TMN TASIK BANGI 3

TMN TASIK BANGI 3

Monday, October 17, 2011

Tabung Khairat Kematian Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi

Tabung Khairat Kematian ini diuruskan oleh Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi seawal tahun 1992 lagi. Pihak Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi juga mempunyai hubungan rapat dengan pengurusan jenazah di Masjid Hasanah dan pengurusan Tanah Perkuburan Sungai Tangkas.

Selepas AGM 2011, manfaat khairat kematian telah dinaikkan dari RM700 ke  RM1000. Selaras dengan itu, kadar bayaran tahunan juga dinaikkan dari RM12/setahun ke RM20/setahun. Setakat AGM 2011, terdapat sekitar 680 ahli berdaftar dan baki tabung kewangan sekitar RM29 ribu.

Berdasarkan reputasi dan pengurusan yang dilihat, adalah dicadangkan para penduduk di Taman Tasik Bangi 3 turut sama mendaftar sebagai ahli khairat kematian ini. Aspek penting dipertimbangkan adalah pengurusan kutipan dan agihan manfaat khairat.

Namun menyertai tabung khairat ini tidak bermakna Surau Al Raudhah TTB3 akan lepas tangan. Urusan jenazah bagi kematian di TTB3 tetap akan diuruskan di peringkat TTB3, daripada memandi, menkafankan dan seterusnya. Cuma AJK Surau akan mempunyai kelebihan dan hubungan terus kepada pihak di Masjid Hasanah dan Tanah Perkuburan.

Bahkan 'orang veteran/pencen' Tabung Khairat ini boleh dihubungi dan untuk hadir membantu sekiranya memerlukan urusan segera sedangkan AJK Surau TTB3 masing-masing di tempat kerja. Bagi urusan melalui Khairat ini, ada 'panel' atau pihak yang telah disenaraikan.

Secara amnya kadar semasa di Bandar Baru Bangi ; gali kubur RM380, Kapan RM180, Tukang Mandi RM50-60, Van RM150(Contact Van Surau AlKautsar 012-2868199).

Pihak Persatuan Penduduk TTB3 akan mendapatkan persetujuan tarikh dan masa untuk sesi penerangan dari wakil Tabung Khairat Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi. Cadangan awal adalah 26/10/2011, selepas solat isyak di surau.

No comments:

Post a Comment