TMN TASIK BANGI 3

TMN TASIK BANGI 3

Monday, December 28, 2009

Alam Remaja

Alam remaja ni tempoh peralihan kanak-kanak kepada dewasa. Secara amnya, fizikal macam dewasa, tapi pemikiran masih memerlukan bimbingan.Oleh itu, menjadi tanggungjawab bersama agar saling memperingatkan.

Maka, di suasana remang-remang senja semalam, sebilangan 6-7 orang jamaah surau menziarahi satu rumah sewa mahasiswa untuk memberi nasihat mengenai pergaulan lelaki perempuan yang bukan mahram, khususnya bagi warga muslim di Taman Tasik Bangi3.

Diharapkan tidak perlulah sebarang tindakan melibatkan jabatan agama atau sebagainya, cukuplah sekadar saling memahami tuntutan agama, dan adat budaya hidup bermasyarakat. Kita yang perlu menyesuaikan diri dengan sensitiviti masyarakat, bukan masyarakat pula yang perlu menuruti kehendak kita.

Wednesday, December 23, 2009

Jemputan dari MPP Zon 23 MPKj

(surat jemputan)
publisti di blog suara bangi

risalah yang diedarkan

Thursday, December 17, 2009

Sekitar Majlis sambutan Maal Hijrah





terima kasih pada ust wan,Tn Hj karim & j/kuasa surau
yang menyediakan hidangan istimewa, mee kg pet..

Wednesday, December 16, 2009

Sambutan Maal Hijrah 1431

Salam.

J/Kuasa Surau TTB3 akan menganjurkan majlis ringkas sempena Maal Hijrah, Tahun 1431, pada Hari Khamis, 17 Dec. 2009.

Sekalian warga kariah Taman Tasik Bangi 3 dijemput sama meraikan.

Aturcara Majlis seperti berikut :

6.45 petang - kehadiran jamaah dan bacaan Yaasin.

Solat Maghrib berjamaah

Solat Hajat

Majlis Ilmu/Ceramah Maal Hijrah

9.00 Malam - Solat Isyak

Jamuan Menu Istimewa

Diharap sekalian Muslimin & Muslimat turut hadir mengimarahkan surau kita.

Tuesday, December 15, 2009

Meja Ping Pong


Alhamdulillah..
Meja PingPong telah diperolehi oleh surau kita.

Nampaknya Tn Hj Yusof & Tn Hj Karim yang merasmikan perlawanan pertama.

Dijemput sekalian ahli kariah turut sama hadir menunaikan ibadah berjamaah, seterusnya bersama-sama beriadah.

Bagi anak-anak remaja, harap dapat juga sama-sama manfaatkan kemudahan yang disediakan, disamping mengimarahkan surau kita.
p/s- gambar sekadar ilustrasi moderator

Sunday, December 13, 2009

Surau kita

Pihak Jawatankuasa/Sukarelawan Surau Sementara telah mengadakan perbincangan untuk meningkatkan kemudahan dan keselesaan jamaah dan penduduk Taman Tasik Bangi 3. Antaranya;

1. Ruangan Solat & Wudhu' Muslimat
- Tempat wudhu' asal telah dijadikan bilik stor, maka paip lain sedang dibuat khusus untuk muslimat.
- Ruangan solat juga akan diletakkan tabir/penghadang mudah alih. Sumbangan jamaah juga dialu-alukan.
- Kipas juga akan disediakan dibahagian luar agar. Buat sementara ini menggunakan kipas berdiri yang sedia ada.

2. Cadangan Peti sejuk
- J/kuasa surau tidak ada peruntukan. Jika ada yang sudi menyumbang, amatlah dialu-alukan.

3. Kerusi
- mesyuarat dengan bersila agak kurang selesa , terutama jika masa yang panjang. maka ada yang mencadangkan surau menyediakan kerusi. bukan sahaja untuk mesyuarat, bahkan program surau dari semasa ke semasa.
- buat masa ini, Pasti As Shafie telah memberi sejumlah kecil kerusi untuk kegunaan surau. Oleh itu, sumbangan penduduk masih diperlukan.

