TMN TASIK BANGI 3

TMN TASIK BANGI 3

Wednesday, October 5, 2011

Keselamatan

Keselamatan


From: matzenon.hassan@yahoo.com.my
Date: Tue, 4 Oct 2011 23:39:26 +0000
To: TamanTasikBangi3@yahoogroups.com
ReplyTo: TamanTasikBangi3@yahoogroups.com
Subject: Re: [TamanTasikBangi3] pintu pagar

AJK Persatuan sedang mengkaji beberapa opsyen untuk mempertingkatkan tahap keselamatan Taman yang akhir2 ini aktiviti pecah rumah semakin menjadi-jadi.

Semalam sebuah lagi rumah dipecah masuk penjenayah di siang hari di mana tuan rumah kerugian lebih kurang RM120k.

Namun kali ini ada sesuatu yang menyulitkan keadaan kerana mengikut laporan Pengawal ada seorang penduduk telah mendakwa beliau adalah AJK keselamatan Taman TTB3 dan mengarahkan Pengawal Keselamatan membuka gate jalan berkenaan di mana kejadian pecah rumah berlaku tak lama kemudian di jalan yang sama.

Laporan polis juga telah dibuat oleh syarikat kawalan berkenaan.Persatuan akan memanggil satu mesyuarat agong khas secepat mungkin untuk mendapat persetujuan penduduk untuk melaksanakan tindakan yang lebih drastik bagi menangani masalah keselamatan ini.

Wassalam.Pengerusi PPTTB3



From: Mohd Zalami bin Mohamad Nor
To: "TamanTasikBangi3@yahoogroups.com" ; Jln 3/39 ; "3-38@yahoogroups.com" <3-38@yahoogroups.com>
Sent: Monday, October 3, 2011 8:56 AM

Assalamualaikum,

Saya ingin membuat sedikit perkongsian berhubung kes-kes kecurian yang agak menjadi-jadi di taman kita sekarang ini. Untuk makluman kejadian pecah rumah telah berlaku lagi di jalan 3/38 pada minggu lepas pada hari bekerja antara jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi dan merupakan rumah yang ke-3 dipecah masuk setakat ini yang berlaku di jalan 3/38.

Semua penduduk di minta sentiasa berhati-hati dan memohon semoga Allah melindungi seluruh taman kita. Saya juga mencadangkan pengawal keselamatan menahan semua kenderaan yang tidak ber’sticker’ keluar masuk di waktu bekerja bagi menyukarkan sedikit pergerakan pencuri.
Sekadar perkongsian.

Mohd Zalami, No. 30 Jalan 3/38.



From: "Shamri B. Othman" < shamri@jaring.my>
Date: Tue, 20 Sep 2011 10:17:21 +0800
To: TamanTasikBangi3@yahoogroups.com
Subject: [TamanTasikBangi3] Kes kecurian di taman

Assalamualaikum semua,
perkongsian berita yang tidak gemar didengar berlaku di Taman kita malam tadi. Dua buah rumah telah diceroboh malam tadi, satu di no. 2 jalan 3/39 dan satu lagi di no.2 jalan 3/48. Kedua2 berhampiran dengan padang disebelah sungai.

Kes pertama :
No. 2, Jalan 3/39. Penceroboh telah mengumpil gerigi besi tetapi tidak berjaya memasuki rumah sebab alarm berbunyi.

Kes kedua :
No. 2, Jalan 3/48. Penceroboh telah berjaya memasuki rumah dan berlaku beberapa kehilangan seperti Notebook(computer) dan beberapa barang berharga.

Minta semua penduduk berjaga2. Untuk pengetahuan semua qariah, InsyaAllah bulan depan akan ada perubahan kawalan keselamatan kita.

Sekian terima kasih,

AJK Keselamatan




No comments:

Post a Comment