TMN TASIK BANGI 3

TMN TASIK BANGI 3

Thursday, January 20, 2011

Berita ringkas AGM Surau Ar-Raudhah 20.1.2011

Assalamualaikum.
AGM kali ini telah melantik muka-muka baru sebagai AJK, diantaranya:

Pengerusi      :       Dr. Hanif
T/Pengerusi   :      Ust Hazam
Setiausaha     :      En. Abd Karim (Jr)
P/Setiausaha  :      Hj Muzafar
Bendahari      :      En. Murshed
P/Bendahari   :      En Azizi

Sekian, berita penuh akan menyusul kemudian.

Terima kasih

2 comments:

  1. As Salam,
    Syabas dan tahniah. Semoga Allah memberkati tuan2 dalam melaksanakan tanggungjawab mulia ini. Kami insha Allah akan berusaha untuk membantu tuan dalam usaha murni ini.

    Amin 43

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum warahmatUllah,

    Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah yang menguasai alam. Salawat dan salam ke atas kekasih kami RasulAllah S.A.W.

    1. Pihak AJK amat berbesar hati di atas pemilihan dan kepercayaan yang diberikan.

    2. Cabaran utama AJK ialah untuk melaksanakan mandat yang telah diberikan oleh ahli kariah dan juga meneruskan pencapaian AJK lalu yang begitu cemerlang.

    3. Merujuk kepada keputusan AGM, AJK teras yang terdiri daripada 3 jawatan utama iaitu Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari, berserta timbalan masing-masing telah dipilih dan diberikan tanggungjawab untuk membentuk AJK Surau Al Raudah yang lengkap.

    4. Untuk itu satu perbincangan kecil AJK Teras telah di adakan pada malam selepas AGM dan hasilnya, piahk AJK telah menyenarai lebih kurang 15 ahli kariah untuk dicalonkan sebagai AJK Surau al-Raudhah.

    5. Buat masa ini, pihak AJK teras sedang menghubungi calon-calon berkenaan dan akan menjemput mereka ke Mesyuarat AJK Pertama yang akan diadakan pada 9 R. Awal 1432H/11 Feb 2010M insyaAllah.

    6. Dalam tempoh sehingga tarikh tersebut, segala aktiviti yang telah dirancang sebelum ini akan diteruskan.

    7. Tarikh tersebut mungkin agak lewat, tetapi ia dipilih dengan mengambil kira cuti panjang pada minggu pertama Februari 2011.

    8. Pihak AJK mengharapkan doa dan sokongan padu daripada ahli kariah, demi untuk meningkatkan syiar Islam di TTB3 yang dicintai ini.

    9. Akhir sekali, saya ingin sampaikan satu Hadis untuk renungan bersama:

    Dari Abul Abbas Abdullah bin Abbas rodhiallahu ‘anhuma beliau berkata: Suatu hari aku berada di belakang Nabi saw lalu beliau bersabda, “Nak, aku akan ajarkan kepadamu beberapa patah kata: Jagalah Allah, Nescaya Dia akan senantiasa menjagamu. Bila engkau meminta sesuatu, mintalah kepada Allah, dan bila engkau meminta pertolongan, mintalah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah, jika semua umat manusia bersatu padu untuk memberikan suatu kebaikan kepadamu, nescaya mereka tidak dapat melakukannya kecuali dengan sesuatu yang telah ditulis oleh Allah bagimu, dan jika semua umat manusia bersatu padu untuk mencelakakanmu, nescaya mereka tidak dapat mencelakakanmu kecuali dengan sesuatu yang telah ditulis oleh Allah bagimu. Pena telah diangkat dan catatan-catatan telah mengering.” (HR Tirmidzi Dia berkata , “Hadith ini hasan shohih”)

    Sekian untuk kali ini, wa bi Allahi taufiq wa al hidayah..

    Wassalamu'alaikum,

    Dr Hj Mohd Hanif Hj Zailani
    Pengerusi
    AJK Surau Al Raudhah
    TTB3

    ReplyDelete