4. Meja Ping Pong
- sebagai menarik minat golongan remaja, pihak surau juga mengalu-alukan sumbangan/tajaan mana-mana pihak.
- acara/perlawanan ping pong juga boleh dianjurkan untuk mengeratkan hubungan sesama penduduk/jalan di taman ini.


Penglibatan dan kehadiran penduduk untuk berjamaah di surau amatlah digalakkan. Pelbagai cadangan dan usaha yang dibuat adalah untuk mengajak sekalian penduduk agar sama-sama menghidupkan amalan dan sunnah Nabi SAW. Semoga kita sentiasa dirahmati dan diberkati sentiasa oleh ALlah SWT.

Sunday, December 6, 2009

Tasik Kita





Isu kebersihan tasik ini telah dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Persatuan Penduduk Zon 23 MPKJ dan telah diminitkan dalam full council MPKJ bulan lepas.

Rujuk posting blog sebelum ni untuk perincian aduan.

Jadi pihak penduduk dan AJK boleh follow-up dengan Ahli Majlis Zon 23, Dr Tajul Ariffin. Boleh rujuk blog MPP 23 untuk maklumat MPP Zon 23 dan Ahli Majlis

Sunday, November 29, 2009

MAJLIS QURBAN TTBANGI3


Tahniah atas kerjasama dan semangat gotong royong penduduk menjayakan Majlis Qurban.

Amat membanggakan penduduk berjaya 'menguruskan' 2 ekor lembu dalam masa yang singkat.

Selain menikmati gulai kawah di tengahari, penduduk juga dijemput menikmati sup selepas solat Isyak.

- bagi yang ada mengambil gambar, harap boleh emel ke ttbangi3@yahoo.com untuk dikongsi dalam blog ini.

Wednesday, November 18, 2009

Penyaman Udara




Salam.

Alhamdulillah. Dimaklumkan surau kita telah dipasang dengan 2 unit penyaman udara,

Terima kasih kepada sahabat ahli korporat dari KL yang menyumbang.

SMS : Tn Hj Yusof

Majlis Ibadah Qurban


Wednesday, November 11, 2009

tasik rekreasi


kerja pemasangan penghadang kenderaan masuk ke kawasan tasik sedang dilakukan

papan tanda MPkj & cadangan membina surau

Friday, November 6, 2009

Takziah

salam.

dimaklumkan , kariah kita, student, Norazrin dari Jalan 3/38,
telah kematian bapa , di Arau, Perlis..

pihak surau telah menghulurkan sedikit bantuan pada beliau.

semoga roh ayah beliau dicucuri rahmat bersama orang-orang soleh..

Tuesday, October 27, 2009

Sambutan Idul adha & Qurban

Tuan Pengerusi maklumkan Persatuan Penduduk Taman Tasik Bangi 3 dan AJK Surau Sementara berhasrat mengadakan majlis Qurban sempena Idula dha.

Tarikh dicadangkan adalah 29 November 2009, bertempat di tanah lapang sebelah surau sementara.

Oleh itu, penduduk yang berminat mengambil bahagian boleh menghubungi Tuan Pengerusi.
Majlis akan diadakan secara gotong-royong oleh semua penduduk.

Satu bahagian adalah RM350.

Maklumbalas perlu diberi kepada Tuan Pengerusi sebelum 8 November 2009.
No Telefon : 019-236 6356

Penganjuran majlis bergantung kepada sambutan dari penduduk.

Kompilasi Aduan Penduduk

ADUAN DAN CADANGAN BERKAITAN ISU SEKITAR JALAN 3/38 HINGGA JALAN 3/52, SEKSYEN 3, BANDAR BARU BANGI

Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.


