TMN TASIK BANGI 3

TMN TASIK BANGI 3

Monday, February 7, 2011

sekitar gotong royong bersama MPKj



 
 
 
 
 
 
Assalamualaikum..
 
Kepada semua kariah.. alhamdulillah pada 3 Feb. 2011 lalu, satu pertemuan ringkas beberapa wakil penduduk TTB3 (En. Ariffin, HJ. Zainol, Hj. Zulfakry, En. Shamri, Pengusaha Car Wash - En. Din, .... ) dengan Ahli Majlis Ustaz Syafie, En. Zainol dan En. Fahmi dalam membincangkan beberapa isu penting, antaranya:
i- Car Wash (Kesimpulan hasil perbincangan, pihak MPKJ akan meneliti memorandum pihak TTB3 dengan melihat 7 kebimbimgam yang dinyatakan, atas dasar win win situation, MPKJ akan buat keputusan samada ianya perlu diteruskan atau sebaliknya. Sehingga hari ini, projek itu dihentikan seketika. Kepada pihak-pihak yang terlibat, selaku tim. pengerusi, saya percaya pihak persatuan sudah melaksanakan t/j sepenuhnya, namun apa jua keputusan yang bakal kita terima nanti dari MPKJ bukan atas kelemahan persatuan atau individu tertentu, namun ada hikmah dan rahsia yang tersendiri. Bentuk penerimaan kita tentang sesuatu perkara penentu kepada perasaan kita. Jiwa kita akan tenteram dan bukan rasa tewas atau menang hingga riak dan takabur, tunggu keputusannya. Kita harus berusaha mengubah sesuatu pada sangkaan kita baik, sekiranya gagal pasrah jua yang seharusnya ada dalam diri agar keikhlasan dan ketenangan milik kita. Kemuafakatan antara kita ada resepi yang paling hebat untuk membina kekuatan ummah. Dalam masa terdekat, saya dihubungi oleh pihak berwajib, keputusan akan dibuat... tunggu.)
ii. Tasik (akan dipanjangkan kepada pihak berwajib oleh pihak persatuan, abg Halim, SU dipohon untuk deraf surat tersebut)
 
iii. Kawasan semak tapak surau tetap. Gotong royong yang dibantu olek konraktor lantikan MPKJ telah dijlnkan pada JUmaat (4/2/2011) yang dihadiri seramai 20 orang penduduk. Cadangan untuk siri kedua pada 12/2/2011 pula, sesiapa yang bermurah hati untuk memberi sumbangan wang amat dialu-alukan bagi bayaran upah jentera untuk meratakan tapak tersebut (rundingan telah dibuat). Sebarang derma 2 sumbangan wang boleh dimaklumkan kepada saya (Ust. Wan - 0199348124). PENTING untuk keselamatan kawasan kita dari menjadi tempat pembiakan ular, tikus, kala jengkin, lipan dan anjing.

No comments:

Post a Comment