TMN TASIK BANGI 3

TMN TASIK BANGI 3

Friday, February 25, 2011

kucing

From: rohana puteh
Subject: Kucing
To: ttbangi3@yahoo.com
Date: Saturday, February 19, 2011, 4:14 AM

Assalam,

ada kucing parsi berbulu putih, jantan, choker berwarna hijau, lepak di rumah saya.  saya juga mempunyai seekor kucing parsi jantan.  masalahnya mereka bergaduh jika berdepan.  so saya terpaksa tutup pintu agar mereka tidak bertemu.

kepada sesiapa yg kehilangan kucing ini boleh datang ke rumah saya di  21, Jalan 3/38.  Number tel :  89202939 atau 019 2869656 untuk mengambilnya.

rohanaputeh

kempen kitar semula

Pelajar Kolej Ibrahim Yaakub UKM akan melancarkan Program Kumpul Barangan Kitar Semula di Taman Tasik Bangi 3 pada 27 Februari 2011 (Ahad). Bermula 8 pagi hingga 2 petang.  Mohon kerjasama semua penduduk untuk serahan barangan kitar semula seperti botol, tin, surat khabar lama, kertas, majalah, kotak, bateri telefon di luar pintu pagar sebelum 8 pagi. Program ini mendapat sokongan Persatuan Penduduk TTB3.

Monday, February 21, 2011

Kes jalan 3/41

Tambahan info facebook, ada sms mklumkan motosikal juga dicuri. Mohon jkuasa keselamatan verify dan mklumkan butiran penuh kejadian utk perhatian pengawal dan penduduk.

Tuesday, February 15, 2011

majlis ceramah maulidur rasul

aluan tuan pengerusi


Ceramah Oleh Ust Qamaruzzaman


sekitar persiapan sambutan maulidur rasul





info dari facebook TTB3

En Noor Azman memaklumkan satu kejadian pecah rumah berlaku di Jalan 3/41, sekitar jam 8-10pagi di rumah pelajar melayu. barang yang hilang ialah 7 laptop, 4 handphone dan 1 Dslr.. magga pintu pagar dan grill dipotong.. laporan polis telah dibuat dan Polis hadir membuat siasatan sekitar 12pm. harap semua berhati-hati.

Monday, February 14, 2011

program remaja TTB3

Assalamu'alaikum,
Program untuk Biro Amal Maaruf Nahi Mungkar;
  1. Pada 15/2/2011 (Selasa @ Cuti Maulidur Rasul) ni (10am hingga Zohor), JKuasa Kerja Dakwah Kawasan Bangi akan menganjurkan Program Motivasi & Muzakarah Iman Amal di Surau (Jumaat) An Najah di GMI (German M'sia Inst.) di Sg Tangkas (berdekatan komuter Bangi).
  2. Pada 15/2/2011 juga, lps Maghrib adalah Program Maulidur Rasul Surau kita.
  • So saya ambik kesempatan ni utk jemput mereka dari rumah ke rumah.
  • Smlm dpt pg bbrp rumah; 22#3/43 (MFI), Hood; 42#3/43 (UKM) Redzuan, Hilmi, Izat; 41#3/42 (MFI) Lah & Zurain.
  • BBrp rumah lg x de org jwp salam.
  • Insha Allah ptg ni pegi lagi, kebanyakan pelajar2 ni bila ditanya depa x tgk blog pun.. anyway dia org ni bagus2/ lemah lembut orangnya.
  1. So saya ada plan juga nak buat gathering & makan2 bersama remaja2 ni (+ Pelajar IPT) kat Surau kita on March. Saya ada juga member2 ex-US & ex-Japan utk bagi motivasi & penerangan (detail saya akan maklum kemudian). Member kat Surau Abd Rahman Auf ada juga buat program mcm ni setiap tahun.
Wassalam,
Dr Amin
Biro AMNM TTB3

Wednesday, February 9, 2011

Aktiviti menyalahi undang undang di kawasan tasik

Assalamu’alaikum Semua,

Untuk hebahan, malam tadi sekitar pukul 10mlm sekumpulan 5 orang remaja berkumpul dan menghisap ganja di kawasan tasik. Aktiviti tidak sihat mereka disedari oleh Ustaz Wan dan En. Arrifin yang berkebetulan berada berhampiran dikawasan tersebut.