2. Aduan dan cadangan adalah seperti berikut :

a. Taman Permainan/Rekreasi
i. Isu ini pernah dibangkitkan kerana kanak-kanak sekitar jalan 3/38 hingga 3/52 tidak mempunyai tempat permainan yang disediakan.
ii. Oleh itu mereka terpaksa bermain di atas jalan raya di depan rumah.
iii. Keadaan ini melibatkan implikasi keselamatan mereka dan pengguna jalan raya yang lain.
Cadangan
Majlis Perbandaran Kajang diharap dapat membersihkan dan menyediakan tempat permainan yang sesuai antara Jalan 3/38 dengan Rezab Sungai/TNB. Kawasan ini dilihat cukup luas dan terbiar. Kaedahnya adalah Mini Taman Tasik Cempaka.

b. Pembersihan longkang
i. Terdapat kerja membersih longkang yang belum sempurna berhadapan kawasan lapang berhampiran jalan 3/38 dan sub stesyen TNB.
ii. Tanah yang tidak dikorek dan menutupi longkang akan menyebabkan air longkang tidak dapat mengalir ke longkang besar.Cadangan Diharap MPKj memeriksa longgokan tanah yang menutupi longkang kawasan tersebut dan kontraktor berkaitan mengambil tindakan segera.

c. Gangguan Anjing Berkeliaran
i. Aduan sudah sering diajukan penduduk kepada MPKj berkenaan isu ini. Secara amnya, lebih 90% penduduk di sini adalah muslim dan tidak dilihat sesiapa pun memelihara anjing di antara jalan 3/38 ke 3/52.
ii. MPKj perlu pro-aktif kerana anjing ini tidak datang di waktu pejabat, tetapi membuat gangguan di kawasan perumahan pada malam hari.
iii. Tindakan tidak boleh hanya datang melihat sekitar waktu pejabat , tetapi dipantau pada waktu kebiasaan anjing berkeliaran. Sudah pasti pihak berkuasa yang sering mengendalikan isu ini lebih memahami tabiat dan perlakuan anjing liar.
Cadangan
Majlis Perbandaran Kajang diharap membuat tindakan menembak atau menangkap anjing liar ini secepat mungkin. Gangguan setiap malam amat membimbangkan, terutama apabila anjing-anjing ini bergaduh.

d. Kebersihan tasik di Jalan 3/48
i. Landskap tasik di Jalan 3/48 adalah tempat kecil untuk penduduk beriadah. Namun kejadian ikan mati dan membusuk sekitar tasik amat mengecewakan.
ii. Perkara ini bukan sahaja menjejaskan pemandangan, bahkan bau busuk menjejaskan keselesaan penduduk sekitar tasik ini.
Cadangan
Majlis Perbandaran Kajang diharap memantau aktiviti penyaluran sisa kumbahan/ toksin dari premis perniagaan atau sekitar. Perangkap sampah atau aliran berbeza perlu dibuat supaya tasik ini tidak dijadikan seperti tempat kumbahan.

e. Hentian Bas
i. Dilihat terdapat juga hentian bas di Jalan 3/67. Namun hentian tersebut terbiar dan tidak dimanfaatkan sebaiknya.
ii. Sehingga kini, dilihat ada pihak yang menjadikan ianya premis perniagaan.
Cadangan
Pihak MPKj diharap berhubung dengan syarikat pengangkutan bas awam untuk menjadikan seksyen 3 sebagai sebahagian laluan bas dan hentian tersebut dimanfaatkan untuk penduduk.

Lanjutan dari itu, perkhidmatan bas dari Bangi ke Kuala Lumpur perlu disediakan memandangkan laluan melalui Kajang tidak sesuai kerana melibatkan jarak yang jauh dan masa yang panjang.

Tambahan pula seksyen 3 berdekatan dengan UKM yang mempunyai penumpang di kalangan pelajar yang cukup ramai. Contoh paling hampir adalah seperti perkhidmatan Bas Metro 17 dan Bas Metro 18 yang beroperasi dari secara terus dari UPM ke Kotaraya.

f. Aduan Lain berkaitan landskap
i. Lampu jalan yang selalu tak nyala di bulatan UKM dan sepanjang jalan ke stesyen minyak Shell seksyen 16.
ii. Bahu jalan yang curam ( tidak rata ) akibat laluan air hujan disepanjang jalan dari bulatan selepas tol Bangi ke bulatan UKM.
iii. Ada pihak yang tidak bertanggungjawab membuang sisa binaan berhampiran bulatan selepas tol Bangi.
iv. Tiang lampu yang hampir tumbang dan tidak ada pihak yang bertanggungjawab untuk membuat tindakan di bulatan selepas tol Bangi. Cadangan MPKj perlu mengambil inisiatif untuk kerja mengindahkan sepanjang jalan termasuk semua bulatan dengan landskap yang cantik dan segar. Sekarang ini penduduk melihat disepanjang jalan dan bulatan hanya ditanam dengan tumbuhan yang tidak dijaga supaya cantik dan hampir mati.

