TMN TASIK BANGI 3

TMN TASIK BANGI 3

Wednesday, October 5, 2011

Surau Baru

Isu Surau

From: Mohd Hanif Zailani
To: "TamanTasikBangi3@yahoogroups.com"
Cc: "ttb3@yahoo.com"
Sent: Wednesday, September 14, 2011 3:05 PM
Subject: [TamanTasikBangi3] Maklumbalas Saya Kepada Komen Anonymous di Blog TTB3 pada 10 September 2011

Terima kasih kepada saudara/saudari anonymous yang telah memberi komen melalui blog. Lebih baik kalau sudara/saudari anonymous tidak menyembunyikan identiti sebenar agar kita saling mengenali dan mempereratkan silaturahim sepertiman yang dinyatakan dalam komen tersebut.

Apa yang saya ingin jelaskan ialah:

1. Sebagaimana yang diketahui, surau yang bakal didirikan ialah untuk kegunaan penduduk di tiga taman yang berjumlah lebih 900 rumah, bukan hanya penduduk TTB3. Jumlah ini belum mengambil kira unit apartment yang bakal di bina bersebelahan dengan Jalan 3/38. Tambahan pula, pada kiraan saya hampir 50% jemaah di TTB3 pada masa ini solat di surau berhampiran memandangkan surau sementara kurang selesa. Jadi, bilangan jemaah semasa di surau sementara tidak boleh dijadikan ukuran keperluan pembinaan surau.

2. Pelan yang ada sekarang adalah sepertimana yang telah dipersetujui pada tahun 2010 lalu. Walaubagaimanapun, jika ada penduduk yang masih tidak bersetuju, dipersilakan membawa cadangan baru kepada saya dengan seberapa segera. InsyaAllah saya akan membawanya ke Mesyuarat AJK Penaja untuk pertimbangan. Cadangan perlulah terperinci, dengan pelan yang jelas.

3. Aktiviti surau memang ditumpukan di surau kerana ia lebih sesuai. Daripada aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun ini, termasuk aktiviti di sepanjang bulan Ramadhan, AlhamduliLLAH sambutan agak menggalakkan walaupun ada penduduk yang masih segan untuk menyertainya.

4. Telah diputuskan sejak dahulu, Surau Sementara yang ada sekarang bukan semata-mata surau, tetapi ia juga adalah Pusat Komuniti. Jadi amat sesuailah jika aktivit komuniti juga dijalankan di surau.

Itu sahaja maklumbalas saya, untuk perkara-perakara lain, saya serahkan kepada Pengerusi atau SU Persatuan penduduk untuk membuat penjelasan.

Bagi saya, apabila sudara/saudari anonymous mengatakan bahawa " Aktitvi yang ada sekarang pun tidak seperti dahulu lagi", saya beranggapan sudara/saudari anonymous berpendapat aktiviti-aktiviti lalu lebih baik, dan sudara/saudari anonymous bersedia dengan bukti-buktinya sekali.

Sekian, Maaf Zahir dan Batin.


WaAllahua'alam.



Dr Hj Mohd Hanif Hj Zailani
SU JK Penaja Surau Tetap
Pengerusi Surau Ar-Raudah (Surau Sementara TTB3)

1 comments:
Anonymous said...
Saya berpendapat pembinaan surau tetap ttb3 yg berharaga 3 juta lebih adalah tidak masuk akal dengan keluasan tanah 0.6 hektar. Kutipan untuk sebuah rumah sebanyak 1000 ringgit juga adalah tidak sepatutnya ditetapkan pada jumlah tersebut. Memandangkan ada banyak surau dan masjid UKM yg berhampiran, penduduk boleh menggunakan kemudahan tersebut. Dengan ahli jemaah yang ada sekarang pun di surau sementara tidak begitu ramai sehingga perlu membina surau seperti istana. Aktitvi yang ada sekarang pun tidak seperti dahulu lagi. Aktitviti - aktiviti yang boleh mengeratkan silaturrahim seperti ceramah kejiranan, ceramah keselamatan, aktiviti gotong - royong, sukan sepatutnya diadakan oleh persatuan penduduk sejak dahulu lagi. Tapak aktiviti tidak semestinya diadakan di sekitar surau. Sepatutnya, pihak AJK Persatuan Penduduk dan Surau perlu memikirkan satu langkah untuk merapatkan ukhwah antara penduduk.

Saturday, September 10, 2011 3:54:00 AM

No comments:

Post a Comment