Keputusan Mesyuarat 23 Januari 2010 :
Assalamualaikum wbt,
Mesyuarat pada 23 Januari 2010 jam 2.00 petang dihadiri oleh 20 orang AJK. Agenda adalah mengenai (1) Surau, (2) Keselamatan, (3) Kebersihan, (4) Lain-lain Hal.
(1) Surau
* Pengerusi Protem dan AJK mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada AJK Khas kerana berjaya mendapatkan kelulusan penukaran (swapping) Tapak Dewan ke Tapak Surau;
* Pengerusi dan AJK juga setuju dengan cadangan Dato' Kamaruzaman Mohd Noor supaya AJK Khas meneruskan dengan penukaran Tapak Dewan ke Tapak Surau serta membuat mengkaji conceptual design Surau;
* AJK Khas yang diketuai oleh Dr. Ramdzan bersetuju untuk meneruskan penukaran Tapak Dewan ke Tapak Surau sehingga ke pewartaannya dan mengkaji pelan Surau sedia ada dan menyediakan Conceptual Design dengan mengambil kira 16 ketetapan yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Bersama Surau Tetap.
* AJK Khas akan membuat cadangan (proposal) mengenai aktiviti penukaran Tapak Dewan dan Conceptual Design Surau ke Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Surau Tetap yang akan di tetapkan oleh Dato' Kamaruzaman.
(2) Keselamatan
* AJK Keselamatan, En. Zainal membentangkan isu kutipan bulan keselamatan yang masih belum mencukupi. Masih ada penduduk yang belum membayar dan ini akan menjejaskan pembayaran kepada pihak Keselamatan dan mungkin perkhidmatan Keselamtan akan tamat;
* Semua AJK bersetuju dengan cadangan Setiausaha, En. Zulfakri supaya kutipan bulanan Keselamatan diserahkan kepada pihak Keselamatan bagi pihak AJK Penduduk TTB3.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.40 petang tanpa membincangkan perkara yang lain.
Sekian,
Zulfakri Mohd Din
zulfakri@gmail.com
Setiausaha
Persatuan Penduduk Taman Tasik Bangi 3
CATATAN 17/01/2010
Pembentangan Projek Pembinaan Surau
Pembentangan hasil kerja telah dibuat oleh Jawatankuasa Khas Projek Pembinaan Surau di Surau Al Raudhah sekitar jam 2.00 petang, Ahad, 17 Jan. 2010.
1.Jawatankuasa Khas (Pembentangan Dr Ramdzan & En Razak) memaklumkan pihak MPKj telah memberi kelulusan atas permohonan pertukaran tapak, antara cadangan tapak surau dan dewan.
2. Proses yang perlu diteruskan adalah kelulusan berkaitan Pejabat Agama Islam Daerah dan Pejabat Tanah Daerah. Persetujuan bersama dicapai supaya Pihak Dato Kamaruzaman dan Jawatankuasa Khas sama-sama mengemukakan surat kepada Pihak pejabat Agama dan pejabat Tanah Daerah untuk hold-on permohonan sebelum ini (Pihak Dato Kamaruzaman) dan mengemukakan permohonan baru (Pihak Jawatankuasa Khas).
3. Untuk yang seterusnya, Jawatankuasa Khas diminta oleh dato Kamaruzaman mengemukakan konsep surau dan plan-plan pembinaan berkaitan (mengikut 16 spesifikasi dan kriteria yang disyaratkan pihak berkuasa) untuk pertimbangan bersama Persatuan-persatuan penduduk berkaitan, Samada menerima, menolak atau menambahbaik plan yang dicadangkan.
4. Dato Kamaruzaman mengucapkan tahniah pada J/Kuasa Khas kerana berjaya mendapat apa yang j/kuasa dulu tak dapat. Bahkan pegawai MPKJ yang sama meluluskan apa yang dia sendiri tolak sebelum ini. Dato Kamaruzaman minta ucapan tahniah beliau diminitkan.
-Catatan Moderator-
Komen Latar Belakang Awal Permohonan
Salam...
Dah lama saya tak berjumpa kawan2 kat surau. Maaf. Ada masalah sikit. Anyway, saya juga jarang sangat menulis dalam blog dan email ni. Pandangan saya adalah seperti dibawah :-
1. Jawatankuasa Surau tetap telah ditubuhkan dan diwakili oleh semua wakil penduduk iaitu:
a)TTB3 dari Jln 3/38 hingga Jln 3/52 yg dipengerusikan oleh Yg Bhg Hj Md Yusuf, Wakil dari TTB3 kalau tak silap saya ada 5 atau 6 org
b)Pesona, Harmoni yang dipengerusikan oleh Datuk Kamaruzaman. Jumlah wakil 3 atau 4 org.
c)Damai Impian yang dipengerusikan oleh En Kamarudin. Jumlah wakil 3 atau 4 org.