MPKj juga perlu menggantikan tiang-tiang lampu jalan yang lama dan rosak kepada yang lebih moden untuk semua jalan di Bandar Baru Bangi. MPKj juga perlu mengambil tindakan meratakan bahu-bahu jalan di semua jalan di Bandar Baru Bangi terutama di kawasan yang terlibat dengan penggantian paip air dan menanam semula rumput-rumput yang dah mati.

3. Bersama ini dilampirkan juga surat penduduk berkaitan aduan dan cadangan. Perhatian dan kerjasama pihak Majlis Perbandaran Kajang atas isu yang dibangkitkan amatlah dihargai. Semoga usaha bersama ini akan menjadikan kawasan di bawah Majlis Perbandaran Kajang lebih indah, harmoni dan sejahtera.

Sunday, October 25, 2009

sekitar kerja gotong royong di surau

sarapan pagi sebelum mulakan kerja

kerja di dalam surau

membersihkan dapur

kerja di luar surau

stock take

membuat rak besi

QC oleh Pengerusi dan SU surau
semoga usaha sebegini akan memberikan kebaikan buat sekalian jamaah,
terutama untuk mengeratkan sillaturrahim sesama kita..
terima kasih juga atas jamaah yang memberi sumbangan jamuan/sarapan pagi..

Wednesday, October 21, 2009

Mesej Tuan Pengerusi

Majlis jamuan Idulfitri di perkarangan jalan 3/48 berlangsung dengan begitu meriah. tambahan pula dengan kehadiran Dr Tajul, Dato Zaidi, Pegawai Polis Kajang dan sekalian penduduk.

Majlis bermula sekitar 10 pagi dan berlangsung hingga sebelum waktu zohor. Setinggi tahniah buat Ust Wan dan jawatankuasa terlibat atas kejayaan majlis yang diadakan. Juga pada En Abdul karim Mohd Yusof dan Encik Razak yang turut membantu persediaan khemah.

selanjutnya,
Satu Gotong Royong membersihkan surau dan kawasan sekitar akan diadakan pada 25 Oktober 2009, bermula 8pagi. Harap datang awal. Sarapan pagi disediakan buat semua.


Haji Yusof Ismail
Pengerusi
Persatuan Penduduk
Taman tasik Bangi 3.

sekitar majlis idulfitri


Tuesday, October 20, 2009

Penghargaan Majlis Idulfitri 1430H

Salam..

Kepada AJK Sambutan Jamuan Hari Raya Idulfitri 1430 H, ucapan terima kasih dan tahniah atas kejayaan semua menganjurkan program tersebut. Tanpa kerjasama dan pengorbanan masa dan tenaga tuan/puan pastinya majlis tersebut sukar untuk dilaksanakan. Marilah kita nekad untuk teruskan usaha dan perkongsian kerjasama ini untuk lain-lain program yang akan datang. Syukur kepada Ilahi atas segala nikmat yang telah dikurniakan. Wassalam


"MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT"


Dari Pengarah Program Sambutan

Wan Zulkifly Wan Zakaria

Thursday, October 15, 2009

Kes Pecah Rumah lagi

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Tasik Bangi 3
meminta semua sentiasa berhati-hati.

Ini berikutan kes pecah rumah terbaru di Jalan 3/52
dan kehilangan 4 laptop.

Sebelumnya juga kes pecah rumah berlaku di jalan 3/43.

Sunday, October 11, 2009

kes kebakaran

Berlaku kes kebakaran di rumah sewa student di Jalan 3/40.

Punca dimaklumkan akibat dapur gas yang tidak dimatikan.

Syabas kepada jiran yang segera menghubungi bomba dan
mengelakkan kesan lebih buruk berlaku.

Oleh itu, sama-samalah kita memastikan keselamatan dapur gas
rumah masing-masing.

Semoga menjadi iktibar dan peringatan buat semua.

