TMN TASIK BANGI 3

TMN TASIK BANGI 3

Sunday, January 10, 2010

Majlis Asyura

Assalamualaikum semua..
Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas kepada semua yang terlibat dalam sambutan Majlis Asyura pada hari ini (sabtu-9/10/2010) dari 7.30 pagi sehingga pada majlis penutup dengan tazkeerah oleh ustaz Zamri Zainal Abidin (IKIM) , sehingga jam 10.30 malam.
Bermula aktivti mengacau 'bubur syura', perlawanan 'table-tennis', jamuan makan tengahari sehingga tazkeerah pada sebelah malam adalah sesuatu yang sangat dibanggakan, berdasarkan semangatkejiranan yang tinggi, Penglibatan Dato Mat Ali (SS) dan Dato Che Min yang begitu tekun mengacau bubur 'syura' dan menyiapkan juadah tengahari juga amat dibanggakan.
Walaupun nampak sahabat sekalian begitu keletihan, namun dapat juga menjayakan aktiviti yang telah dirancang. Semoga usaha dan semangat sahabat sekalian akan dibalas dengan ganjaran sebaiknya dari ALlah SWT.. amiin.
-Hj Mohd Yusof Ismail, Pengerusi Surau Al Raudah /Persatuan Penduduk Taman Tasik Bangi 3.
.
.
.
KERJA MENGACAU BUBUR AS SYURA DARI AWAL PAGI
.
ACARA PERLAWANAN PING PONG
.
HADIAH YANG DISEDIAKAN
.
HADIRIN TAZKEERAH MAGHRIB
.
TAZKEERAH OLEH USTAZ ZAMRI ZAINAL ABIDIN (IKIM)
.
SABAR MENGAMBIL HIDANGAN
.
BERSAMA MENIKMATI HIDANGAN
.
- para sahabat yang ada mengambil gambar, boleh la emel ke ttbangi3@yahoo.com untuk dikongsikan bersama dalam blog ini.
- terima kasih juga atas sumbangan semua pihak, termasuk pihak Abad Sinergi Sdn Bhd atas sumbangan banner.

No comments:

Post a Comment