Assalamu’alaikum Semua,
Untuk hebahan, malam tadi sekitar pukul 10mlm sekumpulan 5 orang remaja berkumpul dan menghisap ganja di kawasan tasik. Aktiviti tidak sihat mereka disedari oleh Ustaz Wan dan En. Arrifin yang berkebetulan berada berhampiran dikawasan tersebut.
Kumpulan remaja ini telah terperangkap dan disoaljawap oleh Ustaz Wan dan En. Arrifin. Ustaz Wan juga berusaha menghubungi pihak berkuasa untuk memaklumkan perkara ini, didalam masa yang sama sekumpulan remaja ini berjaya meloloskan diri dengan menaiki kereta dan motosikal.
Mereka cuba keluar daripada kawasan taman melalui jalan 3/42, tetapi terhalang oleh palang yang dijaga oleh pengawal keselamatan. Kemudian mereka membuat pusingan dan keluar melalui jalan2 lain yang masih belum tertutup.
Daripada peristiwa itu, Ustaz Wan dan En. Arrifin dapat merampas peralatan untuk menghisap ganja dan baki ganja yang telah dicampur tembakau rokok yang masih belum di gunakan. Mungkin masih ada remaja dalam kumpulan tersebut yang sedang menunggu giliran.
Rentetan daripada peristiwa itu, AJK memohon agar semua qariah peka dan sensitive terhadap kumpulan remaja yang berkumpul di kawasan tasik, memberi mereka teguran jika ternampak aktiviti mereka menjolok mata.
Terima kasih.
Shamri B. Othman
Terima kasih di atas info tersebut. Diharapakan, para remaja, khususnya adik-adik student yang menyewa, sentiasa menjaga pergaulan dan tatasusila mereka, lebih-lebih lagi hampir 100% penduduk di Taman ini adalah orang Melayu dan beragama Islam.
ReplyDeleteJalan 3/41...
ReplyDeleteKadang2 jiran yang lebih memalukan dari student...jiran beragama Islam..tp perangai..masyaallah....