Makluman dari En Shamri (Jalan 3/40) dan
Tuan Haji Yusof, Pengerusi Taman Tasik Bangi 3.

Majlis Idulfitri Taman Tasik Bangi 3

JEMPUTAN MENGHADIRI JAMUAN HARI RAYA
TAMAN TASIK BANGI 3 (TTB3)

Assalamualaikum w.b.t
Y.Bhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan adalah dijemput untuk hadir ke Majlis Ramah Mesra dan Pengeratan Silatur Rahim Idul Fitri 1430 H seperti berikut:

Tarikh : 18 Oktober 2009 (Ahad)
Tempat : Perkarangan Tasik
Program :
8.30 - Ketibaan Ahli Kejiranan TTB3 dan Tetamu Penghantaran Juadah Pot Luck
9.00 - Majlis bermula dengan bacaan doa
9.05 - Kata-kata aluan oleh Pengerusi TTB3
9.10 - Tazkirah ringkas Idul Fitri
9.30 - Penyampaian cenderahati kepada bakal jemaah haji *
9.40 - Jamuan Hari Raya Bermula

Ucapan Hari Raya dari penduduk TTB3

: 12.00 - Bersurai

*Solat Hajat & Doa Selamat bagi bakal jemaah haji akan diadakan di surau pada 17 Oktober 2009 selepas maghrib, dijemput mereka yang ada kelapangan untuk turut hadir.

Sumbangan Y.Bhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan dalam bentuk kewangan dan makanan (pot luck) amatlah dialu-alukan. Sebarang sumbangan bolehlah disalurkan kepada ketua lorong masing-masing dan kutipan oleh pihak AJK akan dibuat dari masa ke semasa sehingga 10 Okt. 2009.

Kepada bakal jemaah haji diharapkan dapat berhubung dengan Dr. Hj. Mohd Hanif Hj. Zailani di talian 0192352379 at En Zulfakri di talian 019 3303175.

Sekian, terima kasih.

“MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT”
Pengerusi Persatuan TTB3

Tuesday, October 6, 2009

Perancangan sambutan Hari Raya

Seperti yang dibincangkan dalam mesyuarat majlis jamuan hari raya bertempat di Surau TTB3 jam 9malam, 4 Okt 09.

Berikut adalah ringkasan hasil perbincangan:

1. Mesyuarat di pengerusikan oleh Tn Hj Yusof Ismail

2. Mesyuarat bersetuju agar majlis jamuan hari raya ditangguhkan kepada 18 Okt 09
memandangkan cadangan masa pada 10 Okt agak suntuk untuk membuat persediaan.

3. Mesyuarat telah berbincang tentang penubuhan organising committee

4. Aturcara majlis adalah seperti dilampiran (akan upload kemudian)

5. Mesyuarat bersetuju kaedah penyediaan makanan adalah dengan cara sebahagian katering dan sebahagian pot luck.

6. Maklumbalas penduduk perlu didapati dengan segera samada ingin membawa pot luck atau memberi sumbangan kewangan.

Surat seperti dilampiran akan diedarkan oleh setiausaha selewat-lewatnya pada 5 Okt dan maklumbalas penduduk perlu diperolehi pada selewat-lewatnya 10 Okt 09 oleh setiap ketua jalan.

7. Setiausaha dan Pengurus projek akan berbincang untuk memanggil mesyuarat susulan melibatkan "organising commitee" dalam masa terdekat.

Tuesday, September 15, 2009

Borang Polis

Selain dari kawalan keselamatan persendirian,
PDRM membuat edaran borang untuk kawalan.
Boleh cetak dan isi, kemudian hantar di balai terdekat.
Boleh hubungi No telefon balai seperti dalam borang.

Saturday, September 12, 2009

Majlis Berbuka Puasa Perdana


Majlis Berbuka Puasa di Surau Sementara


En Abdul Karim , pengarah projek..


Sibuk betul Tuan Pengerusi ..


Jawatankuasa Surau bersama Imam ..


Selamat Menjamu Selera

Tadarus dan Khatam Al Quran



Majlis Khatam Al Quran selepas solat Asar, 12 Sept 2009



Majlis Khatam Al Quran yang dipimpin oleh Ustaz Wan



Semoga diberkati dan dirahmati ILahi...

