TMN TASIK BANGI 3

TMN TASIK BANGI 3

Tuesday, September 21, 2010

AGM PERSATUAN PENDUDUK TAMAN TASIK BANGI 3

Asslamualaikum wbt Tuan Moderator,


Minta jasa baik tuan untuk meletakkan Notis Mesyuarat Agung Pertama Persatuan Penduduk Taman Tasik Bangi3, 2010/2011 di dalam blog TTBangi3.


Notis dan Agenda dilampirkan untuk tindakan tuan. Notis ini juga diedarkan dan ditampal di papan notis surau/pusat komuniti Al-Raudhah.


Tarikh Mesyuarat: 2 Oktober 2010
Tempat: Surau Al-Raudhah/Pusat Komuniti

Masa: 8.00 pagi hingga 1.00 petang.


Sekian, terima kasih.
Zulfakri Mohd Din
Setiausaha Protem.


notis AGM

10 comments:

  1. Salam Semua,
    Zaman sahabat RAhum dulu, kalau bab pemilihan pemimpin mereka rasa orang lain paling layak, mereka terbayang ayat2 Allah tentang penghisaban ke atas tanggung jawab yang akan di tanya...

    Renung2kan lah.
    Abdullah

    ReplyDelete
  2. katanya ada lebih 400 rumah di TTB3 ni. maka gilir-gilir la jadi ajk.. takkan asyik mengelat dan bebankan org yg sama buat kerja.. ni bukan soal kejar pangkat, tapi jgn la dok buat naya sesama kita.. jgn dok buat main,nabi tak ngaku umat org yg tak ambil peduli hal umat Islam lain..

    ReplyDelete
  3. Bab penggiliran tu saya amat bersetuju, seperti Taman Bangi 3 yang memastikan giliran pengerusi setiap tempoh TERM berakhir.. ia lebih sihat.

    Abdullah

    ReplyDelete
  4. AGM Surau bila pulak ye? Term sepatutnya berakhir Ogos, tak kiralah kalau Setiausaha baru pun...

    ReplyDelete
  5. Tuan Setiausaha/ Pengerusi,
    Kalau ada usul nak tulis kat mana? atau macam mana nak utarakan cadangan tu..?

    Penduduk TTB3

    ReplyDelete
  6. Sangat setuju diadakan bersama-sama Majlis Hari Raya untuk tarik "crowd". Saya cadangkan ambil kedatangan semua yang hadir sebagai bukti bilangan korum AGM. Saya difahamkan ramai bakal jemaah haji daripada TTB3. Seperti tahun lepas dan juga taman-taman sekitar, perlu juga raikan mereka semasa majlis tersebut.

    ReplyDelete
  7. Kalau nak kehadiran yg ramai, perlulah ada promosi atau hebahan yang meluas. Setakat blog ni berapa kerat saja yg baca. Persatuan kena bertindak proaktif. Cari idea macam mana sesuatu aktiviti tu nak disampaikan kpd semua penduduk. Banyak kali hebahan tak sampai kpd semua penduduk, contohnya pertukaran tarikh AGM. Setahu saya ianya dirancangkan pada 8 Ogos 2010 kemudian ditunda. Tiada hebahan pun tentang penundaan tersebut.. ataupun cuma hebahan yg lebih kurang saja.... Tentang aktiviti gotong royong pada 31 Julai 2010, pada mulanya dihebahkan bahawa lori akan mengangkut sampah pukal spt tilam, almari buruk dsb tapi pada hari tersebut tiadapun lori yg mengangkut sampah pukal tersebut sedangkan ada penduduk yg telah meletakkan tilam buruk di hadapan rumah spt yg disarankan & tilam tersebut masih ada sampai sekarang... Jangan buat kerja hanya utk melepaskan batuk di tangga sahaja..

    ReplyDelete
  8. selain blog, emel group juga telah diwujudkan. ketua jalan boleh emelkan senarai emel ahli jalan ke ttbangi3@yahoo.com . sudah tibalah masanya ajk yang ada ditukar kepada yang lebih baik, termasuk admin blog dan group emel ini.

    ReplyDelete
  9. permohonan utk add dlm fb sampai sekarang x approved..apa sudah jadi??? x faham mana satu nak ikut..fb @ blog???? majoriti ada fb...boleh rapat silaturahim melalui FB.....sekadar pandangan...

    ReplyDelete
  10. berkenaan fb, rasanya tak ada pulak request blm approve. mgkn terlepas pandang. biasala, moderator one man show.. masih mengalu-alukan sahabat-sahabat untuk bantu/replace jadi moderator..

    ReplyDelete