TMN TASIK BANGI 3

TMN TASIK BANGI 3

Monday, February 21, 2011

Kes jalan 3/41

Tambahan info facebook, ada sms mklumkan motosikal juga dicuri. Mohon jkuasa keselamatan verify dan mklumkan butiran penuh kejadian utk perhatian pengawal dan penduduk.

3 comments:

  1. Kejadian berlaku kira-kira jam 8:00 18 Februari 2011 di premis No. 35, Jalan 3/41. Sewaktu kejadian, beberapa orang jiran berada di perkarangan rumah dan menjadi saksi kejadian. Motosikal jenis Yamaha 135LC tersebut dilarikan menerusi pintu pagar kecil dihujung jalan (jalan tikus) sementara rakan pencuri meloloskan diri menggunakan motosikal jenis skuter menerusi jalan lain.

    ReplyDelete
  2. Untuk makluman semua qariah, dua kejadian berlaku di jalan 3/41 didalam jangkamasa yg dekat. Kedua-dua kejadian berlaku di rumah student yang berasingan. Pertamanya kejadian laptop hilang setelah rumah mereka dimasuki, tiada kesan cungkil atau pintu dipecah. Kejadian kedua adalah kecurian motosikal seperti yang di nyatakan oleh Anonymous diatas. Jenis motosikal tu rasanya 125Z, baru je beli 2 minggu. Kejadian berlaku semasa penghuni ada dirumah dan beberapa jiran ada diperkarangan rumah.

    Di minta semua qariah berwaspada dan berhati2 dengan kehadiran orang yang tidak dikenali dikawasan taman kita.

    Berkenaan dengan keselamatan taman, jika kita hendak menjadikan taman kita lebih secure, saya cadangkan kita hanya membuka satu access road saja. Ini hanyalah sekadar cadangan.

    Terima kasih.

    AJK Keselamatan.

    ReplyDelete
  3. Saya telah diberitahu oleh rakan sekerja saya yang tinggal di Bangi Perdana, terdapat 2 kejadian pukau & pecah masuk rumah minggu lepas dan kelmarin (2 kejadian dalam 3 hari)....pencuri menggunakan laluan sungai....harap semua dapat berhati2....pasangkan lampu dibelakang & di depan rumah......pihak keselamatan harap dapat ambil perhatian

    ReplyDelete