Tuesday, September 8, 2009

PENCEROBOH DAN PENCURI

Pencerobohan dan Kecurian

Dikhabarkan ada kes pencerobohan dan kecurian
yang melibatkan rumah sewa (perempuan/siswi)
di Jalan 3/39 sekitar 1.45tghri semalam(7/9/09).

Kejadian berlaku sewaktu kebanyakkan penghuni
tiada di rumah, kerana kuliah / kerja etc..
Hanya ada seorang ditingkat atas..

Setelah selesai 'kerja' di bawah, Pencuri berkenaan
(LELAKI INDIA) naik ke tingkat atas dan kedua-duanya
terkejut, penghuni dan pencuri ..

Mujur Pencuri berkenaan melarikan diri setelah melihat
ada penghuni rumah berkenaan.

DIHARAP semua peka dan meningkatkan langkah keselamatan
rumah masing-masing. PASTIKAN pagar dan pintu dikunci jika
berada dalam rumah.

Kita hanya USAHA, selebihnya bertawakal pada ILahi.

Sunday, September 6, 2009

Majlis Berbuka Puasa Perdana

Majlis Berbuka Puasa Perdana di Surau Sementara
Taman Tasik Bangi 3 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 22 Ramadhan 1430H (12 September 2009)
Hari : Sabtu
Masa:-
6.30pm - Kehadiran semua penduduk
6.45pm - Bacaan Yaasin , Tahlil , Doa
7.16pm - Waktu Maghrib & berbuka Puasa

seterusnya solat maghrib bersama.

(Qiamulail Perdana sebelum sahur pagi esoknya)

Kita mengharapkan penyertaan semua penduduk dan
pelbagai persiapan telah diatur, termasuk tempahan 3
khemah tambahan untuk memastikan ruang solat
tidak terganggu..

Bagi yang berhajat menyumbang atau nama untuk tahlil,
sila berhubung dengan Tuan Abdul Karim Bin Hj Mohd Yusof,
No 8, Jalan 3/46 (012-4247307).

Tuesday, September 1, 2009

perkongsian

SEKADAR INGAT-MENGINGATI.....

PESANAN
Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar.
Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI.

Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akanmati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang
Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar.
Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU.
Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapatkembali ke masa yang lalu.

Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hariesok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai denganajaran Agama.

Imam Ghazali: Apa yang paling besar di dunia ini ?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi
Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179).

Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah
Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ).

Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, danmalaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifahpemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebutmenyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke nerakakerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun
Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT.

Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.

Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA.

Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri

AMARAN :
Berhati-hati, kalo ada sesapa nk jual perfume and suruh korang hidu bau perfume, tolong jgn hidu..

terdapat kes dimana seorg gadis didatangi 2 lelakiyg mendakwa melakukan kajian psl myk wangi dan menyuruh gadis tersebutmenghidunya..

sejurus kemudian gadis itu pengsan.sedar2 ia berada didpn sebuah bangunan,dan mendapati dirinya dirogol. barang berharga, wallet,henpon semua dirompak..

so beringat2 lah lani macam2 kes jenayah ada.......

AWAS!
pemberian CD free bertajuk AHMAD'DREAM
motifnya memurtadkan melayu Islam.
watak lakonan oleh org melayu yg berjaya dimurtadkan.
Sebarkan kalu sayang pada islam!!
Aneh ya, ketika seseorang yang kita sayangi memanggil kita,serta-merta kitadatang untuk penuhi panggilannya. .. Tapi ketika ALLAH memanggil kita(azan), biasanya kita akan malas dengan alasan waktunya masih panjang.

Sunday, August 23, 2009

Jadual Moreh Surau Jalan 3/42


klik untuk besarkan & cetak.

Saturday, August 22, 2009

Perutusan Khas Pengerusi


Assalamualaikum wrt wbt dan selamat berpuasa , kepada semua sahabat, AJK surau dan ahli kariah sekalian.

Terlebih dahalu saya mohon kemaafan atas apa-apa ketelanjuran, jika ada, kerana kita semua tidak maksum.

