TMN TASIK BANGI 3

TMN TASIK BANGI 3

Sunday, August 15, 2010

Majlis Ilmu



pihak surau TTB3 menganjurkan majlis ilmu setiap hari menerusi tazkirah ringkas dan tambahan kuliah subuh pada hujung minggu. oleh itu, selain mengerjakan amalan sunnah, bersamalah kita mengutip manfaat dari majlis ilmu yang diadakan.

7 comments:

  1. Dipohon tak perlulah nak kenen sapa2 mengantuk ke? Lewat ke? Orang dah datang Al Hamdulillah laa..

    ReplyDelete
  2. Apapun semua perlu ikhlas, baik penceramah ataupun jemaah.

    Penceramah perlu bijak memahami latarbelakang jemaah seterusnya membuat penyampaian dengan penuh hikmah manakala jemaah pula perlu bijak mencari peluang memperbaiki diri dan mempertingkatkan ilmu masing-masing.

    Rupanya sukar sungguh untuk mendapatkan keikhlasan, walaupun cuma secebis...

    Wa'Allahua'alam.....

    ReplyDelete
  3. ..Al Hamdulillah, sama2 lah kita Muhasbah diri, dengan 7% kehadiran berbanding lebih 420 ketua keluarga ia suatu pencapaian yang perlu kita semak dan fiqirkan, kenapakah tidak seperti surau2 lain yang masih mencapai 50% kedatangan, dan mereka sanggup solah di atas jalan tar yang hanya berlapikkan tikar anyaman plastik. Apakah kebaikan mereka yang perlu kita usahakan...

    ReplyDelete
  4. Keikhlasan datang dengan istiqamah & semakan niat... penentuan keikhlasan seseorang hanya pada Allah, samada penceramah atau yang diceramahkan, keadaan akan jadi kurang baik kalau kita yang serba lemah ini menjustifikasikan keikhlasan seseorang..

    Wa Allahu 'alam

    ReplyDelete
  5. Rasanya penggunaan "anonymous" ni akan menimbulkan syak wasangka di antara satu sama lain.

    Saya cuma ingin berkongsi sebuah hadis:
    sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang mencintai kerana Allah, yang membenci kerana Allah, yang memberi kerana Allah dan yang menahan diri pun kerana Allah, maka dia sesungguhnya telah mencapai kesempurnaan imannya.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

    ReplyDelete
  6. Level iman antara individu tak sama.. ada orang nak pergi surau jenuh berperang dan bermujahadah dalam diri (macam saya.. huk huk).. tp sebab semangat nak perbaiki amalan kerana usia yg dah semakin meningkat ini kuatkan jugak diri.. kadang2 lewat, kadang2 terbabas.. begitu juga utk duduk dalam majlis ilmu.. tapi kalau sekali duduk terus kena pukul directly rasa tak seronok la jugak.. rasanya orang yg baru nak jinak2 ni kena banyak gula2 kot berbanding rotan (tempelak).. ada orang boleh terima, ada orang cepat merajuk..

    luv TTB3

    ReplyDelete
  7. ..Anynomous ni nak belajar ikhlas lah, biarlah Allah je yang tahu.. Dan sentiasalah kita berbaik sangka..

    ReplyDelete