TMN TASIK BANGI 3

TMN TASIK BANGI 3

Monday, January 24, 2011

Komentar di Blog

Assalam....

Blog TTB3 ketika ini mengamalkan dasar terbuka, tanpa sekatan atau kawalan atas segala komen atau shout . Ini kerana moderator percaya pengunjung atau orang yang memberi komen boleh bersikap dewasa, matang dan bertanggungjawab.

Oleh itu sila beri maklumbalas samada dasar ini perlu diteruskan atau moderator perlu kawal komen tuan-tuan/puan-puan seperti mana pengawas di sekolah.

Alternatifnya, moderator tidak perlu kawal, tetapi setiap komen perlu menyatakan nama. Komen tanpa nama akan dipadamkan tanpa amaran.

Terima kasih.

3 comments:

  1. As Salam,
    Y.Bhg. Tuan Moderator,
    Pada pandangan saya yang terhad ini, demi kemakmuran dan kemaslahatan ummat, saya syor ia dikawal, dengan justifikasi sekiranya kita menjadi medium tersebarnya fitnah/ hasutan makan kita juga akan mendapat sebahagian sahamnya ("dari Bara bin Azib r.anhuma meriwayatkan, Rasulullah sallahu 'alaihi wassallam bersanda, Riba yang paling butruk adalah seseorang yang mencemarkan nama baik (kehormatannya) saudaranya - HR Thabrani dlm Al Awsath (hadith sahih) - Jami'us Saghir), Dari kecik kita diajar untuk diawasi, sebab tu saya berpandangan kita masih perlu diawasi, keterbukaan hanya boleh dilakukan sekiranya iman kita sahih dan mantap, bukan isu pengawas atau kebebasan bersuara atau hak asasi manusia, tetapi dunia adalah penjara orang mu'min, kita memang kena faham bahawa kita tidak bebas melakukan apa yg kita mahu..

    Wallahu'alam,
    Sekadar pandangan insan kecil,
    Dr. Amin

    ReplyDelete
  2. umumnya, ada 3 kaedah kawalan komen yang disediakan/ setting di google/blogspot. pertama, komen tanpa tapisan. kedua, komen dipaparkan setelah diluluskan. ketiga, tiada paparan komen. teruskan memberi respon. -moderator-

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum..

    i'm thinking supaya tak payah control apa yg peng-comment2 nak tulis/kata....
    let them write apaa yang terbenak di fikiran..
    just filter / make sure clearly state their nama / nombor kediaman / jalan...
    biar terserlah WaRNa WaRNi sebenar penduduk TTB3..

    =)

    ReplyDelete