Di kesempatan bulan yang mulia ini, saya mengajak semua sahabat muslim di Taman Tasik Bangi 3 mengimarahkan surau kita bersama, walaupun tidak begitu selesa.

Tiada karpet tebal, tiada penghawa dingin dan serba kekurangan.. Namun inilah hakikat bermasyarakat..sama-sama susah dan sama-sama berbangga dengan apa yang ada buat masa ini...

Moga-moga ALlah menggandakan ibadah kita di tempat yang serba kekurangan ini. Apa pun, 'self sufficient' dan besyukur dengan apa yang ada, cuba memperbaiki kelemahan adalah sesuatu yang sangat dituntut dalam Islam..Amiin..


Haji Yusof Ismail
Pengerusi
Surau Sementara TTB3

Peringatan Isu Keselamatan

Salam.

Pagi ini (23 Ogos 209) kita dikejutkan dengan kes pecah kereta dan melarikan barangan berharga.

Sebelumnya, kita telah mendengar 3 kes kecurian Toyota Rush di 'car porch' walaupun dengan pagar yang kukuh dan pintu pagar berkunci.

Oleh itu, selain mengharapkan kawalan keselamatan (Kutipan awal yuran masih berjalan), sikap prihatin dan peka warga Taman Tasik Bangi 3 amatlah penting.

Diharap kita saling mengawasi, bukan sekadar harta sendiri, bahkan juga jiran-jiran yang lain.

Tuesday, August 18, 2009

Makluman Khas

1. Kutipan Duit Kawalan Keselamatan.
- biro keselamatan TTB3 memerlukan dana untuk mengupah pengawal keselamatan sepanjang cuti Hari Raya nanti. Sehubungan dengan itu saya ingin memaklumkan kepada seluruh warga TTB3 supaya dapat menjelaskan wang keselamatan sebanyak RM 70.00.

2. Penyerahan borang ahli persatuan TTB3.
- Kepada sesiapa yang belum menjadi ahli persatuan induk atau TTB3 hendaklah menyertakan sekali RM 10.00 sebagai yuran ahli

3. Reka bentuk surau kekal.
- Kepada sesiapa yang ingin mengetahui reka bentuk surau kekal bolehlah datang ke surau sementara kerana reka bentuk itu akan dipamirkan di papan kenyataan surau (atau melayari blog TTB3- masih belum terima softcopy sehingga posting ini) dan menyatakan pandangan atau komen kepada AJK surau atau melalui blog dan segala pandangan akan dibuka sehingga 31/Aug/09.

Monday, August 17, 2009

Saturday, August 15, 2009

Edaran Rasmi Sambutan Ramadhan 1430H



Semua Penduduk

Jalan 3/38 hingga 3/53

Taman Tasik Bangi 3

43650 Bandar Baru Bangi

اسلام عليكم ورحمة الله و بركاته

PROGRAM IHYA RAMADAH 14203, SURAU SEMENTARA TAMAN TASIK BANGI 3.

Sukacita kami ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak 1430 Hijrah. Semoga Ramadhan kali ini dapat mempertingkatkan ketaqwaan kita semua.

2. Program-program berikut telah dirancang sebagai usaha menghidupkan bulan Ramadhan ini,

i.Solat Tarawih Berjemaah

ii.Tadarus Al Quran

iii. Tazkirah dan Kuliah Subuh

iv. Qiamullail pada 23 Ramadhan 1430

v. Majlis Berbuka Puasa Perdana dan Khatam Al Quran pada 22 Ramadhan 1430 Hijrah

3. Majlis berbuka puasa akan diadakan setiap hari di Surau Sementara dengan purata 5-10 jemaah setiap hari.

Para penduduk dialu-alukan turut serta menyertai majlis berbuka puasa di surau dengan membawa makanan masing-masing. AJK berikut boleh dihubungi jika terdapat tempahan majlis berbuka puasa:

i. Ustaz Wan Zulkifli – 019 9348124 (1-10 Ramadhan)

ii. En Rusli Hussin – 019 3573546 (11-20 Ramadhan)

iii. En Samri Othman – 019 3202500 (21 hingga akhir Ramadhan)

4. Giliran more akan dibuat mengikut nombor jalan dan jadual akan dikeluarkan tidak lama lagi.

5. Tempahan more atau apa-apa majlis seperti tahlil boleh dibuat kepada AJK yang menyelaras majlis berbuka puasa sepertimana perkara 3 di atas.

