TMN TASIK BANGI 3

TMN TASIK BANGI 3

Wednesday, August 24, 2011

INFO KESELAMATAN SEMPENA IDULFITRI 1432H

Aslmkum Tuan2,



Perbincangan dipengerusikan oleh Ust Wan Zulkifly.
Turut hadir: Shamri, Azmi, Mohd Zain (SEBIRO SECURITY), Rusli Hussain dan Halim SU.

Perbincangan mula 1040 mlm dan selesai 1130 mlm.


Persetujuan berikut dicapai:


1. SEMUA jalan akan ditutup kecuali Jalan 3/42.
2. TEMPOH ditutup dari jam 0900 PAGI 26 Ogos (Jumaat) hingga jam 0500 PAGI 5 Sep (Isnin).
3. JUMLAH pengawal kekal - SIANG 2 dan MALAM 3 orang.
4. PALANG di Jalan 3/42 akan diturunkan sepanjang tempoh tersebut di perenggan 2.
5. TIADA Peniaga dan individu yg bukan penghuni dibenarkan masuk. Kenderaan TAK Berpelekat akan dicatat nombornya.
6. EMERGENCY: Pengawal akan telefon
a. AJK Keselamatan (En Shamri dan Cik Gu Manap).
b. Ketua Jalan berkenaan. (senarai Ketua Jalan dan no hp telah diberikan kpd En Mohd Zain).
c. BALAI Polis atau bomba.
7. En Mohd Zain juga dimaklumkan bahawa kempen BALIK KG - RUMAH SELAMAT juga diadakan bersama2 Balai Polis BANDAR BARU BANGI sepanjang tempoh tersebut. Satu salinan SURAT PEKELILING diberikan kpd beliau.
8. En Mohd Zain juga dimaklumkan bahawa kontrak baru akan dibuat mulai 1 November ini. Beliau boleh hantar quotation jugak.
9. Sticker kenderaan akan diletakkan di pondok pengawal.
Kenderaan yg tak ada sticker, penduduk boleh beli...


Untuk makluman semua, saya juga telah edarkan BORANG BALIK KAMPUNG ke setiap rumah pagi ini. Sila semak peti surat masing-masing.


Borang akan diserahkan oleh Ketua Jalan kpd saya. Seterusnya saya akan hantar ke BALAI POLIS BANDAR BARU BANGI pada pagi JUmaat 26 Ogos.

Sekian, terima kasih.

Halimaulud
SU

1 comment:

  1. JazakumuLLAHU khoiran katsiron kepada semua AJK Persatuan, khusunya Biro Keselamatan.

    Hanif Zailani
    43, 3/42

    ReplyDelete