TMN TASIK BANGI 3

TMN TASIK BANGI 3

Thursday, September 15, 2011

Mesyuarat jkuasa penduduk 15 Sept 2011




Assalam..
Mesyuarat bersama AJK Persatuan Penduduk 15 Sept 2011 telah membincangkan sebutharga yang diterima dari syarikat keselamatan bagi sesi baru bermuala oktober 2011. Tindakan selanjutnya akan dilakukan dan diumumkan kemudian.

Selain itu, mesyuarat juga bersetuju agar solat hajat dan doa selamat untuk ahli kariah yang bakal mengerjakan haji akan diadakan pada 22 September 2011 di surau selepas solat Isyak. Para penduduk dijemput turut sama hadir.

2 comments:

  1. Assalam,
    Just nak tanya betul ke baru2 ini selepas raya ada 3 kejadian pecah rumah di Taman kita?

    Amin 3/43

    ReplyDelete
  2. From: Shamri B. Othman
    To: "TamanTasikBangi3@yahoogroups.com"

    Sent: Tuesday, September 20, 2011 10:17 AM
    Subject: [TamanTasikBangi3] Kes kecurian di taman malam tadi



    Assalamualaikum semua,

    Hanya perkongsian berita yang tidak gemar didengar berlaku di Taman kita malam tadi. Dua buah rumah telah diceroboh malam tadi, satu di no. 2 jalan 3/39 dan satu lagi di no.2 jalan 3/48. Kedua2 berhampiran dengan padang disebelah sungai.

    Kes pertama : No. 2, Jalan 3/39. Penceroboh telah mengumpil gerigi besi tetapi tidak berjaya memasuki rumah sebab alarm berbunyi.

    Kes kedua : No. 2, Jalan 3/48. Penceroboh telah berjaya memasuki rumah dan berlaku beberapa kehilangan seperti Notebook(computer) dan beberapa barang berharga

    Minta semua penduduk berjaga2. Untuk pengetahuan semua qariah, InsyaAllah bulan depan akan ada perubahan kawalan keselamatan kita.

    Sekian terima kasih,

    AJK Keselamatan

    ReplyDelete