6. Jemaah yang berniat untuk memberikan sumbangan boleh menghubungi bendahari En Azmi Aman Shah – 0193315300

Sekian, terima kasih,

Yang memegang amanah,

AJK Surau Sementara TTB3

Thursday, August 13, 2009

Ramadhan Al Mubarak

Menjelang Ramadhan Al Mubarak, Jawatankuasa Surau dengan penuh takzimnya mengajak sekalian ahli kariah sekitar Taman Tasik Bangi 3 mengimarahkan surau kita.

Untuk permulaan, kerja-kerja infrastuktur akan disiapkan secepat mungkin. Kerja mendirikan bumbung/awning sekitar surau akan dibuat. Seterusnya menyediakan kipas, tikar, naskah Al-Quran(untuk tadarus), peralatan pinggan mangkuk.

Untuk pengisian penuh Bulan Ramadhan, adalah seperti berikut:

1. Setiap Hari akan diadakan majlis berbuka puasa di Surau. Penyertaan/sumbangan setiap hari adalah terbuka kepada warga Taman Tasik Bangi 3 yang sudi menyumbang.

2. Imam & Bilal Solat Taraweh terdiri daripada warga Taman Tasik Bangi 3. AJK juga akan berusaha mendapatkan Imam Tahfiz, namun bergantung kepada Dana Surau. Sumbangan tuan puan juga amat dialu-alukan.

3. Slot tazkirah ringkas juga akan diadakan pada setiap hari oleh imam (atau tuan-tuan yang hadir), manakala kuliah subuh dan tazkirah jemputan hanya pada hujung minggu sahaja.

4. Tadarus juga akan diadakan dengan pimpinan ustaz-ustaz dan imam sekitar Taman Tasik Bangi 3 ini. Penglibatan sekalian ahli kariah amatlah diharapkan.

5. Moreh juga akan diadakan setiap hari. Setiap Jalan dari Jalan 38-52 akan diberi giliran masing-masing.

6. Dan , Majlis Berbuka Puasa Perdana, Majlis Khatam Al Quran dan Qiamullail akan diadakan di penghujung Ramadhan, sebelum tuan-tuan/puan-puan pulang ke kampung untuk bercuti dan menyambut Idulfitri.

Kesimpulannya, J/Kuasa Surau akan berusaha mengisi aktiviti surau sebaiknya dalam bulan Ramadhan ini. Namun , penglibatan & sumbangan tuan-tuan/puan-puan yang akan menjayakan aktiviti berkaitan.

Edaran/pamplet akan dibuat secepat mungkin dan diedar melalui wakil jalan tuan-tuan/puan-puan untuk nama dan no telefon AJK berkaitan bagi tujuan tajaan berbuka puasa, moreh, tahlil arwah dan sumbangan lain.

Wednesday, August 12, 2009

Monday, August 10, 2009

Amalan


Selain berusaha untuk menghindari H1N1,
marilah sama-sama kita berdoa,
mengharap rahmat dari ILahi..

Informasi

Sumbangan maklumat/artikel dari tuan-tuan& puan-puan amatlah dialu-alukan.

Sebarang informasi, sila emelkan ke ttbangi3@yahoo.com

Terima kasih.

Sunday, August 9, 2009

Komunikasi

Salam.

Selain kewujudan blog ini sebagai medium terbuka,
TamanTasikBangi3@yahoogroups.com juga diwujudkan
untuk komunikasi dalaman warga Taman Tasik Bangi 3.

Sila emel ke ttbangi3@yahoo.com untuk pendaftaran di
dalam yahoogroups. Nyatakan butiran nama, no rumah
dan no telefon untuk pengesahan sebagai warga Taman
Tasik Bangi 3.

Tawaran juga dibuka kepada warga Taman Tasik Bangi 3
yang berminat untuk menjadi moderator Blog & Yahoogroups.

Selamat Datang Ke Taman Tasik Bangi Tiga

Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, Selangor.