Qualiti air masuk
    iii. Air keluar
    iv. Pengurusan dan penyelenggaran tasik
    v. Attitude dan pendidikan penduduk
    vi. Pegawai penguasa
    v. Jk Penduduk

    ReplyDelete
  12. Apakah kelebihan bila sesuatu Tempat kediaman ada tasik:-
    1. Meningkatkan keindahan lanskap Taman
    2. Kawasan lapang memberi kelapangan mata dan fikiran
    3. Boleh memancing dan menjalankan lain-lain aktiviti riadah
    4. Meningkatkan kecintaan pada alam sekitar
    5.Boleh mempelajari/mengkaji dan menghargai flora dan fonab habitat ditasik
    6. Lain-lain lagi

    ReplyDelete