Lanjutan dari itu, pihak Persatuan Penduduk dan Surau Al Raudhah Taman Tasik Bangi 3 akan menganjurkan Majlis Asyura pada hari Sabtu, 9 Januari 2010.
Acara bermula selepas solat subuh dengan membuat dan memasak bubur yang akan diketuai oleh Sdr Shamri (Jalan 3/40).
Seterusnya perlawanan Ping Pong (Table Tennis) akan diadakan dan diuruskan oleh Sdr Johar (Jalan 3/39).
Majlis Kemuncak adalah Tazkirah selepas Solat Maghrib.
Seluruh penduduk Taman Tasik Bangi 3 amat dialu-alukan menyertai acara yang dianjurkan ini.
Semoga majlis ini mendapat rahmat dan berkat ILahi dan mengeratkan persaudaraan sesama kita.
(untuk cetakan/edaran)
Assallamualaikum.
ReplyDeleteTerlebih dahulu saya mohon maaf jika apa yang akan saya katakan ini menyinggung sesiapa.
Berhubung Peratuan dan Surau kita, saya perhatikaan masih terdapat dua kesilapan yang harus diperbetulkan iaitu (1) nombor poskod pada logo persatuan dan (2) ejaan nama Surau iaitu Surau Al Raudhah yang sepatutnya Ar-Raudhah seperti mana Ar-Rahman, Ar-Ruum dan sebagainya. Al hanya digunakan dengan huruf2 tertentu sahaja seperti I, K, H dan beberapa huruf lain lagi. Sekian.
Yang benar,
Zainol Abidin Hassan
Terima kasih di atas komen Tuan Haji, JK Surau akan semak perkara ini. Walau bagaimanapun, jika dilihat dalam ejaan dalam bahasa arab, ia tetap di tulis "alif+lam+ra" bukan "alif+ra", cuma bila disebut "lam" akan hilang bunyinya menjadi "arRahman". Kami tidak pasti dari segi kaedah bahasa melayu dan akan semak nanti.
ReplyDeleteSetiausaha.