2. Sepertimana yang dipersetujui, surau tetap akan dibangunkan mengikut persetujuan pada masa tersebut iaitu diatas tanah 0.4 ekar memandangkan idea swapping pada ketika itu tidak dipersetujui oleh majoriti AJK.
3. Walaubagaimanapun, terdapat satu pihak yang mana merasakan mereka mampu untuk mendapatkan approval untuk swapping tersebut. Dan telah dipersetujui juga bahawa mereka diberi tempoh 6 bulan untuk mendapatkan kelulusan tersebut. Dan alhamdullilah, kelulusan tersebut diperolehi dalam tempoh tersebut. Kita patut berterimakasih kepada semua yang terlibat di atas usaha-usaha tersebut.
4. Namun, ada penemuan terbaru yang pelan asal bukannya 0.4 tetapi 0.6 sebagaimana terdapat di pejabat tanah. (sila perbetulkan jika silap).
Penyelesaian :-
a)Saya mencadangkan agar Pihak yang berusaha untuk mendapatkan approval swapping membentangkan dan menyerahkan semula tugas-tugas menbangunkan surau tetap kepada Jawatankuasa Surau tetap di atas. Penyerahan boleh dibuat melalui Persatuan TTB3 atau melalui Biro Surau sementara TTB3. Segala surat menyurat hendaklah diserahkan kepada AJK Surau Tetap.
b)Jika terdapat idea-idea baru atau pembaruan yang perlu dibuat ke atas tanah 0.5 ekar atau mahu membuat permohonan baru untuk tanah 0.6 ekar, ianya perlulah diputuskan oleh AJK Jawatankuasa Surau Tetap. Surau tetap adalah untuk semua masyarkat yang ada di sekitar Jalan 3/38 hingga 3/70++++,
c)Mesyuarat AJK Jkuasa Surau tetap hendaklah diadakan dalam masa yang terdekat untuk membicangkan masalah ini serta masalah2 lain yang berkaitan... ...atau kalau nak bentuk AJK baru pun, silalah kemukakan agenda ini dalam mesyuarat yang akan datang.
d)Apa-apa pandanngan dari kariah TTB3 pada meeting 23hb nanti boleh dipanjangkan ke mesyuarat AJK Tetap. Kalau hilang kepercayaan kepada AJK Tetap, kemukakan pada meeting jugak. Kalau ada sapa2 AJK tetap yang nak resign pun, bincanglah pada meeting tersebut nanti.
Akhir kata, walaupun tanah yang disediakan oleh Roniaga berdekatan dengan TTB3, tetapi hidup bermasyarkat mesti mengambil kira juga kepentingan ahli2 lain iaitu Damai Impian, Pesona harmoni dan sebagainya. Oleh yang demikian, kata putus sepatutnya dibuat pada meeting AJK Jkuasa Tetap nanti, dan bukannya di surau sementara TTb3 pada 23hb nanti. Oleh yang demikian, saya berharap meeting pada 23hb nanti fokus kepada isu2 yang sebenar2nya. .......
Semoga komen saya boleh mendatangkan faedah kepada semua pihak. Jika terkasar bahasa, saya mohon maaf. Jika padangan saya ini tidak boleh diguna pakai, anggaplah ianya sebagai idea abu nawas.......
terima kasih.
Ahmad Suhandi Bin Zakaria
No 14 Jln 3/38.
Saya berpendapat pembinaan surau tetap ttb3 yg berharaga 3 juta lebih adalah tidak masuk akal dengan keluasan tanah 0.6 hektar. Kutipan untuk sebuah rumah sebanyak 1000 ringgit juga adalah tidak sepatutnya ditetapkan pada jumlah tersebut. Memandangkan ada banyak surau dan masjid UKM yg berhampiran, penduduk boleh menggunakan kemudahan tersebut. Dengan ahli jemaah yang ada sekarang pun di surau sementara tidak begitu ramai sehingga perlu membina surau seperti istana. Aktitvi yang ada sekarang pun tidak seperti dahulu lagi. Aktitviti - aktiviti yang boleh mengeratkan silaturrahim seperti ceramah kejiranan, ceramah keselamatan, aktiviti gotong - royong, sukan sepatutnya diadakan oleh persatuan penduduk sejak dahulu lagi. Tapak aktiviti tidak semestinya diadakan di sekitar surau. Sepatutnya, pihak AJK Persatuan Penduduk dan Surau perlu memikirkan satu langkah untuk merapatkan ukhwah antara penduduk.
ReplyDelete