Kumpulan remaja ini telah terperangkap dan disoaljawap oleh Ustaz Wan dan En. Arrifin. Ustaz Wan juga berusaha menghubungi pihak berkuasa untuk memaklumkan perkara ini, didalam masa yang sama sekumpulan remaja ini berjaya meloloskan diri dengan menaiki kereta dan motosikal.

Mereka cuba keluar daripada kawasan taman melalui jalan 3/42, tetapi terhalang oleh palang yang dijaga oleh pengawal keselamatan. Kemudian mereka membuat pusingan dan keluar melalui jalan2 lain yang masih belum tertutup.

Daripada peristiwa itu, Ustaz Wan dan En. Arrifin dapat merampas peralatan untuk menghisap ganja dan baki ganja yang telah dicampur tembakau rokok yang masih belum di gunakan. Mungkin masih ada remaja dalam kumpulan tersebut yang sedang menunggu giliran.
Rentetan daripada peristiwa itu, AJK memohon agar semua qariah peka dan sensitive terhadap kumpulan remaja yang berkumpul di kawasan tasik, memberi mereka teguran jika ternampak aktiviti mereka menjolok mata.

Terima kasih.

Shamri B. Othman

Monday, February 7, 2011

dompet

Untuk makluman,
 
Pengawal Keselamatan telah menjumpai dompet di jalan 3/51 pada minggu sebelum hari raya cina. Di dalamnya terdapat Kad Pengenalan : Nurul Nabilah Bt. Mohamed Kamal Bahrin dan wang ringgit. Dompet tu masih berada di tangan saya (Shamri – 019-3202500- AJK Keselamatan -), saya akan serahkan dompet itu ke surau didalam masa terdekat dan seterusnya ke Balai Polis Bandar Baru Bangi jika dompet itu masih tidak dituntut. Sila hebahkan.
 
Terima kasih.
 
---shamri

sekitar gotong royong bersama MPKj



 
 
 
 
 
 
Assalamualaikum..
 
Kepada semua kariah.. alhamdulillah pada 3 Feb. 2011 lalu, satu pertemuan ringkas beberapa wakil penduduk TTB3 (En. Ariffin, HJ. Zainol, Hj. Zulfakry, En. Shamri, Pengusaha Car Wash - En. Din, .... ) dengan Ahli Majlis Ustaz Syafie, En. Zainol dan En. Fahmi dalam membincangkan beberapa isu penting, antaranya:
i- Car Wash (Kesimpulan hasil perbincangan, pihak MPKJ akan meneliti memorandum pihak TTB3 dengan melihat 7 kebimbimgam yang dinyatakan, atas dasar win win situation, MPKJ akan buat keputusan samada ianya perlu diteruskan atau sebaliknya. Sehingga hari ini, projek itu dihentikan seketika. Kepada pihak-pihak yang terlibat, selaku tim. pengerusi, saya percaya pihak persatuan sudah melaksanakan t/j sepenuhnya, namun apa jua keputusan yang bakal kita terima nanti dari MPKJ bukan atas kelemahan persatuan atau individu tertentu, namun ada hikmah dan rahsia yang tersendiri. Bentuk penerimaan kita tentang sesuatu perkara penentu kepada perasaan kita. Jiwa kita akan tenteram dan bukan rasa tewas atau menang hingga riak dan takabur, tunggu keputusannya. Kita harus berusaha mengubah sesuatu pada sangkaan kita baik, sekiranya gagal pasrah jua yang seharusnya ada dalam diri agar keikhlasan dan ketenangan milik kita. Kemuafakatan antara kita ada resepi yang paling hebat untuk membina kekuatan ummah. Dalam masa terdekat, saya dihubungi oleh pihak berwajib, keputusan akan dibuat... tunggu.)
ii. Tasik (akan dipanjangkan kepada pihak berwajib oleh pihak persatuan, abg Halim, SU dipohon untuk deraf surat tersebut)
 
iii. Kawasan semak tapak surau tetap. Gotong royong yang dibantu olek konraktor lantikan MPKJ telah dijlnkan pada JUmaat (4/2/2011) yang dihadiri seramai 20 orang penduduk. Cadangan untuk siri kedua pada 12/2/2011 pula, sesiapa yang bermurah hati untuk memberi sumbangan wang amat dialu-alukan bagi bayaran upah jentera untuk meratakan tapak tersebut (rundingan telah dibuat). Sebarang derma 2 sumbangan wang boleh dimaklumkan kepada saya (Ust. Wan - 0199348124). PENTING untuk keselamatan kawasan kita dari menjadi tempat pembiakan ular, tikus, kala jengkin, lipan dan anjing.